PEMINAT SETIA

Friday, September 3, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah






Pada 30 Ogos lalu telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53. Penceramah jemputan ialah Prof Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli daripada UPSI. Ceramah yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Apa yang paling menarik adalah omen dramatik penurunan bendera Union Jack. Tahniah kepada semua. Aku dan Cikgu Malek, seperti biasa..pengacara majlis. hehe

Read more...

Nostalgia di UPM






Pertama kali aku menjejakkan kaki di UPM bumi bertuah ini pada tahun 1995 sebagai pelajar Matrikulasi Sains Hayat. Kini, setelah 15 tahun, aku kembali, bersama-sama suami dan anak-anakku. Telah kuceritakan kepada anak-anakku segala pahit manis berjuang dalam menuntut ilmu di UPM dulu. Mungkin mereka tidak memahaminya, namun mereka sangat berminat mendengarnya.

Aku membawa anak-anakku menghirup udara segar UPM.. mereka bermain, bertanya, melawati dewan besar konvokesyenku... momen indah antara kami

Read more...

Diraikan insan-insan tersayang






Aku diraikan mak abah dan adik untuk sambutan haru jadiku pada 21 Ogos yang lalu. Kali ni, tiada kek tetapi diubah kepada santapan ice cream yang bukan sebarangan. Kami ke ICE ROOM di Nilai. Terima kasih adik...tukang belanja.

Read more...

Monday, August 16, 2010

Pelancaran Perasmian Bulan Kemerdekaan 2010






Hari ini diadakan pelancaran perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Aku dan Cikgu Malek berkolaborasi sebagai pengacara majlis. Dah lama rasanya kami tidak menjadi pengacara majlis-majlis yang besar selepas di Stadium Proton untuk Kejohanan Olahraga Daerah dan Negeri yang lalu. Apa pun, majlis berjalan lancar.

Read more...

Monday, August 9, 2010

Program Community Policing Sehari Bersama PDRM











Hari ini seramai 41 orang anggota PDRM dari IPD Tg Malim telah ke sekolah untuk menjayakan pelbagai aktiviti. Antaranya sesi LDK, ceramah, kuiz, pertandingan futsal, pemanduan berhemah. Yang paling menarik adalah show daripada K9 yang melibatkan anjing pengesan dari Jerman. SMKKJ merupakan sekolah angkat bagi IPD Tg Malim



Terima kasih kepada semua anggota IPD Tg Malim yang terlibat. Semoga kerjasama ini akan berkekalan

Read more...

Sunday, August 8, 2010

Tahniah suamiku....




Semalam. 7 Ogos 2010 di UKM, aku menemani suamiku untuk menerima Anugerah Thesis Phd Cemerlang bagi tahun 2008. Rasa terbayar semua penat lelah dan pengorbanan kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Buat suamiku, sesungguhnya segala anugerah dan kekecewaan adalah ujian Allah buat kita.

Tahniah suamiku sayang, DR AHMAD JAZIMIN JUSOH

Read more...

Yang mana satu?




Nak pakai Oktober ni....

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP