Aku terus menunggu.
Assalamualaikum
Sudah lama aku berfikir tentang perkara ini. Mungkin usul. Mungkin cadangan. Seringkali aku menghadiri seminar yang berkaitan dengan kaunseling. Seringkali pengisian seminar dipenuhi dengan isu kaunseling semasa dan "talk" daripada IPTA atau IPTS. Apa yang aku tunggu-tunggu masih tidak menjelma. Pengisian seminar seringkali membuatkan aku pulang dengan penuh kehampaan dan kebosanan.
Kadangkala aku rasa, perlu diadakan seminar berkaitan dengan latihan pengedalian sesi kaunseling dan penerangan tentang teori-teori kaunseling yang baru di dunia. Dalam erti kata lain, ulangkaji terhadap apa yang telah dipelajari di universiti dahulu. Ini kerana, sesuatu ilmu itu selalu berubah seiring dengan edaran zaman. Adalah memalukan, kita masih melakukan perkara yang sama, pendekatan yang sama seperti 10 tahun yang lalu. Sedangkan kita berhadapan dengan klien yang jauh berbeza.
Jika di luar negara, untuk meneruskan perkhidmatan, seseorang guru itu perlu 'renew' lesen perkhidmatan keguruannya dengan menghadiri pelbagai seminar dan kursus (pembiyaan sendiri). Tujuannya, agar guru sentiasa "up to date". Alangkah seronoknya, jika dalam seminar diadakan sidang selari untuk perbengkelan seperti Bengkel CTRT, REBT, Gestalt, TA dan lain-lain teori. Boleh juga jika Guru Bimbingan dan Kaunseling didedahkan dengan "Art Therapy". Sekurang-kurangnya kita dapat mentafsir tentang lukisan klien kita yang bermasalah.
Kerjasama boleh diperoleh melalui kepakaran yang ada di universiti seperti UPM, UKM, UUM dan UPSI. Malah, boleh juga diadakan kolaborasi program dengan PERKAMA atau Persatuan Psikologi Malaysia. Melalui info-info terkini dan asahan semula "skill" sesi, akan membuatkan kita lebih yakin dan bertugas dengan penuh "gaya".
Moralnya, menuntut ilmu itu sehingga kita mati. Usahlah, kita berasa bangga dengan segulung ijazah dan master yang telah kita peroleh 5,10,15 atau 20 tahun yang lalu. Usah malu menuntut ilmu kaunseling lagi. Aku dahagakan ilmu-ilmu kaunseling yang baru. Tapi, siapa yang dapat memberi laluannya? Aku belajar sendiri? Bagiku, Belajar perlukan guru. Supaya aku tidak sesat di tengah jalan.
Semoga impianku akan menjadi kenyataan...InsyaAllah