Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010
Hari ini telah diadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi tahun 2010. Aku telah mula merasai bahang kesibukan dalam melaksanakan tugas. Aku meneliti Senarai Tugas dalam Buku Takwim Sekolah. Tahniah aku ucapkan kepada guru yang terlibat menyiapkannya dengan penuh dedikasi. Aku pernah merasai pengalaman itu ketika aku bertugas di SMK Slim dan juga pernah melakukannya di sekolah ini . Pengalaman yang sungguh berharga.
Aku kira tahun ini sungguh mencabar. Walaupun aku bukan lagi Penyelaras KRK tapi aku diberi tugas-tugas yang sungguh gerun untuk dinyatakan. Sebagai GC, yang sudah semestinya amat sibuk nanti, ditambah dengan tugas-tugas yang baru aku peroleh hari ini, pasti melelahkan. Namun, aku akan cuba melakukannya. Tahun ini aku diberikan amanah untuk melaksanakan tugas seperti :
1. Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling
2. Pengurus Kualiti 1 dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 :2008
3. Setiausaha 1 Program Kecemerlangan Akademik
4. Setiausaha Majlis Guru Cemerlang
5. Pengerusi Kelab Guru dan Staf (K3P)
6. Ketua Kelab B&K
7. Setiausaha 1 JK Kebajikan Guru
8. AJK bagi JK induk Kurikulum, HEM, Pengurusan, Kewangan sekolah, Lembaga Asrama, Pencegahan Dadah, Bulan Sabit Merah, Ruman Sukan.
Aku amat berharap, agar kerja-kerjaku pada tahun ini akan lebih cemerlang dan berkualiti. Selaras dengan maksud kualiti dan budaya kerja cemerlang itu sendiri.
Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995) telah menyatakan.
"The race to quality improvement is really two races.
One is to get ahead; the other is to stay ahead".
Tambah beliau lagi :
“Kualiti dan produktiviti adalah teras kepada kecemerlangan prestasi Perkhidmatan Awam. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip kualiti dan produktiviti, jabatan-jabatan kerajaan mampu menyempurnakan tanggungjawab dengan baik, menjimatkan kos serta guna tenaga. Di samping itu, seluruh kekuatan pentadbiran awam juga akan dapat digerakkan ke atahp yang optimum bagi menerajui pembangunan masyarakat dan negara”.
Manakala YAB Dato' Seri Dr. Mahathir b. Mohamad pula menegaskan bahawa:
". ..Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. "
“Kualiti adalah hasil dari budaya yang dibina, untuk membina kualiti sesuatu yang tidak sukar, namun ia menuntut kesanggupan pihak pengurusan untuk belajar, berubah dan melaksanakannya.”
Philip B. Crosby. 1984. Quality without tears.
sedang menyampaikan ucapan
taklimat ketika mesyuarat tadi
Setiap guru dibekalkan dengan senaskah
Buku Takwim 2010
Setiap guru dibekalkan dengan senaskah
Buku Takwim 2010
Barisan pentadbir yang dedikasi
Membina Budaya Cemerlang Di Sekolah.
Pada pandangan saya, ntuk menjayakan visi sebagai Sekolah Cemerlang, semua aspek yang ada di sekolah perlu cemerlang. Mana mungkin sekolah akan jadi cemerlang dan terbaik jika murid, guru, kepimpinan, perkhidmatan, kemudahan dan semua yang ada di sekolah hanya pada tahap biasa sahaja. Visi akan menjadi sebagai retorik dan kata-kata manis yang tidak bermakna. Memahami dan menghayati erti kecemerlangan, semua keluarga sekolah harus menunjukkan satu sikap yang ingin berubah dan bergerak ke arah perubahan. Cemerlang bermakna terbaik daripada yang biasa dan baik. Ini bererti kita perlu meletak satu penanda aras sebagai sasaran penambahbaikan dari semua aspek. Dalam perancangan strategik, selain daripada strategi untuk menyelesai dan meleraikan isu, tahap pencapaian usaha-usaha penyelesaian tadi harus diukur mengggunakan indikator yang standard (KPI).
Guru cemerlang harus peka
Saya berasa semua warga Guru Cemerlang perlu menghayati konsep Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya NKRA untuk Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Empat sub-NKRA berkenaan ialah memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang. Di samping itu, semua guru harus menghayati konsep 1 Malaysia yang menyatakan proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka. Selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Selain itu, banyak transformasi pendidikan yang akan berlaku, dan guru harus peka serta mengambil tindakan proaktif terhadapnya. Sebagai GC Bimbingan dan Kaunseling, banyak perkara yang boleh dilakukan dalam menghasilkan modal insan berfikiran kelas pertama. InsyaAllah