PEMINAT SETIA

Tuesday, May 24, 2011

Parenting Talk dan pelancaran program Penasihat Akademik

Bahan ceramah yang aku paparkan
Tanda perasmian majlis......
Pn Shamsinah bersama-sama ibu bapa dan Mentee nyaRadzi...segak bergaya sebagai pengacara
Pandu arah di Bangunan E-learning, UPSI
Inilah Dewan Konvensyen UPSI...Gah sangat.. masa ni parent tak tiba lagi. AKu tengah dapatkan "mood" hehehe..
Dah mula dah aku...... Terus dan teruskan bercakap.... hehe

Bos kat sebelah bagi semangat tu.......... Tq Pn Hjh...

Pada 26 April 2011, telah dilancarkan Program Portal My-Guru dengan kerjasama Pusat ICT, UPSI bertempat di Dewan Konvensyen UPSI yang sangat gah dan mengagumkan. Pada masa yang sama, telah dijalankan majlis penyerahan Penasihat Akademik kepada semua pelajar Pra U di sekolah ini. Program Penasihat Akademik ini merupakan penjenamaan semula untuk program mentor mentee. Majlis ini, telah dihadiri oleh semua ibu bapa pelajar pra U, pensyarah Pra U, kakitangan ICT UPSI dan semua pelajar Pra U.

Pada majlis itu juga, aku telah menyampaikan ceramah keibubapaan kepada semua yang hadir. tajuk ceramahku ialah "KENALI PERSONALITI ANAK-ANAK MELALUI WARNA". Walaupun, ianya satu pengalaman baru, tapi aku sangat teruja mendengar respon daripada rakan-rakan, pelajar Pra U dan ibu bapa

Kenangan menyampaikan ceramah di Dewan Konvensyen UPSI yang sangat gah dan mengagumkan ini, sangat berharga dan mahal bagiku. Tahniah kepada Kaunselor Pelatihku, yang berjaya menjadi pengacara majlis pada hari itu.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP