PEMINAT SETIA

Thursday, August 18, 2011

BG KUASA DUA -Bakal Graduan Bertemu Graduan

Cenderamata kenangan dari SMKKJ kepada Graduan yang sudi ditemuramah
Salah seorang Graduan sedang ditemuramah
Setiap peserta telah dibekalkan dengan Buku Aktiviti yang telah dibina oleh ku, sebagai panduan kepada mereka dalam menjayakan program ini
Aku bersama-sama bakal graduan
Para pelajar begitu teruja dapat bertemu GraduanSalah seorang ayah yang ditemuramah, kerjasama mereka sangat baik
Beriya-iya para pelajar menemuramah ayah GraduanTerpegun.... Tidak terkata-kata. Itulah yang dapat dikatakan ketika pelajar berpeluang melihat Perarakan Akademik keluar Dewan SITC
Sesi temuramah dengan salah seorang ibu yang bergelar Graduan. Beliau bgitu gembira dengan kejayaan anaknya. Peace!!!!.......... Sesi bergambar kenangan
"Akak pergi sekolah, mesti ingat Universiti...." antara kata-kata hikmah Graduan iniSemua peserta wajib memakai Tag Nama yang direka khas oleh Pn Aslinda...Cantik!
Sesi makan-makan di gerai sekitara Hari Konvokesyen.....Happy sangat mereka!
Perarakan Akademik

Pada 27 Julai 2011, aku telah melaksanakan satu program baru iaitu BAKAL GRADUAN BERTEMU GRADUAN (BG KUASA DUA). Sebagai salah sebuah sekolah BITARA UPSI, aku mengambil kesempatan bersempena dengan Hari Konvokesyen ini , aku telah merangka satu program khas. Sasaran adalah kepada 12 orang pelajar target Straight A's. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sasaran agar dapat :
1. Merasai dan melihat Hari Konvokesyen berlangsung
2. Meningkatkan motivasi pelajar
3. Berpeluang bertemu dengan para graduan dan keluarga mereka
4. Meningkatkan komunikasi dengan orang luar dan menjadi lebih berani

Antara pengisian program ini ialah
1. Pemerhatian kepada perarakan akademik dan suasana Hari Konvokesyen
2. Temuramah
3. Belajar mencatat

hasil daripada "feed back" pelajar sasaran, mereka berasa sangat seronok dan bersemangat untuk mencontohi graduan yang telah mereka temuramah. Terima kasih kepada Pn Aslinda dan En Nazri kerana membantu aku menjayakan program ini.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP