PEMINAT SETIA

Thursday, August 18, 2011

Penulisanku dibukukan...Aku puas, alhamdulillah

Bungkusan yang kunanti-nantikan sekian lama...berat..
Bungkusan kubuka penuh debar...

Akhirnya.!!! Alhamdulillah, penulisan ku terpilih untuk diterbitkan dalam Buku Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan terbitan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan...
Inilah hadiah hari jadiku tahun ini yang kuterima lebih awal. Syukur kepada Allah!

Aku telah menghantar 5 artikel untuk diterbitkan oleh MGCM, namun hanya 2 artikel yang terpilih. Namun, aku sudah sangat bersyukur kepadaNya. Aku jadi lebih bersemangat untuk menulis. Cerpenku pula masih dalam proses pemilihan oleh DBP dan UM. Semoga cerpenku terpilih juga, tapi aku tidaklah begitu mengharap sekadar mencuba.

Read more...

Ceramah Motivasi Tingkatan 5 di SMK Slim



SMK Slim aku datang lagi.........
Sebahagian pelajar yang mendengar ceramah aku iaitu seramai 115 orang calon SPM 2011 di sekolah ini

Surau baru....gah!
Sesi bergambar kenangan dengan para pelajar SMK Slim

Aku telah dijemput ke SMK Slim untuk menyampaikan motivasi belajar kepada semua pelajar tingkatan 5. Sesi ceramah bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar dan menyedari kepentingan lulus cemerlang dalam SPM serta hala tuju mereka. "Feed back" yang diberikan berdasarkan Soal Selidik yang ku berikan, amat menggalakkan.


Read more...

Gilap Bakatmu




Semua pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah mereka perlu juga menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya dalam bidang sukan, permainan, ko akademik dan lain-lain yang berkaitan. Apa yang penting adalah keseimbangan antara akademik dan kokurikulum, pandai-pandailah membahagikan masa ye

Read more...

BG KUASA DUA -Bakal Graduan Bertemu Graduan

Cenderamata kenangan dari SMKKJ kepada Graduan yang sudi ditemuramah
Salah seorang Graduan sedang ditemuramah
Setiap peserta telah dibekalkan dengan Buku Aktiviti yang telah dibina oleh ku, sebagai panduan kepada mereka dalam menjayakan program ini
Aku bersama-sama bakal graduan
Para pelajar begitu teruja dapat bertemu GraduanSalah seorang ayah yang ditemuramah, kerjasama mereka sangat baik
Beriya-iya para pelajar menemuramah ayah GraduanTerpegun.... Tidak terkata-kata. Itulah yang dapat dikatakan ketika pelajar berpeluang melihat Perarakan Akademik keluar Dewan SITC
Sesi temuramah dengan salah seorang ibu yang bergelar Graduan. Beliau bgitu gembira dengan kejayaan anaknya. Peace!!!!.......... Sesi bergambar kenangan
"Akak pergi sekolah, mesti ingat Universiti...." antara kata-kata hikmah Graduan iniSemua peserta wajib memakai Tag Nama yang direka khas oleh Pn Aslinda...Cantik!
Sesi makan-makan di gerai sekitara Hari Konvokesyen.....Happy sangat mereka!
Perarakan Akademik

Pada 27 Julai 2011, aku telah melaksanakan satu program baru iaitu BAKAL GRADUAN BERTEMU GRADUAN (BG KUASA DUA). Sebagai salah sebuah sekolah BITARA UPSI, aku mengambil kesempatan bersempena dengan Hari Konvokesyen ini , aku telah merangka satu program khas. Sasaran adalah kepada 12 orang pelajar target Straight A's. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sasaran agar dapat :
1. Merasai dan melihat Hari Konvokesyen berlangsung
2. Meningkatkan motivasi pelajar
3. Berpeluang bertemu dengan para graduan dan keluarga mereka
4. Meningkatkan komunikasi dengan orang luar dan menjadi lebih berani

Antara pengisian program ini ialah
1. Pemerhatian kepada perarakan akademik dan suasana Hari Konvokesyen
2. Temuramah
3. Belajar mencatat

hasil daripada "feed back" pelajar sasaran, mereka berasa sangat seronok dan bersemangat untuk mencontohi graduan yang telah mereka temuramah. Terima kasih kepada Pn Aslinda dan En Nazri kerana membantu aku menjayakan program ini.

Read more...

Thursday, August 4, 2011

PERFECT SCORE KRK DAERAH

Para peserta daripada 3 buah sekolah sedang khusyuk mendengar ceramah
Pandangan dari hadapan

SMKKJ telah menjadi tuan rumah untuk program peringkat Daerah iaitu Perfect Score. Aku telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Motivasi Tingkatan 3 RK bagi 3 buah sekolah iaitu SMKKJ, SMK Slim dan SMK Air Kuning. Semuanya lancar dan berdasarkan soal selidik penilaian yang kuberikan, peserta mendapat input yang positif. Alhamdullillah

Read more...

TEKNIK DAN BENGKEL MENJAWAB SPM

Pn Noraini Bakar...Geografi
Pn Nuzilah...Bengkel Sains
Aishah, PRS sekolah sebagai pengacara
Pn Norhayati...Bengkel Matematik
Para pelajar khusyuk membuat latihanUstazah Wan Aziah..Tasawwur Islam
En Kamal...Sains
Pn Norhayati...Kimia
Tn Hj Khairul...Perdagangan
En Ganesan....Ekonomi Asas
En Puzi...Matematik Tambahan
En Hanif....Fizik
En Arman...Bahasa Inggeris
Tn Hj Mohd Anuar....Pendidikan Islam
Pn Hamidah.....Matematik

Teknik mejawab PMR telah selesai 9 mata pelajaran dari 11-19 Julai 2011. Kemudian menyusul Teknik Menjawab SPM dengan 20 mata pelajaran. Bermula dari 18 -28 Julai 2011. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walau dengan pelbagai cabaran. Terima kasih kepada semua penceramah, guru, staf pejabat dan pelajar yang membantu melancarkan program ini. Tidak semua gambar dapat dimuatkan dalam blog ini kerana terlalu banyak gambarnya... Hehe

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP