PEMINAT SETIA

Saturday, January 26, 2013

BERSAMA TOKOH PMR 2012











Pada 22 Jan 2013, telah diadakan Program Bersama Tokoh PMR 2012. Semua murid straight A's PMR 2012 telah berkongsi rahsia kejayaan dengan pelajar tingkatan 3. Jamuan mesra bersama pengetua, pentadbir dan guru-guru sungguh memotivasikan mereka untuk lebih berjaya

Semua tokoh begitu teruja dan bersemangat untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada adik-adik yang bakal menduduki PMR buat kali yang terakhir tahun ini. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua tokoh atas kejayaan dan komitmen anak-anak. Semoga terus berjaya dan cemerlang

Read more...

PROGRAM PENCEGAH JENAYAH - SEKATA







Pada 19 Januari 2013, Seramai 31org ahli Kelab Bimb Dan Kaunseling telah menyertainya program Pencegahan jenayah SEKATA di dewan orang Ketoyong Seramai. antara akt smlm ialah ceramah cegah jenayah dijalankan, pameran PDRM, keahlian rakan cop,pertunjukan K9, demonstrasi bagaimana ragut terjadi. majlis dirasmikan oleh YB Dato Khusairi. Anjuran PDRM, LPPKN dan KRT

Read more...

PROGRAM KAUNSELOR KU SAYANG





Pada 17 Januari 2013, seramai 40 orang murid 1RK dan 1AA telah mengikuti slot ini yang antaranya bertujuan untuk membina rappo antara murid dan Kaunselor. Slot disampaikan oleh pn Effa Rina. Antara pengisiannya ialah
1. Pidato Spontan
2. Identiti Diri
3. Taklimat KRK dan KAA
4. Ciri-ciri murid cemerlang
5. Tayangan video aura positif
6. ujian minat kerjaya SDS

Sambutan daripada semua murid sangat positif sehinggakan tidak sedar 3 jam masa berlalu. Selamat belajar semua..

Read more...

LAWATAN PENYAYANG MURID MANGSA KEBAKARAN RUMAH





Pada 17 Januari 2013, rombongan Tuan Pengetua, Pn Effa Rina, Pn Norzarina dan Pn Suriyani telah mengadakan lawatan ke rumah Fatehah, pelajar Pra U yang telah ditimpa musibah kebakaran rumahnya sehinggakan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Kami telah menyampaikan barang makanan dan pakaian yang disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada ibu Fatehah. Semoga Fatehah tabah menghadapi ujian ini

Read more...

SLOT PERKONGSIAN GAYA BELAJAR MANTAN MURID CEMERLANG














Pada 2 Januari 2013, satu Slot Perkongsian Gaya Belajar Menengah Atas telah disempurnakan oleh dua orang mantan murid cemerlang iaitu Masitah Nur Khairi dan Muhammad Azri Osman. Kedua-dua mereka telah berkongsi pengalaman dan idea untuk kecemerlangan semua pelajar tingkatan 4.


Masitah Nur Khairi kini sedang menuntut di University of Aukland, New Zealand. Manakala Muhammad Azri Osman bakal ke University Brunel, UK pada September 2013 ini dalam bidang Television dan Filem. Syabas dan tahniah diucapkan

Read more...

Friday, January 25, 2013

TAKLIMAT PLKN DAN CERAMAH PENINGKATAN DISIPLIN

 Timb. Ketua Polis Balai Tg Malim bersemangat menyampaikan ceramahnya




Wakil PLKN yang sangat komited dan bersungguh-sungguh

Pada 3 Januari 2013, wakil dari IPD Tg Malim dan PLKN Kerling telah hadir untuk menjayakan program sekolah. Terima kasih daun keladi diucapkan, lain kali boleh jemput lagi..

Read more...

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4









Minggu Orientasi Tingkatan 4 telah diadakan mulai 2 hingga 7 Januari 2013. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah taklimat mata pelajaran, kurikulum, HEM, kokurikulum, Ujian Minat Kerjaya SDS, Perkongsian Rahsia Kejayaan Mantan Murid Cemerlang, Sesi Memperkenal Murid Cemerlang PMR 2012, Taklimat PLKN dan Ceramah Peningkatan Disiplin oleh PDRM. 

Program tahun ini berjalan lancar dengan kerjasama semua guru tingkatan 4 dan AJK Pelaksana. Tahniah kepada semua murid cemerlang dan yang bakal melanjutkan pelajaran ke SBP, SM Teknik, Kolej Vokasional dan MRSM

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP