PEMINAT SETIA

Wednesday, January 6, 2010

Ceramah Motivasi Pelajar Pendidikan Khas SMK Khir Johari, Tg Malim

Jam 10 pagi aku dijemput ke Bilik Pendidikan Khas untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar Pendidikan Khas. Apabila aku menerima surat jemputan daripada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, aku tersenyum. Ini kerana, aku tahu aku akan bakal mendapat pengalaman baru. Selama ini, aku pernah menyampaikan ceramah kepada pelajar Orang Asli, Bajau, Jawa, Rawa dan Dusun. Pelajar Cina dan India tu sudah semestinya. Jadi, apabila aku tahu sasaran aku adalah pelajar Pendidikan Khas, aku sedar aku harus menyesuaikan bahan dan kaedah penyampaian. Mungkin jika boleh dikaitan dengan teori kaunseling iaitu Transactional Analysis yang menjalankan sesi berdasarkan konsep PAC (Parents, Adult dan Child)
Bagaimana? Langkah pertama, aku bertanya latar belakang sasaranku melalui Pn Kholidah. Aku diberitahu, terdapat pelajar yang autisme, dileksia, spastik, lembam dan sindrom down. Terdapat pelajar yang langsung tidak tahu bercakap. Juga terdapat pelajar yang begitu aktif dan jangan terkejut ada juga yang tahu membaca. Umur pelajar yang paling tua ialah 19 tahun dan yang paling bongsu ialah 15 tahun dan terdiri daripada pelbagai kaum.
Langkah kedua. Aku membuat keputusan untuk membina power point ku seringkas mungkin kerana menurut Pn Kholidah ramai yang tidak tahu membaca. Lantas, aku paparkan flash dan video. Juga aku selitkan lagu-lagu. Aku tidak meletakkan ekspektasi yang tinggi untuk mereka memahami apa yang akan aku sampaikan. Cukuplah jika mereka mengenali aku sebagai Kaunselor di sekolahnya.
Ketika aku berceramah, mereka semua seramai 24 orang itu mendengar dengan khusyuk. Pada awalnya, ada seorang pelajar perempuan Cina yang mahu duduk di sebelahku sambil menatap gambar di laptopku. Aku biarkan sahaja. Ternyata, sangkaanku meleset. Para pelajar ini sangat seronok dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Ada yang menunjukkan aksi lompatan badminton, mengiyakan apa yang aku katakan, ada yang bertepuk tangan, ketawa terbahak-bahak dan macam-macam aksi lagi. Contoh-contoh orang OKU berjaya yang aku paparkan telah membuka mata mereka. Kami menyanyi lagu Gemuruh Jiwa dan menari lagu Chicken Dance bersama-sama. Malahan, guru-guru mereka turut serta.
Daripada pengalamanku pada hari ini, dapat aku simpulkan beberapa perkara iaitu aku kagum melihat kesabaran rakan guru Pendidikan Khas ku, bersyukurlah kita dilahirkan sempurna dan sayangilah anak-anak kita. Jika mereka kadangkala meragam, itu adalah perkara biasa. Seterusnya, dalam menyampaikan ceramah, kita perlu faham siapa yang akan mendengar agar kita tidak dikatakan ”Syok Sendiri”.
Cikgu Hamka selaku pengacara majlis
sedang memberikan kata aluan
Kain rentang sempena Minggu Orientasi
Pelajar Pendidikan Khas 2010

Aksi pelajar sedang menari Chicken Dance

Salah seorang pelajar sedang ketawa riang

Aku dapat berasakan betapa seronok mereka
berpeluang bergambar beramai-ramai

Lagi tarian...setelah menyanyi

Rahim..Pelajar pintar sedang memperkenalkan dirinya
juga telah melakukan aksi smash badmintonnya

Ketika sesi ceramah

Aku sedang menyampaikan sesi ceramah

Cikgu Hamka di akhir slot ceramah


Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP