PEMINAT SETIA

Thursday, July 1, 2010

Setiap hari adalah satu kehidupan baru






Sepupuku baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya. Aku cuba menganalisis di sebalik ikatan itu iaitu satu kehidupan baru. Sudah tentu, pasangan pengantin baru, sangat teruja untuk menjalankan peranan sebagai suami dan isteri yang terbaik. Begitu juga bagi seorang wanita yang baru nelahirkan anak pertama, akan cuba menjadi ibu yang terbaik bagi suatu kehidupannya yang serba serbi baru itu.

Bagi seorang pelajar, menjalani kehidupan baru setiap hari dengan penuh bersemangat amat penting agar momentum belajar sentiasa konsisten untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang. Pelajar perlu berasakan, setiap hari adalah azam baru dengan semangat yang baru. Ingatlah, hanya kita yang dapat mengawal diri sendiri. Kita yang memilih untuk menjadi rajin atau malas, suka atau duka dan sebagainnya. Pilihan di tangan kita, pilihlah yang terbaik.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP