PEMINAT SETIA

Wednesday, October 20, 2010

Ceramah untuk staf Pejabat Kesihatan Daerah

Peserta sedang khusyuk menyiapkan IPS
Hospital yang penuh sejarah untukku
Aku kira ini Penghulu program
En Termizi.. sporting kena usik dengan aku.
Pada 19 Okt yang lalu, aku telah dijemput oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang untuk menyampaikan ceramah bertajuk TEKNIK KOMUNIKASI untuk 57 orang staf pelbagai gred di Hospital Slim River. Satu pengalaman baru bagi aku menyampaikan ceramah untuk jabatan kesihatan. Berdebar tapi aku sangat teruja.

Read more...

Selesai.. On line SBP, ambil pin number MRSM

Di kaunter Pejabat Mara KKB
Kak Hazana berposing.. hehe
Sesi on line untuk pelajar ke SBP Tingakatn 4 tahun 2011

Read more...

Masanya telah tiba,,,,Konvokesyen Masterku

Adik.. terima kasih dik datang. Ambil cuti khas lagi. Sokongan adik buat along jadi kuat.
Adik.. sokongan adik sangat along hargai sanggup ambil cuti, walau penat baru je tiba di KLIA Tahniah kepada kita dik....Selamat tinggal kepada orang yang pernah menghina kita dulu
Aku, Atiyatur dan Chew bersama PK Pentadbiran. Cik Hjh Maznah yang sangat positif
Kami bersama Pengetua Cemerlang. Beliau sangat menyokong usaha kami sambung belajar dulu. Terima kasih Puan Hjh

Abah.. terima kasih atas segala nasihat, sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Master along ni abah yang punya sebenarnya
Mak... doa mak yang tak henti untuk along
menyebabkan along berjaya habiskan Master ni on time
dengan segala kepayahan. Terima kasih banyak mak.

Kawan-kawan dari Indonesia
Suamiku tersayang...Restu, memahami, sokongan kasih sayangitulah kunci kejayaan Yang. Terima kasih sayang. Kita boleh hidup tanpa Maid!!!
Perarakan masuk aku ke dewan SITC
Qayyum... Sungguh sabar, taat. Terima kasih sayang mama

Syukur Ya Allah
memberi peluang kepada aku dan adik
membanggakan mak abah sebelum mereka menutup mata

Akan ku kongsikan ilmu untuk pelajar dan masyarakat


Pada 13 Oktober 2010, aku dianugerahkan Master Pengurusan (Pengurusan Pendidikan) dari UPSI. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setelah berjuang selama 2 tahun, akhirnya aku berjaya ke tahap ini. Impian yang aku pendam sekian lama.

Read more...

International Management Education Conference (IMEC)

Inilah bilik pembentangan aku
Aku di letak dalam kumpulan pertama pulak tu
dengan wakil dari Pakistan dan Univ Pertahanan
Ketua Menteri Melaka sebagai perasmi
Terima kasih kepada penyelia kajianku
Dr Marinah Awang yang sangat supportive
Aksi aku ketika membentang dapatan kajian
Dr Norlia menyampaikan sijil penyertaan
Giliran suamiku...
terima kasih sayang kerana merestui dan beri keizinan
Sijil peringkat antarabangsa ni
hehe
Wakil dari Indonesia
Aku dan rakan baru
dari Yogjakarta

Pada 6-8 Okt yang lalu, aku dan suami telah ke Hotel Mahkota, Melaka dengan satu misi, membentang kajian masing-masing. Pembentang dari luar negara seperti Indonesia, Pakistan, Nigeria turut hadir. Ini pengalaman aku yang pertama dan semoga bukan yang terakhir. Alhamdullilah, walau berdebar namun aku puas. Aku telah melakukan sesuatu yang berbeza dalam hidup aku. Terima kasih kepada mak abah adik yang menyokong dan menjaga anak-anak aku ketika aku membentang.

Read more...

Monday, October 11, 2010

Hargai dan Uji Diri

UJI DIRI...

Sifuku berkata....
USAH BERADA DI TAKUK YANG SAMA SAJA. CUBA SESUATU YANG BARU UNTUK MENINGKATKAN DIRI. JANGAN ASYIK BERCAKAP , TAKUT MELAKUKAN SESUATU YANG BARU DAN SUKA MENGKRITIK ORANG. BERANI YANG SEBENAR BUKANNYA BERANI MEMARAHI ORANG, MENGHERDIK ORANG, MEMALUKAN ORANG... BERANI YANG SEBENAR ADALAH DENGAN MENGUJI DIRI SENDIRI... BARU TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH

Aku yang baru bertatih....
Banyak lagi kena belajar dengan sifuku
Pengalaman baru di Melaka
International Management Education Conference 2010

HARGAI DIRI...
Makku berkata..
KERJA PENAT-PENAT, APA SALAHNYA MENGHARGAI DIRI DENGAN APA YANG ALONG NAK PAKAI. ALAH BELI, MENANG MEMAKAI.
Baru berjinak-jinak dengan SK-II
Kaunter SK-II

Read more...

Buku ulangkaji SPM











Pihak TIMES telah datang ke sekolah bagi memberikan buku ulangkaji SPM bagi 11 mata pelajaran untuk semua pelajar tingkatan 5. TIMES merupakan anak syarikat NST. Aku telah berurusan dengan En Khawarizmi dan seperti yang dijanjikan beliau datang ke sekolah pada 5 Oktober 2010 untuk menyerahkan buku tersebut

Read more...

PMR 2010 bermula

Pn Zalina yang prihatin turut
hadir memberi sokongan
Penolong Kanan dan Guru Kanan
masing-masing mengiring kepergian calon PMR ke dewan

Cikgu Fauzi membacakan doa
Aku turut memberikan motivasi ringkas kepada pelajar
Calon PMR sedang berdoa
Selamat Berjaya Sayang Mummy!!

Read more...

Teknik Menjawab Kimia SPM dan Matematik Tambahan

Pn Hayati sedang menulis sesuatu
En Chin Woon Woo
Guru Cemelang Matematik Tambahan DG48

Para pelajar memberi sepenuh perhatian terhadap ceramah
Pada 4 Oktober 2010 telah diadakan ceramah teknik menjawab Matematik Tambahan dan Kimia SPM di Pusat Sumber Sekolah




Read more...

Urusan Konvokesyen







4 Oktober 2010 lalu, aku, Zaimimah dan Siva 'berdating' di UPSI untuk mengambil jubah dan tempahan gambar sempena konvo kami yang bakal menjelma. Seronok sangat rasa.... Perjuangan sudah hampir selasai... Menuju Puncakkkkkkkkkkkk!!!






Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP