Majlis Bermaaf-maafan sempena Aidilfitri
Hari ini, telah diadakan majlis bermaaf-maafan antara semua pelajar dan guru. Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan keharuan. Aku dapat merasakan bahawa para pelajar memang memerlukan "personal touch" daripada guru-guru. Jelas terpancar wajah keikhlasan dan rasa disayangi apabila guru melahirkan kemaafan kepada semua pelajar. Ada pelajar yang menangis, ada pelajar yang mintak dicium, dipeluk, ada yang mahu bergambar sebaik sahaja tamat majlis.
Walaupun tidak semua guru dapat turut serta (kerana terlibat dengan peperiksaan), namun, sebelum hari ini tamat, masing-masing 'mencari' rakan guru yang lain untuk mensuci segala dosa yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.
Aku juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog ini, jika ada yang terasa gembira, sedih, terkecil hati, bangga dan sebagainya. Walau apapun, tiada niat buruk di hati ini. Sekadar satu perkongsian. Aku juga telah memaafkan semua insan yang juga pernah membuatkan aku berasa sedih, berkecil hati, terusik, kecewa, geram, marah dan sebagainya. Kita hanyalah insan biasa, bukannya sempurna. Selamat Hari Raya Aidilfitri