PEMINAT SETIA

Thursday, February 9, 2012

Sejenak Bersama Masitah Nur...New Zealand

Masitah Nur bersama-sama pelajar yang mendengar amanat dan petua kejayaan beliau
Bersama-sama, Cik Hjh Maznah, PK Pentadbiran
Cenderamata kenangan untuk dibawa ke New Zealand
Para pelajar sangat teruja ketika sesi soal jawab. Macam-macam soalan dilontarkan
Bijak, spontan, bersahaja dan penuh nasihat berguna

Bergambar kenangan denganku di Pusat Sumber Sekolah yang penuh dengan memori untuk tokoh ini

Pada 9 Februari 2012 telah diadakan program untuk meningkatkan motivasi pelajar Tingkatan 5 yan bakal menduduki SPM. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput Masitah Nur Binti Khairi untuk berkongsi rahsia kejayaannya sehingga melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand

Masitah Nur memperoleh 9A dalam PMR dan 12A dalam SPM. Selepas SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Mara Seremban selama 2 tahun sebagai persediaan ke luar negara. Melalui program "In Person" ini, yang dilaksanakan secara santai, para pelajar berpeluang mendekati tokoh murid ini dengan leih dekat.

Respon yang diberikan pelajar 5 Persona dan 5 Wira adalah sangat positif.

Read more...

Wednesday, February 8, 2012

Minggu Orientasi Ting 4 dan 1RK




“Melangkah Ke Alam Dewasa” merupakan ungkapan sesuai untuk ditujukan kepada para pelajar tingkatan empat yang mula mengatur langkah ke tingkatan menengah atas tahun ini. Pelbagai perubahan perlu mereka harungi dalam usaha mematangkan diri selaras dengan usia mereka.

Pelajar-pelajar ini bukan sahaja perlu disogokkan dengan ilmu akademik, malah perlu diberi pendedahan tentang sistem menengah atas yang berbeza dengan sistem ketika mereka di menengah rendah. Pelbagai maklumat berguna merangkumi mata pelajaran teras dan elektif, kokurikulum, disiplin, sahsiah, biasiswa, Pusat Sumber, pemantapan nyanyian lagu sekolah, dan proses pengagihan pelajar mengikut jurusan. Diharap, melalui program ini, para pelajar akan mendapat banyak input berguna serta dapat menyedari betapa pentingnya disiplin untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan

Read more...

Masih segar dalam ingatan

Cerpen "Ada Aku Kisah" dan satu penulisan ilmiah ku diterbitkan oleh Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan untuk keluaran 2011 dan 2012
Menghadiri Seminar Jaminan Kualiti di Kolej Universiti Pendidikan Ugama Seri Begawan, di Brunei pada 2011
Menerima kehadiran Pelajar Master, pHD dan pensyarah dari Vongchavalitkul, Thailand (2010)
Naib Johan Pertandingan Facebook Perkhidmatan B&K Negeri Perak 2011
Pingat Gangsa Pertandingan Inovasi Kaunseling di Persidangan Antarabangsa B&K di Bandung, Indonesia (Dec 2011)
Anugerah Khas Kokurikulum daripada Pengetua 2011

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP