PEMINAT SETIA
Friday, February 25, 2011
Thursday, February 24, 2011
Pameran dan Kaunter Kerjaya STPM 2011
Pada 21 Februari yang lalu telah diumumkan keputusan STPM 2010. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuka pameran dan kaunter kerjaya untuk sesi perbincangan bersama-sama pelajar dan ibu bapa yang hadir. Seramai 30 orang pelajar telah hadir ke kaunter ini.
Motivasi Kelas Pendidikan Khas
Mereka sangat ceria dan keletah... pandai bergaya..!!!
Januari hingga Mac
Walaupun dalam kalangan mereka ada yang tidak tahu menulis, namun semangat yang ditunjukkan buat aku terharu
Terima kasih Kaunselor Pelatih yang kreatif
Pada 11 Feb yang lalu, aku bersama-sama Pn Norahazana dan Kaunselor Praktikal telah dijemput untuk mengendalikan seci ceramah dengan tema PERSAHABATAN. Seramai 25 orang pelajar kelas pendidikan khas yang hadir. Turut bersama-sama kami ialah semua guru Pendidikan Khas. Kami telah mengendalikan slot ini dengan pendekatan yang sesuai dengan responden dan respon yang diberikan amatlah meriah. Sehingga kini, jika bertemu, mereka pasti akan menyebut "friend-friend" dengan gaya jari tangan yang kuajarkan mereka... Aku sungguh terharu. Read more...
Kaunselor Pelatih UPSI 2011
Selamat datang kepada En Ahmad Radzi b Ab Halim ke SMK Khir Johari, Tg Malim. Kehadirannya amat dialu-alukan. Selamat belajar dan menimba pengalaman bersama pihak sekolah amnya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khususnya.
Saturday, January 29, 2011
Aktiviti Kelab Bimbingan & Kaunseling Pertama
Bersama Tokoh PMR 2010
Pada 27 Januari yang lalu, program tahunan ini telah berjalan lancar. Para pelajar dapat mendengar rahsia kejayaan Tokoh PMR 2011 untuk dipraktikkan. Kad Terima Kasih telah Tuan Pengetua berikan kepada semua guru tingkatan 3 tahun 2010. Jamuan tokoh dengan semua guru turut diadakan. Terima kasih kepada Cik Hjh Maznah yang telah menaja jamuan kali ini. Terima kasih juga kepada semua guru yang menjayakan program
Pendaftaran & Orientasi KRK lalu
Aku dan rakan guru yang bertugas
YDP PIBG mendaftarkan anaknya...Seramai 27 orang pelajar 1RK telah mendaftarkan diri di SMK Khir Johari. Selamat belajar sayang...
Subscribe to:
Posts (Atom)





