PEMINAT SETIA

Friday, July 30, 2010

Program Pemantapan Akademik 30 Julai 2010






Hari ini, telah diadakan pemantapan akademik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang telah disampaikan oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari SMKA Slim River iaitu Ustaz Jamaluddin Halid. Manakala, bagi Pendidikan Moral telah disampaikan oleh guru Pendidikan Moral yang sangat berpengalaman iaitu Pn Najmah Termidzi dari SMK Khir Johari

Aku sangat berharap dan sentiasa berdoa, agar semua anak muridku, calon SPM akan lebih serius dalam menjalani program ini. Keberkesanan program bergantung kepada tahap disiplin anak-anak. Ini kerana, jika keadaan dewan yang tidak terkawal, akan mengganggu rakan lain yang ingin fokus kepada sesi ceramah. Jagalah diri sendiri untuk kita boleh menjaga diri orang lain dan tidak menunjukkan perangai yang boleh memalukan diri sendiri. Aku yakin, anak muridku akan berubah walaupun ianya akan mengambil masa.

Read more...

Selangkah ke Universiti















Pada 29 Julai 2010, aku telah menjadi Guru Pengiring kepada 8 orang pelajar cemerlang tingkatan 4, untuk ke UPSI bagi mengikuti Program Selangkah ke Universiti anjuran BAKTI. Program telah dirasmikan oleh Datin Seri Utama Masnah Rais.

Read more...

Pentingnya meraikan aktiviti sekolah anak











Pada 28 Julai 2010, Taska Tadika UPSI telah mengadakan sukan tahunan. Aku meluangkan masa untuk menghadiri acara tersebut dan ternyata anakku sangat gembira dengan kehadiran aku. Akibat terlalu gembira, anakku menangis dan ingin mendapatkanku. Namun, setelah dipujuk, keadaan kembali tenang. Pelbagai acara diadakan. Aku menjadi Johan acara ibu iaitu sepit kacang tanah menggunakan chopstick. Emmm... Anakku yang terlebih gembira melihat aku menang.

Begitulah, perasaan seorang anak. Aku teringat tentang perasaan anak-anak muridku, yang ibu bapanya tidak dapat hadir untuk acara-acara penting sekolah. Mesti mereka sedih... Aku mengingatkan diriku, walaupun tidak dapat hadir berdua, sekurang-kurangnya salah seorang sama ada ibu atau bapa atau mana-mana ahli keluarga perlu hadir dalam apa jua aktiviti yang melibatkan ibu bapa.

Read more...

Dilawati 2 kumpulan pelawat






Pada 27 Julai 2010, aku telah terlibat dengan mesyuarat bersama-sama pihak PDRM Slim River dan turut dilawati oleh sombongan dari SMK(F) Besout untuk melihat Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Read more...

Friday, July 23, 2010

Program Pemantapan 22 dan 23 Julai 2010





Pada 22 Julai telah diadakan program pemantapan Bahasa Melayu PMR yang telah disampaikan oleh Tn Hj Badrul dari SMK Slim. Hari ini 23 Julai, Ustazah Wan Aziah pula telah menyampaikan slot untuk Tasawwur Islam SPM. Semoga semua pelajar mendapat manfaatnya. InsyaAllah

Read more...

Wednesday, July 21, 2010

Kem Motivasi dan Pembelajaran Strategik KRK Daerah di UPSI










Seramai 33 orang pelajar 1RK telah ke Kolej Harun Aminurashid UPSI untuk mengikuti Kem Motivasi dan Pembelajaran Strategik Peringkat Daerah Batang Padang. Selain SMKKJ, SMK Slim dan SMK Air Kuning turut terlibat. Aku dan Kak Hazana menguruskan semua anak RK kami sejak dari urusan menaiki bas sehinggalah tiba di UPSI. Aku menaiki bas bersama-sama pelajar dan Kak Hazana mengikuti dari belakang dengan kereta bagi memastikan keselamatan para pelajar. Aku dapat rasakan, mereka sangat teruja untuk menimba pengalaman baru bersama-sama mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Semoga semua pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan ilmu, pengalaman dan memperoleh kenalan rakan KRK selain merasai pengelaman kehidupan di IPT

Read more...

Fotografi Majalah KEJORA


Hari ini, 21 Julai bermula sesi fotografi semua persatuan, badan beruniform, kelab dan permainan. Aku sebagai guru penasihat Kelab Ping Pong, Bimbingan dan Kaunseling dan PRS, turut merakamkan kenangan bersama-sama rakan guru dan pelajar.

Read more...

Tuesday, July 20, 2010

Program Pemantapan Akademik 20 Julai






Hari ini, telah dilaksanakan Teknik Menjawab Fizik bagi SPM yang telah disampaikan oleh Tn Hj Jamaludin dari SMK Hamid Khan. Manakala Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anuar b Mohd Salleh. Semalam pula telah diadakan Teknik Menjawab Bahasa Arab untuk PMR yang disampaikan oleh Ustaz Halimi dari SMKF Besout. Terima kasih kepada semua penceramah yang sudi hadir dan menjayakan program

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP