PEMINAT SETIA
Saturday, January 29, 2011
Bersama Tokoh PMR 2010
Pendaftaran & Orientasi KRK lalu
Aku dan rakan guru yang bertugas
YDP PIBG mendaftarkan anaknya...Tuesday, January 25, 2011
P.E.M.I.N.A.T
Apa yang boleh dinilai dengan maksud PEMINAT? Semua orang tahu apa itu PEMINAT? Tapi setelah aku amati, PEMINAT adalah sesuatu yang mempunyai maksud yang tersembunyi. Bagiku PEMINAT ialah PENAT & MINAT. Antara kedua-duanya melahirkan satu sinergi yang jika dibakar dengan Will Power, maka natijahnya suatu yang diluar jangkaan.
Bayangkan, seseorang yang penat, tetapi oleh kerana minatnya, apa yang sememangnya perlu dibuat, pasti akan beres. Begitu juga kepada semua pelajar di luar sana. Jika anda rasa penat, semua orang pun penat juga, tetapi kenapa mereka masih boleh pergi kelas tambahan, menghadiri kokurikulum, menghadiri kelas mengaji, taekwando dan pelbagai lagi, sedangkan anada tidak. Malahan terus-menerus memberikan alasan.
Oleh itu, jangan terus dibuai mimpi diburu PEMINAT, tetapi lihatlah PEMINAT dari satu sudut akronim yang sungguh bereerti....
Monday, January 24, 2011
MOT4 dan Januari yang sibuk
Bulan Januari merupakan bulan yang sibuk bagi seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBKSM). Bermula dengan merancang, mengurus dan melaksanakan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4, menghadiri pelbagai mesyuarat ,menyusul pula menjayakan Hari Persaraan salah seorang rakan di sekolah. Aku diamanahkan sebagai pengacara majlis berpasangan dengan pelajar tingkatan 6. Kemudian, sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik, aku dikehendaki menyiapkan urusan TOP 5 PMR. Pada masa yang sama, Program Bersama Tokoh juga akan dilaksanakan. Buat pertama kali aku dilibatkan sebagai AJK PIBG sekolah di sekolah ini. Aku harap aku dapat memberi sumbangan kepada PIBG sekolah. Tugas pertamaku menyenaraikan ibu bapa penjaga KRK, KAA dan anak staf UPSI. Hari Pendaftaran dan Orientasi Pelajar KRK pun sudah berakhir. Penghargaan daripada seseorang membakar semangatku.. Terima kasih.....
Walau apapun tugasan, aku terima dengan gembira. Walau sibuk, tidaklah sesibuk ketika aku belajar sambil bekerja dulu. Aku kini ada masa untuk rumah dan keluarga. Namun, aku tetap aku... terlalu kuat bekerja. Tiada hari yang aku tidak membuat kerja sekolah di rumah kerana di sekolah aku perlu melayan anak-anak didik kesayanganku. Tetapi, oleh kerana aku terlalu mencintai dunia ini, maka tiada istilah penat atau mengeluh. InsyaAllahAku juga telah ke suatu tempat bersama-sama adikku untuk satu projek yang aku fikir sangat menarik. Aku akan merealisasikan impian adikku itu dan kini juga menjadi impianku. Semoga Allah memberkati usahaku dan memberiku kekuatan.
Tahun 2011 merupakan tahun ke 12 aku sebagai GBKSM, aku semakin menyintai bidang ini walaupun suatu ketika dulu cinta itu hampir luput. Kepada GBKSM novis, cintailah dunia ini dengan keikhlasan. Walau apa jua cabaran mendatang, dengan kasihNYA, dan niat yang luhur, semuanya pastikan mudah. Read more...
Friday, December 31, 2010
Hari terakhir pada tahun 2010
Sudah tiba rupanya hari yang terakhir dalam tahun 2010 ini. Kepada semua pelajarku, marilah kita menyemak diri (muhasabah) bersama-sama. Semua perkara berfaedah dan tidak berfaedah, yang baik dan buruk yang telah kita kerjakan tahun 2010 ini.
Fikirkan soalan-soalan ini :
1. Adakah aku tahu apa yang aku mahukan?
2. Sudah cukupkah segala usaha untuk aku mencapai matlamat tersebut? Apa yang aku dah usahakan?
3. Selalukah kita menilai baik dan buruk setiap perbuatan?
4. Adakah kita telah merancang dengan baik?
5. Kita hanya merancang tanpa melaksanakan
Atau lebih fokus?
1. Apa yang aku target dalam PMR/SPM atau STPM?
2. Dah cukup ke aku cover semua bab?
3. Aku pi library, buat study group, melepak, fb selalu dan macam-macam lagi... membantu aku mencapai matlamat ke?
4. Aku dah ada jadual waktu study? Ikut tak? Mana nak mula ni? Tanya Guru Kaunseling? Jumpa pelajar yang telah berjaya? Korek rahsia kejayaannya?
5. Atau aku hanya berangan tapi masih malas?
Berubahlah kita semua. Termasuk diri mummy. Semalam dalam Rancangan Semanis Kurma bersama-sama Dato' Ustazah Nor Bahyah dan suaminya dengan tajuk " Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru", mereka berpesan :
1. Apa saja yang dikerjakan kita perlu IKHLAS kerana ALLAH.
2. Lakukan perubahan diri (HIJRAH)
3. Sentiasa BERTAUBAT. Istighfar selalu
4. Amalkan doa seperti dalam Ayat Al-A'raf (ayat 23) dan Al-Qasas (ayat 17)
Bagi mummy ada beberapa prinsip yang ingin diamalkan dalam kerja dan rumahtangga
KONSEP 5S (banyak organisasi dah amalkan)
1. S : Sisih
2. S : Susun
3. S : Sapu
4. S : Seragam
5. S : Sentiasa amal
KONSEP TeRaBuDoKo ( Mummy cipta sendiri)
1. Te : Tenang (cool untuk berfikir)
2. Ra : Rancang (ambil kertas, senaraikan apa nak buat)
3. Bu : Buat (usah tangguh, dah siap tick kan)
4. Do : Dokumen (sebagai bukti)
5. Ko : Konsisten ( usah hangat-hangat tahi ayam)
Para pelajarku...
GILAPLAH PONTENSI DIRIMU UNTUK MENCAPAI TAHAP PALING TINGGI DALAM SEGALA BIDANG. PADAMKAN RASA DENGKI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN. SEMUANYA MEMBUANG MASA DAN MENDAPAT DOSA. BAIK DITUMPUKAN SEGALA TENAGA UNTUK MENJADIKAN DIRI LEBIH CEMERLANG. HASAD, DENGKI, MENGUMPAT, MENIKAM DARI BELAKANG AKAN MENGHAPUSKAN SEMUA TENAGA POSITIF YANG ADA DALAM DIRIMU
Sunday, December 26, 2010
Aku rindu...
Assalamualaikum. Lama rasanya aku tidak menulis. Banyak gambar kenangan yang diambil, tetapi tak sempat diabadikan. Dan aku tidak akan menulis dalam keadaan yang tidak bersedia. Kali ini, aku menulis kerana aku rindu. Rindu untuk mengekspresi diri.
Cuti sekolahku disambut dengan tugas mengawas SPM di Slim River. Pengalaman baru yang sangat mencabar dan aku semakin belajar mengurus sebuah organisasi kecil yang terdiri daripada subordinat pelbagai latar belakang. Kami baru kenal, namun berkat kerjasama dan rappo yang terjalin, semuanya berjalan lancar
Aku juga semakin yakin, bahawa "sesuatu yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya". Itulah yg terjadi kepada keluargaku. Walaupun "event" penting itu tertangguh namun, aku dan anakku akhirnya dapat ke situ, merawat sakit yang telah sekian alam dipendam.
Kini, aku terus merancang kehidupan. Pelbagai persediaan perlu aku buat untuk menyambut tahun 2011. Untuk diriku, anak-anak, kerjaya dan keluarga. Aku rasa, aku perlu belajar bertenang, menyelesaikan semuanya satu persatu. Tarik nafas dalam-dalam, tulis semuanya di dalam diari, tandakan setelah ianya selesai, buat dan tamatkan.
Aku mahu menjadi baru dan lebih baik daripada yang terdahulu. Untuk diriku dan semua insan yang aku sayangi. Aku tahu, hidup ini bukanlah lama. Aku tidak mahu membuang tenaga memikirkan perkara yang menyesakkan. Aku akan biarkan ianya berlalu. Aku yakin Allah tetap bersama-samaku.





