PEMINAT SETIA

Saturday, January 29, 2011

Aktiviti Kelab Bimbingan & Kaunseling Pertama

Hari ini telah diadakan aktiviti kokurikulum. Seramai 29 orang ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah datang. Mereka telah menjalani Inventori Personaliti Warna (IPW)

Salah seorang ahli kelab yang begitu bersemangat melengkapkan IPW.. Hehe. Warna apa agaknya personaliti aku ye?
Fail Kelab B&K yang akan dilengkapkan oleh Setiausahaku yang sangat komited
Aku sedang memberi penerangan tentang IPW. Masing-masing sangat teruja. Tahniah kepada ahli kelab yang hadir!

Read more...

Bersama Tokoh PMR 2010

Pn Hjh Noraini sedang bermesra dan memberi pesanan sebelum mereka ke SBP atau MRSM... Pesan anak dagang di rantau orang, yang pahit jangan terus dibuang, yang manis jangan terus ditelan

Tuan Pengetua menyampaikan Kad Terima Kasih kepada guru tingkatan 3 tahun lepas
Aku sedang memberikan motivasi kepada bakal pelajar cemerlang PMR 2011
Para pelajar 3RK, 3AA, 3 Persona dan 3 Wira sedang mendengar motivasi yang aku sampaikan
Aku, Pn Rosmah makan bersama-sama Tokoh PMR 2010
Calon PMR 2011 sedang melafazkan Ikrar kecemerlangan
Para pelajar sedang mencatat rahsia kejayaan Tokoh PMR 2010
Salah seorang tokoh sedang berkongsi rahsia kejayaan dengan adik-adik mereka
Tuan Pengetua bersama-sama Tokoh PMR 2010
Bergambar kenanganTokoh PMR 2010 lelaki
Tokoh PMR 2010 perempuan

Pada 27 Januari yang lalu, program tahunan ini telah berjalan lancar. Para pelajar dapat mendengar rahsia kejayaan Tokoh PMR 2011 untuk dipraktikkan. Kad Terima Kasih telah Tuan Pengetua berikan kepada semua guru tingkatan 3 tahun 2010. Jamuan tokoh dengan semua guru turut diadakan. Terima kasih kepada Cik Hjh Maznah yang telah menaja jamuan kali ini. Terima kasih juga kepada semua guru yang menjayakan program

Read more...

Pendaftaran & Orientasi KRK lalu

Anak-anak 1RK yang comel dan ceria

Salah satu aktiviti ketika orientasi
PRS bertugas yang dedikasi
En Khamdan mewakili Tuan PPD
Aku dan rakan guru yang bertugasYDP PIBG mendaftarkan anaknya...

Seramai 27 orang pelajar 1RK telah mendaftarkan diri di SMK Khir Johari. Selamat belajar sayang...

Read more...

Tuesday, January 25, 2011

P.E.M.I.N.A.T

Apa yang boleh dinilai dengan maksud PEMINAT? Semua orang tahu apa itu PEMINAT? Tapi setelah aku amati, PEMINAT adalah sesuatu yang mempunyai maksud yang tersembunyi. Bagiku PEMINAT ialah PENAT & MINAT. Antara kedua-duanya melahirkan satu sinergi yang jika dibakar dengan Will Power, maka natijahnya suatu yang diluar jangkaan.

Bayangkan, seseorang yang penat, tetapi oleh kerana minatnya, apa yang sememangnya perlu dibuat, pasti akan beres. Begitu juga kepada semua pelajar di luar sana. Jika anda rasa penat, semua orang pun penat juga, tetapi kenapa mereka masih boleh pergi kelas tambahan, menghadiri kokurikulum, menghadiri kelas mengaji, taekwando dan pelbagai lagi, sedangkan anada tidak. Malahan terus-menerus memberikan alasan.

Oleh itu, jangan terus dibuai mimpi diburu PEMINAT, tetapi lihatlah PEMINAT dari satu sudut akronim yang sungguh bereerti....

Read more...

Monday, January 24, 2011

MOT4 dan Januari yang sibuk

Bulan Januari merupakan bulan yang sibuk bagi seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBKSM). Bermula dengan merancang, mengurus dan melaksanakan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4, menghadiri pelbagai mesyuarat ,menyusul pula menjayakan Hari Persaraan salah seorang rakan di sekolah. Aku diamanahkan sebagai pengacara majlis berpasangan dengan pelajar tingkatan 6. Kemudian, sebagai Setiausaha Program Peningkatan Akademik, aku dikehendaki menyiapkan urusan TOP 5 PMR. Pada masa yang sama, Program Bersama Tokoh juga akan dilaksanakan. Buat pertama kali aku dilibatkan sebagai AJK PIBG sekolah di sekolah ini. Aku harap aku dapat memberi sumbangan kepada PIBG sekolah. Tugas pertamaku menyenaraikan ibu bapa penjaga KRK, KAA dan anak staf UPSI. Hari Pendaftaran dan Orientasi Pelajar KRK pun sudah berakhir. Penghargaan daripada seseorang membakar semangatku.. Terima kasih.....

Bersama-sama anak-anak muridku yang girang selalu
.Walau apapun tugasan, aku terima dengan gembira. Walau sibuk, tidaklah sesibuk ketika aku belajar sambil bekerja dulu. Aku kini ada masa untuk rumah dan keluarga. Namun, aku tetap aku... terlalu kuat bekerja. Tiada hari yang aku tidak membuat kerja sekolah di rumah kerana di sekolah aku perlu melayan anak-anak didik kesayanganku. Tetapi, oleh kerana aku terlalu mencintai dunia ini, maka tiada istilah penat atau mengeluh. InsyaAllah

Aku juga telah ke suatu tempat bersama-sama adikku untuk satu projek yang aku fikir sangat menarik. Aku akan merealisasikan impian adikku itu dan kini juga menjadi impianku. Semoga Allah memberkati usahaku dan memberiku kekuatan.

Tahun 2011 merupakan tahun ke 12 aku sebagai GBKSM, aku semakin menyintai bidang ini walaupun suatu ketika dulu cinta itu hampir luput. Kepada GBKSM novis, cintailah dunia ini dengan keikhlasan. Walau apa jua cabaran mendatang, dengan kasihNYA, dan niat yang luhur, semuanya pastikan mudah.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP