Saatnya hampir tiba.
Aku menerima SMS daripada penyeliaku, Dr Marinah Awang, memaklumkan bahawa pembaca kedua telah selesai menyemak penulisan latihan ilmiahku. Aku datang bertemu dengannya pagi ini. Alhamdulillah, hanya pembetulan minor. Itupun pembetulan teknikal dan bukan pada 'content". Syukur...InsyaAllah aku akan bergraduat tahun ini....
Tak terkata. Hanya kesyukuran dalam hati. Rasa ingin mengalir air mata ini, tapi aku rasa belum tiba masanya untuk aku mengenang semua kepayahan dalam aku berjuang memyambung pelajaran ke peringkat Master ini. Tapi aku pasti akan coretkan segalanya.... InsyaAllah.
Doakan aku.