PEMINAT SETIA
Wednesday, November 30, 2011
Thursday, August 18, 2011
Penulisanku dibukukan...Aku puas, alhamdulillah
Aku telah menghantar 5 artikel untuk diterbitkan oleh MGCM, namun hanya 2 artikel yang terpilih. Namun, aku sudah sangat bersyukur kepadaNya. Aku jadi lebih bersemangat untuk menulis. Cerpenku pula masih dalam proses pemilihan oleh DBP dan UM. Semoga cerpenku terpilih juga, tapi aku tidaklah begitu mengharap sekadar mencuba.
Read more...
Ceramah Motivasi Tingkatan 5 di SMK Slim
Aku telah dijemput ke SMK Slim untuk menyampaikan motivasi belajar kepada semua pelajar tingkatan 5. Sesi ceramah bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar dan menyedari kepentingan lulus cemerlang dalam SPM serta hala tuju mereka. "Feed back" yang diberikan berdasarkan Soal Selidik yang ku berikan, amat menggalakkan.
Gilap Bakatmu
Semua pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah mereka perlu juga menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya dalam bidang sukan, permainan, ko akademik dan lain-lain yang berkaitan. Apa yang penting adalah keseimbangan antara akademik dan kokurikulum, pandai-pandailah membahagikan masa ye
BG KUASA DUA -Bakal Graduan Bertemu Graduan
1. Merasai dan melihat Hari Konvokesyen berlangsung
2. Meningkatkan motivasi pelajar
3. Berpeluang bertemu dengan para graduan dan keluarga mereka
4. Meningkatkan komunikasi dengan orang luar dan menjadi lebih berani
Antara pengisian program ini ialah
1. Pemerhatian kepada perarakan akademik dan suasana Hari Konvokesyen
2. Temuramah
3. Belajar mencatat
hasil daripada "feed back" pelajar sasaran, mereka berasa sangat seronok dan bersemangat untuk mencontohi graduan yang telah mereka temuramah. Terima kasih kepada Pn Aslinda dan En Nazri kerana membantu aku menjayakan program ini.
Read more...
Thursday, August 4, 2011
PERFECT SCORE KRK DAERAH
SMKKJ telah menjadi tuan rumah untuk program peringkat Daerah iaitu Perfect Score. Aku telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Motivasi Tingkatan 3 RK bagi 3 buah sekolah iaitu SMKKJ, SMK Slim dan SMK Air Kuning. Semuanya lancar dan berdasarkan soal selidik penilaian yang kuberikan, peserta mendapat input yang positif. Alhamdullillah Read more...
TEKNIK DAN BENGKEL MENJAWAB SPM
Teknik mejawab PMR telah selesai 9 mata pelajaran dari 11-19 Julai 2011. Kemudian menyusul Teknik Menjawab SPM dengan 20 mata pelajaran. Bermula dari 18 -28 Julai 2011. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walau dengan pelbagai cabaran. Terima kasih kepada semua penceramah, guru, staf pejabat dan pelajar yang membantu melancarkan program ini. Tidak semua gambar dapat dimuatkan dalam blog ini kerana terlalu banyak gambarnya... Hehe
Read more...
Thursday, July 14, 2011
Pemurnian Modul Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan Kali Kedua
Ni gambar paling best, aku dengan Ustaz Zulfakor merangkap cikgu aku kat SMK Sg Pelek, merangkap kawan abah. hehe. Tak sangka jumpa cikgu kat sini. Walaupun aku tak pernah belajar dengan Ustaz Zulfakor, tapi pasal Ustaz kawan baik dengan Cikgu Azman dan Cikgu Akhiar, maka kira cikgu aku juga la kan....
Kami berkampung lagi. Kali kedua, di Hotel Olympic, K.Lumpur untuk memurnikan modul Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan bagi SABK. Banyak yang diperbincang dan dimurnikan untuk kami "run" pilot programme di peringkat negeri Perak nanti. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar berkat tunjuk ajar dan kerjasama padu kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)