PEMINAT SETIA

Tuesday, July 20, 2010

Ceramah kerjaya dalam bidang ICT











Hari ini, 20 Julai, team TIMES yang merupakan anak syarikat NSTP telah datang ke sekolah untuk menyampaikan kerjaya dalam bidang ICT. Pelajar yang dipilih adalah pelajar dari kelas 4 dan 5 Persona, Iswara dan Wira. Ceramah telah disampaikan oleh En Khawarizmi, turut hadir adalah krew beliau seramai 3 orang.

Konsultant ini telah dilantik oleh KPerak dan bertanggungjawab untuk memberi maklumat berkaitan dengan bidang ICT kepada para pelajar. SMKKH merupakan sekolah ke 14 dalam negeri Perak yang telah dijelajahi oleh teamn ini. Para pelajar bolehlah melayari laman sesawang www.afterschool.my untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan IPT, biasiswa, program yang ditawarkan oleh IPT, dan macam-macam lagi.

Read more...

Program Pemantapan Akademik 19 Julai 2010



Pada 19 Julai, telah diadakan teknik menjawab Bahasa Inggeris untuk PMR yang disampaikan oleh Pn Zalina Ahmad. Beliau yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang sangat berpengalaman dan telah mengajar Bahasa Inggeris selama 20 tahun.

Turut hadir adalah 2 orang guru dari US iaitu Miss Kim dan Miss Kimberly... bersama housemate angkatnya, Cik Zainab Ahmad.

Read more...

Sunday, July 18, 2010

Upgrade diri

Banyak perkara yang perlu diperbaiki,diperbaharui dan ditingkatkan. Umpama kita "renew" lesen memandu atau roadtax kereta, begitu juga dengan kehidupan kita. Bagi aku, kehidupan bererti diri sendiri, peranan sebagai hamba Allah, pekerja, isteri, anak dan ibu.

Macam MS ISO juga. Kehidupan juga perlu diaudit. Bagi aku, aku seringkali bertanya pada diri sendiri, sejauhmana aku telah menjadi hambaNya yang taat? Isteri dan mama yang terbaik untuk keluarga aku? Pekerja yang berdedikasi dan sentiasa mahu meningkatkan prestasi kerja? Anak yang sentiasa mengingati dan menghargai mak abah? Sahabat yang setia?

Aku bukan mahu menjadi sempurna, tetapi cuba jadi yang terbaik kepada insan-insan yang penting dalam hidup aku. Aku juga mahu memberi erti kepada diri sendiri, melakukan apa yang terbaik.. mencatat sejarah dalam diri atau bersaing dengan diri sendiri.

Aku jadi semakin risau, apabila aku sedar aku memang belum sempurna. Padahal aku tahu, tidak akan ada manusia yang sempurna. Aku hanya perlu teruskan usaha untuk berasa bahagia dan membahagiakan orang yang signifikan dalam hidupku.

Read more...

Saturday, July 17, 2010

Program UBK yang telah dilaksanakan (Jan-14 Julai 2010)

4-8 Jan (Minggu Orientasi Ting.1 dan 4)
4-8 Jan (Ceramah Teknik Belajar Ting 1 dan 4)
16 Jan (Mesyuarat Agung Kelab B&K)
18-22 Jan (Hari Pendaftaran dan Minggu Orientasi Ting 1 KRK)
23 Jan (Kaunter Konsultasi Keibubapaan – Hari Interaksi )
29 Jan (Bersama Tokoh PMR 2009)
4 Feb (Aduhai Puteriku Sayang – Siri 1)
5 Feb (Program Bersama Polis)
5-7 Feb (Motivasi Kecemerlangan Asrama Menuju Puncak)
22 Feb (Watikah Perlantikan Pengawas)
24 Feb (Seminar Kepimpinan Pengawas)
25 Feb (Kaunter Kerjaya STPM)
5 Mac (Program Motivasi Ilmu Permata Diri – Program Juara Rakyat)
11 Mac (Kaunter Kerjaya SPM)
24 Mac (Seminar Pengurusan Stress di UPSI)
9 April (Kajian keperluan anak peneroka Felda)
10 April (Hari Profesionalisme –Penceramah)
21 April (Pelancaran Mentor-Mentee STPM)
24 April (Program Teknik Menjawab SPM)
27 April (Pelancaran Mentor-Mentee SPM)
29 April (Aduhai Puteriku Sayang – Siri 2)
14 Mei (Aduhai Puteriku Sayang – Siri 3)
3-4 Jun (Kem Wajanita T1 & T2)
26 Jun (Kursus Asas PRS)
6 Julai (Ceramah kemasukan ke Kolej Matrikulasi)
7 Julai (Ceramah kemasukan ke SM Teknik dan Vokasional)
8 Julai (Teknik Menjawab BM (Kertas 1 dan 2) SPM)
12 Julai (Teknik Menjawab Sains dan Matematik PMR)
12 Julai (Ceramah Motivasi PMR)
14 Julai (Teknik Menjawab Geografi dan Kemahiran Hidup PMR)
14 Julai (Aduhai Puteriku Sayang – Siri 4)

Bakal menyusul
20 Julai : Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR dan Ceramah Kerjaya Bidang ICT
22 Julai : Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR
23 Julai : Teknik Menjawab Tassawur Islam SPM
29 Julai : Selangkah ke Universiti bertempat di UPSI

Read more...

Friday, July 16, 2010

The International Management Education Conference 2010 (iMEC 2010)


The International Management Education Conference 2010 (iMEC 2010) is a platform to bring together local and international academia, educators, planners and teaching professionals to exchange views and insights on the best practices and future directions on educational issues. It will be the stage for discus sion in the areas of management education, curriculum and material design, testing and evaluation, con tent, information and communication technology, as well as quality issues in education.

Attendees will have excellent opportunities to meet colleagues from Malaysia and other parts of the world during the conference. Only selected papers presented at the conference will be published in International Business Education Journal (IBEJ)

So, i've sent the paper to my supervisor to be checked...emmmm..right here waiting..

Read more...

Wednesday, July 14, 2010

Aduhai Puteriku Sayang - Siri 4




Pada 10.30 pg hingga 12.30 tengah hari tadi telah diadakan program Aduhai Puteriku Sayang untuk pelajar perempuan berfokus, bertempat di Surau Al HIdayah. Penceramah jemputan ialah Pn Junaidah Juni dari SK Tg Malim. Semoga para pelajar sasaran mendapat manfaat melalui program ini.

Read more...

Program Pemantapan Akademik Hari ketiga



Pada hari ini, telah dijemput penceramah dari SMK Methodist iaitu En Mahinthiran a/l Pachai, Guru Cemerlang Geografi untuk berkongsi tips dengan para pelajar. Begitu juga En Zubir Zainalabidin dari SMK Bandar Behrang 2020 untuk Kemahiran Hidup PMR. Semoga para pelajar mengambil kesempatan ini sebaik-baiknya untuk mendapatkan tips daripada semua penceramah melalui program ini.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP