Setelah 22 tahun, kami bertemu semula.
2 Generasi...Hani dan Khairunnaim Abd Jalil (Naim). Baru je kenal dah mesra betul anak aku dengan si Naim ni.
Pada 8 Jun 2011, aku telah menerima SMS daripada kawan lamaku. Katanya ingin berjumpa denganku setelah 22 tahun tidak bertemu. Kami bersekolah di Sekolah Tunku Mahmood 2 Kluang, Johor. Sekelas, darjah 1 Merah. Dia Ketua Darjah tetap dan berpencen, muka skema tapi kadang-kadang terserlah juga kenakalannya. Rasa seronok dapat bertemu dengan rakan sekolah kita dengan penuh nostalgia dan kenangan indah yang kami kenang bersama-sama. Suami dan anak-anakku hanya mendengar perbualan kami yang penuh dengan cerita-cerita lama yang sarat dengan kenakalan kami dan jasa gur terhadap kamiKepada anak-anak sekalian. Hargailah para sahabat dan zaman persekolahan yang sangat indah. Usah diisi zaman persekolahan dengan ponteng sekolah, melawan guru, malas belajar dan suka bergaduh dengan rakan sekelas. Sisipkanlah rasa saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati. Kenalilah yang mana rakan dan sahabat. Carilah sahabat yang mahu susah senang bersama-sama. Bayangkan, suatu hari nanti, anak-anak berjumpa dengan pelbagai kisah KEJAYAAN yang ingin dikongsikan.