PEMINAT SETIA

Friday, April 2, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang Daerah 2010

Pada 1 April 2010, aku bertugas sebagai pengacara majlis penutup bersama-sama Cikgu Malek untuk Kejohanan Balapan dan Padang Daerah di Proton City. Kali ini aku bertugas dalam keadaan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya, dengan suara aku yang serak dan masih batuk-batuk. Tapi, aku tak sampai hati pula nak membiarkan Cikgu Malek bertugas seorang diri.

Pintu masuk ke Stadium Proton yang gah
Aku bersama-sama Amjad
Gambar yang ditag di FB dengan Cikgu Malek
tak dapat aku paste di sini
Suasana di tepi trek

Pengalaman kali ini, ialah aku bertugas dengan suara serak dan tekak yang sakit. Kemudian, terdapat seorang guru yang telah mengganggu aku ketika pengumuman pemenang dibacakan. Mungkin bagi orang yang tidak pernah menjadi pengacara, mereka tidak tahu, bahawa pengacara tidak boleh diganggu walaupun mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Pengacara hanya membaca sahaja keputusan yang diberikan. Tindakan guru tersebut yang menegur aku dan asyik mempertikaikan keputusan hakim, dengan suara yang kuat di tepi telinga aku, disertai dengan guru dari sekolah yang sama, membuatkan aku hampir hilang fokus. Tolonglah hormati tugas orang lain cikgu. Kalau memang cikgu tidak berpuas hati, pergilah ke saluran yang betul untuk tindakan selanjutnya.

Dan...aku semakin memahami manusia. Memang mereka sangat unik

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP