PEMINAT SETIA

Friday, November 2, 2012

PELANCARAN SEKOLAH ANGKAT SPRM










Pada 30 Okt 2012, SMK Khir Johari Tg Malim telah dijadikan Sekolah Angkat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Program ini juga melibatkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI yang dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Seramai 51 orang pelajar dijadikan ahli Rakan SPR UPSI yang terdiri dalam kalangan pelajar 1RK dan 1AA. Ahli Rakan SPR UPSI ini akan berlanjutan sehingga pelajar berada di tingkatan 5. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Shahrom Nizam b Abdul Manap, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perak. En Othman dari SPRM Perak akan sentiasa berhubung dengan Pn Effa Rina untuk memastikan program ini berjalan lancar dalam tempoh 5 tahun.

Read more...

PERTANDINGAN MY TALENT DAERAH 2012







SMK Khir Johari, Tg Malim telah menyertai Pertandingan My Talent peringkat daerah pada 1 Nov 2012 di SK Bidor 2. Nurul Ezzaty, Mohd Azrul Fahmie dan Amiru Najmi dari 3 RK masing-masing telah mewakili sekolah dalam kategori pengucapan awam, nyanyian solo dan melukis kartun. Nurul Ezzaty telah merangkul Naib Johan pengucapan awam. Walaupun tewas, Fahmie dan Najmi telah memberikan yang terbaik dan saingan yang hebat. Syabas KJO! Guru Pengiring ialah Pn Effa Rina. Peserta telah dilatih oleh Pn Hjh Najmah Tarmidzi.

Read more...

LAWATAN BERFOKUS KE KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER





Pada 2 Nov 2012, seramai 52 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai lawatan berfokus ke Kolej Vokasional Slim River untuk menimba ilmu dan pengalaman berguna. Sepanjang lawatan, peserta telah dibawa melawat Bengkel penyaman udara, kimpalan, kayu dan elektrik. Kerjasama erat antara Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKJ dan KVSR telah menjadikan lawatan ini sangat menarik dan lancar. Guru pengiring yang terlibat ialah Pn Effa Rina Mohd Matore, Pn Aslinda Bt Paat dan En Chandra Mohan. Tahniah kepada semua!!!. Terima kasih daun keladi kepada KV Slim River... tahun depan kamu datang lagi!!

Read more...

LAWATAN KE PAMERAN INOVASI KEBANGSAAN





Pada 31 Okt 2012 seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai Lawatan Ke Pertandingan dan Pameran Inovasi SM Teknik dan KV peringat Kebangsaan. Guru pengiring yang terlibat ialah En Mohd Fauzi, Pn Laila dan Pn Effa Rina. Melalui pameran ini, para pelajar perbeluang melihat inovasi yang dihasilak oleh KV dan SM Teknik seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat mengetahui syarat kelayakan kemasukan ke KV dan SM Teknik

Read more...

COMMUNITY POLICING










Pada 30 Okt 2012, SMK Khir Johari Tg Malim telah dijadikan Sekolah Angkat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Program ini juga melibatkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI yang dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Seramai 51 orang pelajar dijadikan ahli Rakan SPR UPSI yang terdiri dalam kalangan pelajar 1RK dan 1AA. Ahli Rakan SPR UPSI ini akan berlanjutan sehingga pelajar berada di tingkatan 5. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Shahrom Nizam b Abdul Manap, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perak. En Othman dari SPRM Perak akan sentiasa berhubung dengan Pn Effa Rina untuk memastikan program ini berjalan lancar dalam tempoh 5 tahun.

Read more...

CERAMAH KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK


pada 29 Okt 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput wakil dari Kolej Vokasional (KV) Slim River untuk menerangkan tentang syarat kemasukan ke KV dan SM Teknik. Pn Ruziyanti telah sudi hadir untuk menyampaikan ceramah kepada semua pelajar tingkatan 3

Read more...

BAKAL GRADUAN BERTEMU GRADUAN SIRI 2





Program Bakal Graduan Bertemu Graduan Siri 2 telah dilaksanakan pada 16 Okt 2012 di POLISAS sempena hari Konvokesyen. Seramai 10 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program ini. Bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar sasaran untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran di Politeknik. pelajar telah dibawa oleh Pn Effa Rina dan Pn Hjh Sharifah

Read more...

ALAT TULIS SUMBANGAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Malaysia telah bermurah hati menyampaikan hadiah alat tulis kepada semua calon SPM dan STPM tahun ini. Hadiah disampaikan melalui Pn Zalina Ahmad. Terima kasih kepada  Majlis Belia Malaysia 

Read more...

Wednesday, September 5, 2012

BERMESRA DENGAN ANAK-ANAK MURIDKU





Read more...

GANJARAN UNTUK PELAJAR PMR (TRIAL STRAIGHT A'S)



Seramai 6 orang pelajar telah menerima duit raya sebagai ganjaran memperoleh straight A's dalam Trial PMR. Syabas! Teruskan usaha. Semoga menjadi pemangkin kepada semua calon PMR 2012. Pelajar yang menerima
1. Adeline Ong 7A
2. Nur Shamimi Mahfudz 8A
3. Nur Amiera Arif 8A
4. Zulaikha Idris 8A
5. kamleswary a/l Muraly 7A
6. Nur Nadhirah Bujang 8A

Read more...

PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA UNTUK TINGKATAN 4


Permohonan ke Tingkatan 4 di MTD telah dibuka,. Sila rujuk www.rmc.gov.my. Kepada pelajar yang ingin memohon, boleh dapatkan maklumat melalui Mummy atau web tersebut. tarikh tutup 28 Sept 2012

Read more...

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH





Pada 3 Sept 2012 telah diadakan Perhimpunan Khas kemerdekaan peringkat sekolah. Aku ditugaskan untuk melatih pengacara majlis melalui Program Pengacara Muda.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP