Upgrade diri
Banyak perkara yang perlu diperbaiki,diperbaharui dan ditingkatkan. Umpama kita "renew" lesen memandu atau roadtax kereta, begitu juga dengan kehidupan kita. Bagi aku, kehidupan bererti diri sendiri, peranan sebagai hamba Allah, pekerja, isteri, anak dan ibu.
Macam MS ISO juga. Kehidupan juga perlu diaudit. Bagi aku, aku seringkali bertanya pada diri sendiri, sejauhmana aku telah menjadi hambaNya yang taat? Isteri dan mama yang terbaik untuk keluarga aku? Pekerja yang berdedikasi dan sentiasa mahu meningkatkan prestasi kerja? Anak yang sentiasa mengingati dan menghargai mak abah? Sahabat yang setia?
Aku bukan mahu menjadi sempurna, tetapi cuba jadi yang terbaik kepada insan-insan yang penting dalam hidup aku. Aku juga mahu memberi erti kepada diri sendiri, melakukan apa yang terbaik.. mencatat sejarah dalam diri atau bersaing dengan diri sendiri.
Aku jadi semakin risau, apabila aku sedar aku memang belum sempurna. Padahal aku tahu, tidak akan ada manusia yang sempurna. Aku hanya perlu teruskan usaha untuk berasa bahagia dan membahagiakan orang yang signifikan dalam hidupku.