PEMINAT SETIA

Thursday, February 14, 2013

MOTIVASI, IKRAR DAN AKU JANJI SPM 2013

Pn Effa Rina sedang menyampaikan taklimat


Watikah Ikrar dan Aku Janji yang ditanda tangani oleh Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, Wakil PIBG dan Kaunselor

 Slot Santapan Minda. Semua pelajar diberikan kismis yang diimport dari Mekah

 Aktiviti Brain Gym yang dikendalikan oleh Pn Effa Rina . Pelajar agak malu-malu pada peringkat awalnya, namun akhirnya mereka berasa sangat teruja

 Teknik NLP turut mendedahkan peserta kepada Brainn Gym ini

 Pn Effa Rina sedang menyampaikan motivasi yang bertajuk WDEP to success berasaskan Reality Therapy

 Lagi Aktiviti Brain Gym

 Mohd Fitri Aziz sebagai wakil pelajar melafazkan ikrar dan aku janji dihadapan guru


Semua pelajar melafazkan ikrar dan aku janji dihadapan guru

 Slot Belaian Jiwa merupakan amanat Tuan Pengetua kepada semua calon SPM tahun 2013

 Sesi tandatangan oleh wakil pelajar


  Sesi tandatangan oleh Tuan Pengetua

 
  Sesi tandatangan oleh PK Pentadbiran

Sesi tandatangan oleh  Kaunselor


Sesi tandatangan oleh wakil PIBG


Pada 14 Feb 2013, semua pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Program Motivasi, Ikrar dan Aku Janji yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Kurikulum. Antara pengisian program ialah Santapan Minda, Brain Gym, Slot Motivasi WDEP to success oleh Pn Effa Rina Mohd Matore, Slot Belaian Jiwa oleh Tuan Pengetua, Lafaz Ikrar dan Aku Janji dan sesi tandatangan ikrar dan aku janji tersebut. Program dihadiri oleh Tuan Pengetua, Cik Hjh Maznah, Pn Effa Rina , PnAslinda Bt Paat, Pn Wan Aziah, Pn Norashikin (Kaunselor Pelatih) dan Pn Hjh Atiyatur Rahman. Turut membantu ialah En Wan Jamaludin Hasan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan persediaan awal pelajar bagi menghadapi SPM 2013. Syabas kepada semua pelajar dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.


Read more...

Friday, February 8, 2013

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG 2013













Pada 6 Februari 2013 telah dilancarkan Program Sekolah Penyayang (Amalan Guru Penyayang) peringkat sekolah. Tuan Pengetua telah menyampaikan penerangan program kepada semua warga sekolah. Gimik perasmian menyaksikan penyarungan Selempang Kuning tanda kasih sayang seorang guru kepada muridnya dan penyerahan Cenderamata Hari Jadi untuk tahun 2013. Juga disampaikan penghargaan murid kepada Tokoh Nilam 2012 iaitu Alicia Ong Su May

Terima kasih kepada Pn Hana Zafinaz, Pn Norsaedah, Pn Aslinda dan semua murid yang menjayakan pelancaran ini. Tahniah semua....Salam penyayang...

Read more...

Saturday, January 26, 2013

BERSAMA TOKOH PMR 2012











Pada 22 Jan 2013, telah diadakan Program Bersama Tokoh PMR 2012. Semua murid straight A's PMR 2012 telah berkongsi rahsia kejayaan dengan pelajar tingkatan 3. Jamuan mesra bersama pengetua, pentadbir dan guru-guru sungguh memotivasikan mereka untuk lebih berjaya

Semua tokoh begitu teruja dan bersemangat untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada adik-adik yang bakal menduduki PMR buat kali yang terakhir tahun ini. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua tokoh atas kejayaan dan komitmen anak-anak. Semoga terus berjaya dan cemerlang

Read more...

PROGRAM PENCEGAH JENAYAH - SEKATA







Pada 19 Januari 2013, Seramai 31org ahli Kelab Bimb Dan Kaunseling telah menyertainya program Pencegahan jenayah SEKATA di dewan orang Ketoyong Seramai. antara akt smlm ialah ceramah cegah jenayah dijalankan, pameran PDRM, keahlian rakan cop,pertunjukan K9, demonstrasi bagaimana ragut terjadi. majlis dirasmikan oleh YB Dato Khusairi. Anjuran PDRM, LPPKN dan KRT

Read more...

PROGRAM KAUNSELOR KU SAYANG





Pada 17 Januari 2013, seramai 40 orang murid 1RK dan 1AA telah mengikuti slot ini yang antaranya bertujuan untuk membina rappo antara murid dan Kaunselor. Slot disampaikan oleh pn Effa Rina. Antara pengisiannya ialah
1. Pidato Spontan
2. Identiti Diri
3. Taklimat KRK dan KAA
4. Ciri-ciri murid cemerlang
5. Tayangan video aura positif
6. ujian minat kerjaya SDS

Sambutan daripada semua murid sangat positif sehinggakan tidak sedar 3 jam masa berlalu. Selamat belajar semua..

Read more...

LAWATAN PENYAYANG MURID MANGSA KEBAKARAN RUMAH





Pada 17 Januari 2013, rombongan Tuan Pengetua, Pn Effa Rina, Pn Norzarina dan Pn Suriyani telah mengadakan lawatan ke rumah Fatehah, pelajar Pra U yang telah ditimpa musibah kebakaran rumahnya sehinggakan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Kami telah menyampaikan barang makanan dan pakaian yang disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada ibu Fatehah. Semoga Fatehah tabah menghadapi ujian ini

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP