Pentingnya meraikan aktiviti sekolah anak
Pada 28 Julai 2010, Taska Tadika UPSI telah mengadakan sukan tahunan. Aku meluangkan masa untuk menghadiri acara tersebut dan ternyata anakku sangat gembira dengan kehadiran aku. Akibat terlalu gembira, anakku menangis dan ingin mendapatkanku. Namun, setelah dipujuk, keadaan kembali tenang. Pelbagai acara diadakan. Aku menjadi Johan acara ibu iaitu sepit kacang tanah menggunakan chopstick. Emmm... Anakku yang terlebih gembira melihat aku menang.
Begitulah, perasaan seorang anak. Aku teringat tentang perasaan anak-anak muridku, yang ibu bapanya tidak dapat hadir untuk acara-acara penting sekolah. Mesti mereka sedih... Aku mengingatkan diriku, walaupun tidak dapat hadir berdua, sekurang-kurangnya salah seorang sama ada ibu atau bapa atau mana-mana ahli keluarga perlu hadir dalam apa jua aktiviti yang melibatkan ibu bapa.