PEMINAT SETIA

Monday, January 24, 2011

MOT4 dan Januari yang sibuk

Bulan Januari merupakan bulan yang sibuk bagi seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBKSM). Bermula dengan merancang, mengurus dan melaksanakan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4, menghadiri pelbagai mesyuarat ,menyusul pula menjayakan Hari Persaraan salah seorang rakan di sekolah. Aku diamanahkan sebagai pengacara majlis berpasangan dengan pelajar tingkatan 6. Kemudian, sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik, aku dikehendaki menyiapkan urusan TOP 5 PMR. Pada masa yang sama, Program Bersama Tokoh juga akan dilaksanakan. Buat pertama kali aku dilibatkan sebagai AJK PIBG sekolah di sekolah ini. Aku harap aku dapat memberi sumbangan kepada PIBG sekolah. Tugas pertamaku menyenaraikan ibu bapa penjaga KRK, KAA dan anak staf UPSI. Hari Pendaftaran dan Orientasi Pelajar KRK pun sudah berakhir. Penghargaan daripada seseorang membakar semangatku.. Terima kasih.....

Bersama-sama anak-anak muridku yang girang selalu
.Walau apapun tugasan, aku terima dengan gembira. Walau sibuk, tidaklah sesibuk ketika aku belajar sambil bekerja dulu. Aku kini ada masa untuk rumah dan keluarga. Namun, aku tetap aku... terlalu kuat bekerja. Tiada hari yang aku tidak membuat kerja sekolah di rumah kerana di sekolah aku perlu melayan anak-anak didik kesayanganku. Tetapi, oleh kerana aku terlalu mencintai dunia ini, maka tiada istilah penat atau mengeluh. InsyaAllah

Aku juga telah ke suatu tempat bersama-sama adikku untuk satu projek yang aku fikir sangat menarik. Aku akan merealisasikan impian adikku itu dan kini juga menjadi impianku. Semoga Allah memberkati usahaku dan memberiku kekuatan.

Tahun 2011 merupakan tahun ke 12 aku sebagai GBKSM, aku semakin menyintai bidang ini walaupun suatu ketika dulu cinta itu hampir luput. Kepada GBKSM novis, cintailah dunia ini dengan keikhlasan. Walau apa jua cabaran mendatang, dengan kasihNYA, dan niat yang luhur, semuanya pastikan mudah.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP