
Cenderamata kenangan dari SMKKJ kepada Graduan yang sudi ditemuramah

Salah seorang Graduan sedang ditemuramah

Setiap peserta telah dibekalkan dengan Buku Aktiviti yang telah dibina oleh ku, sebagai panduan kepada mereka dalam menjayakan program ini

Aku bersama-sama bakal graduan

Para pelajar begitu teruja dapat bertemu Graduan

Salah seorang ayah yang ditemuramah, kerjasama mereka sangat baik

Beriya-iya para pelajar menemuramah ayah Graduan

Terpegun.... Tidak terkata-kata. Itulah yang dapat dikatakan ketika pelajar berpeluang melihat Perarakan Akademik keluar Dewan SITC

Sesi temuramah dengan salah seorang ibu yang bergelar Graduan. Beliau bgitu gembira dengan kejayaan anaknya.

Peace!!!!.......... Sesi bergambar kenangan

"Akak pergi sekolah, mesti ingat Universiti...." antara kata-kata hikmah Graduan ini

Semua peserta wajib memakai Tag Nama yang direka khas oleh Pn Aslinda...Cantik!

Sesi makan-makan di gerai sekitara Hari Konvokesyen.....Happy sangat mereka!

Perarakan Akademik
Pada 27 Julai 2011, aku telah melaksanakan satu program baru iaitu
BAKAL GRADUAN BERTEMU GRADUAN (BG KUASA DUA). Sebagai salah sebuah sekolah BITARA UPSI, aku mengambil kesempatan bersempena dengan Hari Konvokesyen ini , aku telah merangka satu program khas. Sasaran adalah kepada 12 orang pelajar target Straight A's. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sasaran agar dapat :
1. Merasai dan melihat Hari Konvokesyen berlangsung
2. Meningkatkan motivasi pelajar
3. Berpeluang bertemu dengan para graduan dan keluarga mereka
4. Meningkatkan komunikasi dengan orang luar dan menjadi lebih berani
Antara pengisian program ini ialah
1. Pemerhatian kepada perarakan akademik dan suasana Hari Konvokesyen
2. Temuramah
3. Belajar mencatat
hasil daripada "feed back" pelajar sasaran, mereka berasa sangat seronok dan bersemangat untuk mencontohi graduan yang telah mereka temuramah. Terima kasih kepada Pn Aslinda dan En Nazri kerana membantu aku menjayakan program ini.
Read more...