PEMINAT SETIA

Thursday, July 14, 2011

Pemurnian Modul Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan Kali Kedua

Perghhh!!. Sorang khusyuk mengedit, sorang tu khusyuk juga....
hehehe
Banner yang glam gitu
YDP Kebangsaan MGKK, Ustaz Ismail dan aku dok khusyuk mendengar taklimat Ustaz Fazli
Ustaz Fazli yang sangat tinggi ilmunya, terkagum Cikgu Rosmani. hehe
Seperti biasa...possing..

Ni gambar paling best, aku dengan Ustaz Zulfakor merangkap cikgu aku kat SMK Sg Pelek, merangkap kawan abah. hehe. Tak sangka jumpa cikgu kat sini. Walaupun aku tak pernah belajar dengan Ustaz Zulfakor, tapi pasal Ustaz kawan baik dengan Cikgu Azman dan Cikgu Akhiar, maka kira cikgu aku juga la kan....


Kami berkampung lagi. Kali kedua, di Hotel Olympic, K.Lumpur untuk memurnikan modul Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan bagi SABK. Banyak yang diperbincang dan dimurnikan untuk kami "run" pilot programme di peringkat negeri Perak nanti. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar berkat tunjuk ajar dan kerjasama padu kami.

Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Aku terus menunggu.

Assalamualaikum

Sudah lama aku berfikir tentang perkara ini. Mungkin usul. Mungkin cadangan. Seringkali aku menghadiri seminar yang berkaitan dengan kaunseling. Seringkali pengisian seminar dipenuhi dengan isu kaunseling semasa dan "talk" daripada IPTA atau IPTS. Apa yang aku tunggu-tunggu masih tidak menjelma. Pengisian seminar seringkali membuatkan aku pulang dengan penuh kehampaan dan kebosanan.

Kadangkala aku rasa, perlu diadakan seminar berkaitan dengan latihan pengedalian sesi kaunseling dan penerangan tentang teori-teori kaunseling yang baru di dunia. Dalam erti kata lain, ulangkaji terhadap apa yang telah dipelajari di universiti dahulu. Ini kerana, sesuatu ilmu itu selalu berubah seiring dengan edaran zaman. Adalah memalukan, kita masih melakukan perkara yang sama, pendekatan yang sama seperti 10 tahun yang lalu. Sedangkan kita berhadapan dengan klien yang jauh berbeza.

Jika di luar negara, untuk meneruskan perkhidmatan, seseorang guru itu perlu 'renew' lesen perkhidmatan keguruannya dengan menghadiri pelbagai seminar dan kursus (pembiyaan sendiri). Tujuannya, agar guru sentiasa "up to date". Alangkah seronoknya, jika dalam seminar diadakan sidang selari untuk perbengkelan seperti Bengkel CTRT, REBT, Gestalt, TA dan lain-lain teori. Boleh juga jika Guru Bimbingan dan Kaunseling didedahkan dengan "Art Therapy". Sekurang-kurangnya kita dapat mentafsir tentang lukisan klien kita yang bermasalah.

Kerjasama boleh diperoleh melalui kepakaran yang ada di universiti seperti UPM, UKM, UUM dan UPSI. Malah, boleh juga diadakan kolaborasi program dengan PERKAMA atau Persatuan Psikologi Malaysia. Melalui info-info terkini dan asahan semula "skill" sesi, akan membuatkan kita lebih yakin dan bertugas dengan penuh "gaya".

Moralnya, menuntut ilmu itu sehingga kita mati. Usahlah, kita berasa bangga dengan segulung ijazah dan master yang telah kita peroleh 5,10,15 atau 20 tahun yang lalu. Usah malu menuntut ilmu kaunseling lagi. Aku dahagakan ilmu-ilmu kaunseling yang baru. Tapi, siapa yang dapat memberi laluannya? Aku belajar sendiri? Bagiku, Belajar perlukan guru. Supaya aku tidak sesat di tengah jalan.

Semoga impianku akan menjadi kenyataan...InsyaAllah

Read more...

Teknik Menjawab PMR 2011 bermula...

Hjh Musni begitu gigih membimbing calon PMR dalam bengkel Matematik PMR nya

Pn Rosmah memberi tunjuk ajar kepada calon yang kurang faham dalam Bengkel Matematik PMR "Seronoknya mengira"..
Semua penceramah kuberikan Sijil Penghargaan dan saguhati biayaan PIBG sekolah
En Zulkifli sedang memberi penerangan dalam Bengkel Geografi PMR
Pn Hjh Norrizan sedang menyampaikan Teknik Menjawab Sejarah PMR dengan begitu menarik
Cikgu Chan sedang memberi taklimat awal dalam Teknik Menjawab Geografi PMR nya
Pn Hjh Jariah diimport dari SMKA Slim River untuk Teknik Menjawab Sains PMR
Anak-anak bakal pelajar cemerlang PMR 2011
Khusyuk mendengar.... bagus! Usah lupa pocket file...

Pn Hjh Fawazah memberi penerangan beriya-iya ketika Bengkel Geografi PMR... Apa yang dipandang kat cikgu tu? hehe


Tahun ini, Teknik Menjawab PMR dan SPM dilaksanakan setelah semua urusan sukan selesai. Maka, diharap semua pelajar dapat memberi fokus kepada akademik setelah selesai beriadah. Aku telah menjemput guru-guru berpengalaman dan Guru Cemerlang untuk membantu para pelajarku mencapai kejayaan dalam PMR tahun ini

Selaras dengan hasrat Pengarah Pelajaran Perak, " A sense of urgency". Teknik Menjawab Soalan merupakan salah satu Program Peningkatan Akademik yang dilaksanakan. Aku sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik memang terlibat secara langsung dengan agenda ini.

Kepada semua anak bakal calon PMR Mummy. Semua edaran yang diperoleh, simpan elok-elok dalam File Pocket. Supaya boleh dibuat ulangkaji semula.

Mummy mahu lihat semua pelajar Mummy berjaya!... InsyaAllah

Read more...

1 Murid 1 Sukan

Amboi..bila disuruh pose...gempak lagi hero-hero Mummy ni!
Bersama-sama Dinda Linda dan anakanda Ainor comel..hehe

Banner yang meriah!...
Pose sakan....Ayunya Raudhah... hehe

Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, kita perlu tahu semua perkara. Namun, menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berinformatif tidaklah semudah diucapkan. Banyak perkara perlu diusahakan untuk memperoleh sesuatu maklumat sama ada melalui 'networking' dengan rakan-rakan yang lain, melayari internet atau dengan menghulurkan bantuan dengan unit lain. Juga penting, maklumat perlu sahih

Sebagai contoh, 1 Murid 1 Sukan. Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memahami konsep tersebut sekiranya terdapat pelajar yang tidak berminat atau cuba mempertikaikan sesuatu dasar itu. Tidak bererti menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling, kita hanya perlu tahu tentang kaunseling sahaja.

Jika di sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling bolehlah membantu Unit Sukan walaupun hanya sebagai pengacara, ajk hadiah, penjaga track atau sebagai penyedia minuman pelajar. Aku telah bertugas sebagai pengacara ketika pelancaran 1M1S.

Read more...

Saturday, July 2, 2011

Persidangan PERKAMA Antarabangsa Pertama

Tempat aku dan suami bermastautin... hehe. Selesa dan bersih
Suit baru. Tq kepada Hakimi dan Hani, Perunding imej ku yang baru, Dari Putrajaya.
Dr Ahmad Jazimin Jusoh.... Tq sayang ajak Yang pi sekali.
Tan Sri Dr Nordin Kardi ketika ucapan alu-aluan. Seronok sangat dapat jumpa Tan Sri. Teringat waktu kuliah bersama beliau dulu
Pembentangan menarik dari UIA
Salah seorang pembentang sedang memberi penerangan.
Ucaptama jemputan dari USA.
Dato Sharazat merasmikan Persidangan PERKAMA Antarabangsa yang Pertama
Sesi bertanya.... em.... Menarik talk tentang perana kaunselor ketika mengendalikan klien mangsa darurat (tsunami, gempa bumi dan lain-lain bencana)

Suasana dalam auditorium
Buah tangan persidangan. Mesyuarat Agung turut diadakan
Bangunan Akademia Kenegaraan, KL.
Aku?....Apa lagi? Pose le..
Persidangan antarabangsa kedua selepas IMEC tahun laluTag nama untuk semua peserta persidangan

Pada 22 Jun 2011, aku bersama-sama suamiku telah menghadiri Persidangan PERKAMA Antarabangsa yang Pertama di Akademia Kenegaraan, KL. Aku berasa sangat teruja untuk menghadiri Persidangan tersebut yang mengumpulkan begitu ramai tokoh dalam bidang kaunseling. Lebih-lebih lagi ramai juga tokoh dan pengamal kaunseling dari luar negara seperti Indonesia, Filiphina dan Maynmar.

InsyaAllah, tahun hadapan jika ada rezeki dan diizinkan Allah, aku ingin datang sekali lagi untuk membuat pembentangan kertas kerja konsep. InsyaAllah. Yes!

Read more...

Inventori Personaliti Sidek..Bersama Pelajar Pra-U

Sebelum sesi ceramah bermula

Mukadimah IPS
Begitu khusyuk jejaka Pra U...hehe
Begitu juga gadis-gadis manis Pra U... berdebar.. hehe

Pada 21 Jun 2011, Aku telah menyampaikan ceramah tentang personaliti berdasarkan Inventori Personaliti Sidek (IPS) kepada semua pelajar Pra U 2. Pendedahan ini bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti tentang kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Aku juga membuat perkaitan personaliti mereka dengan kerjaya yang sesuai. Resppons daripada semua pelajar sangat positif.


Read more...

Home Visit...Satu ziarah yang memilukan

Pn Hjh Noraini sedang berbual-bual dengan abang arwah
Suasana yang penuh keharuan
Sumbangan ikhlas disampaikan oleh Tuan Pengetua
Di sinilah rumah tempat arwah dibesarkan

Pada 20 Jun 2011, aku bersama-sama Pn Pengetua dan Pn Aslinda telah ke rumah Allahyarhamah Nurfarahanim yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan bersama-sama ahli keluarganya. Pertemuan dengan abang-abang arwah sungguh memilukan.

Kepada semua yang membaca blog ini, sesungguhnya kematian akan berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa saja. Jadilah insan yang memaafkan dan saling kasih-mengasihani. Hidup ini amat singkat untuk suka mencari kesalahan orang lain, merendah-rendahkan orang lain, rasa dengki dan berdendam. Hiasilah kehidupan kita dengan kegembiraan dan saling menghargai antara satu sama lain.

Read more...

Setelah 22 tahun, kami bertemu semula.

2 Generasi...Hani dan Khairunnaim Abd Jalil (Naim). Baru je kenal dah mesra betul anak aku dengan si Naim ni.

Pada 8 Jun 2011, aku telah menerima SMS daripada kawan lamaku. Katanya ingin berjumpa denganku setelah 22 tahun tidak bertemu. Kami bersekolah di Sekolah Tunku Mahmood 2 Kluang, Johor. Sekelas, darjah 1 Merah. Dia Ketua Darjah tetap dan berpencen, muka skema tapi kadang-kadang terserlah juga kenakalannya. Rasa seronok dapat bertemu dengan rakan sekolah kita dengan penuh nostalgia dan kenangan indah yang kami kenang bersama-sama. Suami dan anak-anakku hanya mendengar perbualan kami yang penuh dengan cerita-cerita lama yang sarat dengan kenakalan kami dan jasa gur terhadap kami

Kepada anak-anak sekalian. Hargailah para sahabat dan zaman persekolahan yang sangat indah. Usah diisi zaman persekolahan dengan ponteng sekolah, melawan guru, malas belajar dan suka bergaduh dengan rakan sekelas. Sisipkanlah rasa saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati. Kenalilah yang mana rakan dan sahabat. Carilah sahabat yang mahu susah senang bersama-sama. Bayangkan, suatu hari nanti, anak-anak berjumpa dengan pelbagai kisah KEJAYAAN yang ingin dikongsikan.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP