PEMINAT SETIA

Wednesday, March 31, 2010

Program Keselamatan "Technology Abuse" oleh DiGi

Pada 30 Mac 2010, sebuah syarikat telah datang ke sekolah untuk memberi taklimat keselamatan tentang teknologi dan disiplin. Para pelajar juga begitu seronok diberi prepaid percuma.

Keriangan terpancar di wajah pelajar
Walau apapun pandangan orang lain
apa yang penting, para pelajar gembira

Borang yang perlu diisi pelajar
Prepaid percuma untuk pelajar

Read more...

Pameran Buku Antarabangsa 2010

Aku hanya berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa pada hari terakhirnya iaitu pada 28 Mac 2010 yang lalu. Banyak juga aku memborong buku. Namun lebih kepada buku anak-anak. Kali ini, adikku ikut bersama-sama kami.
Pintu masuk ke PWTC

Utusan Malaysia mengadakan slot
rakaman gambar kenangan berlatar belakangkan
cover Majalah Harmoni

Read more...

Thursday, March 25, 2010

Seminar Pengurusan Stress di UPSI

Pada 24 Mac 2010, sekolahku telah dijemput oleh UPSI untuk membawa pelajar menghadiri satu seminar pengurusan stress. Lantas, aku mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berkolaborasi dengan Unit Sains Sukan sekolah, untuk mengiringi pelajar. Seramai 40 orang pelajar daripada kelas 4 Perdana telah menyertainya.

Pamplet seminar
Seminar dirasmikan oleh Dekan Sains Sukan, Dr Sani

Kelihatan En Naszep Almogo
pensyarah Sains Sukan sedang mengendalikan slot
Aku suka cara beliau menyampaikan ceramah
Para pelajarku sedang menjalani proses releksasi

Aktiviti sedang dijalankan
Kain rentang di hadapan Dewan Sri Tanjung, UPSI

Aku bersama-sama Kak Elly yang baik hati

Anak-anakku yang manis kelihatan sangat gembira
Emmmmmmm...good girl semua ye.

Ketika slot pendaftaran

Anak-anak jejakaku yang sentiasa "control" macho
Mummy bangga dengan respon kamu semua..
Good boy ah.............
Aku amat berharap, semua pelajar yang kubawa akan mendapat faedah daripada seminar ini. Amin..

Read more...

Sunday, March 21, 2010

Salah satu kaedah menangani stress

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik. Bagi aku, aku sedang stress untuk menyiapkan kertas projek master aku. hehe

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak.
Selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali. Malahan Rasulullah juga menggalakkan kita tidur sejenak.

2. Pengurutan.
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. Inilah yang aku lakukan semalam. Ditemani suami dan anak-anak, aku menikmati urutan badan yang menyegarkan di Ethic Relax Spa di Kuantan

Lokasi spa ini tertetak di Kuantan
20 minit dari Inderapura
Kad bonus yang aku milik
Terima kasih kepada birasku, Nini yang membuat tempahan
Ini bukan aku..model. hehe

Suamiku, Dr Jazimin dan anakku Qayyum
setia menungguku
Anakku, Darling yang sempat berposing
Gambar kurang jelas nampaknya
Pemandangan dalam bilik urutan

Bergaya lagi...hehe
Jalan masuk ke bilik urutan
Aku...setelah selesai proses urutan
Lega dan segar

3. Mengekspresikan diri secara artistik.
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres. Jika malu menyanyi di dalam rumah, menyanyilah dalam kereta ketika anda pergi dan pulang dari kerja. Itulah yang selalu aku lakukan

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Ketawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan releksasi. Sebaliknya, kata-kata yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf dan menyebabkan tubuh berasa keletihan. Aura positif diri amat penting.

Read more...

Pelajar Cemerlang (Perkongsian daripada idolaku, Dato' Dr Fadzillah Kamsah

Siapakah pelajar cemerlang? Adakah gelaran pelajar cemerlang hanya untuk pelajar-pelajar yang dilahirkan genius sahaja? Kali ini aku ingin berkongsi petua untuk menjadi pelajar cemerlang daripada Dato' Dr Fadzillah Kamsah

Wajah ceria pelajar PMR 2007
SMK Khir Johari, Tg Malim
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10% apa yang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil di tangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). jangan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota daripada rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). memberikan tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Bersambung...................

Read more...

Tuesday, March 16, 2010

Ke mana selepas ini?

Aku bersama-sama mak tersayang
tulang belakang kejayaan aku selama ini
-sekadar gambar hiasan-

Keputusan SPM dan STPM telah pun diumumkan. Ada yang gembira dan tersenyum meleret sambil memegang slip keputusan. Ada juga yang sugul, merenung kosong. Namun, ada juga yang selamba, seolah-olah tiada perasaan. Emmmmmmmmm..........

Persoalannya..
Ke mana selepas ini?
IPTA?
Matrikulasi?
IPTS?
Tingkatan Enam?
Politeknik?
IPG?
IKBN?
ILP?
Giatmara?
STP (Sijil tunggu pinangan...hehe)
Bekerja?

Walau apapun keputusan anak-anak, yang dah terjadi biarkan berlalu. Jika berasa sedih, hayatilah kesedihan itu dalam masa sehari. Beri masa pada diri untuk menangis. Tapi...hanya sehari. Kemudian, terus bangkit! merancang apa yang patut untuk diri dan keluarga. Kita tidak akan mati jika tidak dapat 10A+ (tidak kiralah sama ada kita telah mencuba atau langsung tidak pernah mahu mencuba). Tetapi, kita akan "mati" jika terus putus asa dan tidak mahu bangkit untuk terus berjaya.

Jika keputusan anak-anak cemerlang, teruskanlah pengajian dalam bidang akademik.
Jika keputusan anak-anak sedehana, beralihlah ke bidang kemahiran
Jangan angkuh dan sombong......zaman ini jangan terlalu memilih
apa yang penting...belajarlah

Percayalah cakap mummy...ilmu amat penting
Memang kita ada usaha...dan ada kudrat yang kuat untuk bekerja...tidak perlu sijil
Namun, gabungan antara sijil dan usaha yang kuat akan menjadi bonus kepada diri anak-anak apabila mahu memohon pekerjaan

Jika berasa tidak tahu arah dituju, bolehlah berjumpa dengan mummy atau GBK yang lain. Dapatkan maklumat yang tepat. Dalam soal kehidupan, gossip daripada kawan-kawan tentang itu dan ini, tidak boleh "ditelan" terus

Read more...

Sunday, March 14, 2010

Kaunter Kerjaya SPM 2009

Pada 11 Mac 2010, telah diumumkan keputusan SPM. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kaunter Kerjaya Siri 2 khas untuk pelajar lepasan SPM 2009. Seperti biasa Guru Kaunseling akan mengadakan sesi perbincangan untuk membantu pelajar ke mana selepas SPM.
Wakil Medical College untuk ke Rusia dan Indonesia
turut serta memberi taklimat
Sudut Kaunseling yang memaparkan
banyak info berguna untuk para pelajar mendapatkan maklumat

Para pelajar sedang membaca pamplet tentang IPTA/IPTS dan kemahiran

Seramai 35 orang pelajar telah mendapatkan perkhidmatan konsultasi kerjaya. Tahniah kepada pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang. Manakala kepada pelajar yang memperoleh keputusan yang sederhana, JANGAN BERSEDIH, TERUSKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG KEMAHIRAN. Ianya bukan pengakhir kehidupan. Apa yang penting, usaha dan jangan berputus asa.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi gambar untuk sesi konsultasi ini. InsyaAllah, akan dimuat turun kemudian

Read more...

Tuesday, March 9, 2010

Motivasi Ilmu Permata Diri - Program Juara Rakyat

Pada 5 Mac 2010 yang lalu, Pejabat Menteri Besar Negeri Perak telah memilih SMK Khir Johari Tg Malim untuk menjayakan satu Program Motivasi Ilmu Permata Diri yang merupakan salah satu intipati bagi Program Juara Rakyat. Selain sekolah aku, 3 buah sekolah lain di Daerah Batang Padang ini turut terlibat. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Penolong Kanan, Guru Kanan dan Ahli Lembaga Asrama. Sasarannya adalah untuk semua pelajar asrama di sekolah ku. Program berjalan lancar dan memberi impak positif ke arah pembentukan sahsiah dan peningkatan motivasi pelajar.
Ini selaras dengan pandangan bahawa :
Motivasi adalah nilai dan kepercayaan yang ada pada seseorang yang menentukan perlakuan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. (Zainuddin dan Goh, (2006)].

Motivasi juga dirujuk sebagai daya gerakan sama ada dalaman atau luaran kepada seseorang individu dimana membangkitkan semangat, minat dan ketabahan yang berterusan yang mengarah sesuatu kelakuan untuk mengejar sesuatu (Daft, 2003)

McShane dan Glinow (2003), berpendapat motivasi merupakan dorongan atau desakan dalaman seseorang individu yang akan mempengaruhi hala tujunya, kekuatan dan kekekalan sesuatu tingkahlakunya. Individu yang bermotivasi akan bersedia dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk suatu masa yang tertentu bagi mencapai matlamat tertentu.
Aku dan Pn Hjh Norrizan (Guru Cemerlang Sejarah)
yang turut hadir memberikan sokongan
Pamplet program

Penceramah dan wakil Pejabat Menteri Besar
sedang menikmati jamuan
Aku bersama-sama Kaunselor Pelatih, Norihan
Fail 1 Malaysia diberikan kepada
semua pelajar dan guru yang hadir

Ustaz Ahmad Kamari bin Salleh
sedang menyampaikan ceramahnya

Orang-orang kuat di sebalik program ini
Pn Effa, Pn Noor Hayati, Pn Norahazana dan Pn Aslinda
Para pelajar dan pentadbir
sedang khusyuk mendengar ceramah
Semoga para pelajar, mendapat manfaat daripada program ini yang ditaja oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Aku hanya mengetahui program ini pagi Jumaat, lantas Pengetua mengarahkan aku untuk menjemput semua ahli Lembaga Asrama. Kepada yang tidak mendengar pengumuman yang aku buat di perhimpunan, maka mereka tidaklah memperoleh maklumat. Aku tak berdaya nak berjumpa seorang demi seorang ahli lembaga. Mohon maaf jika ada yang terasa tidak dijemput, pengumuman telah dibuat, mungkin kawan-kawan yang tak perasan.

Read more...

Thursday, March 4, 2010

Kejohanan Olahraga Sekolah - Semua adalah pemenang

Alhamdulillah, syukur kepadaNya, Kejohanan Olahraga Kali Ke 36 peringkat sekolah telah berlangsung hari ini dengan jayanya. Aku dan Cikgu Malek merupakan pengacara majlis dan aku dapati perjalanan masjlis perasmian berjalan lancar hampir tiada kecatatan. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pasangan pengacaraku (tetap dan berpencen...menurut Pengetualah..hehe), AJK Hadiah yang sangat aktif, "Sound Engineer ku iaitu Amjad dan Faez" yang telah menyusun lagu dengan begitu sempurna, juga kepada semua rakan yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini

Kejohanan ini dijalankan di Stadium Proton
kemeriahan penggunaan stadium amat dirasai semua.
Lafaz ikrar kejohanan oleh Mohd Razman
Aku bersama-sama salah seorang pelajar, pembawa papan tanda
dengan pakaian sarinya
Pamplet Kejohanan Olahraga Tahunan ke 36
Dalam panas terik mentari, aku masih mampu tersenyum
kipas, extention wire dan kotak tisu adalah tajaan aku sendiri
hehehe..
YB Dato' Khusairi b Abdul Talib, ADUN Kawasan Slim
ketika menerima tabik hormat perbarisan
Terima kasih anakanda Amjad
sangat cekap dan berdedikasi

Tahun ini tiada T-shirt, syukurlah ada topi sebagai kenangan
Rumah Muzaffar JUARA!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tahniah kepada Pn Wan Aziah (Ketua Rumah Sukan)
Aku pun rumah Muzaffar juga...Bangga aku...
inilah hikmah aku dilompatkan rumah....hehe
Tahniah kepada semua ........
Amjad dan Faez...gabungan serasi
Namun perlu ada pelapis pengganti kehebatan mereka
mengendalikan PA Sistem..anak didik Cikgu Zubir
Tabiklah pada kamu berdua bro!!!!
Rakan pengacaraku...Cikgu Malek yang aku panggil Abang Long
Aku kak Cik le...
Bersama-sama dinda kesayanganku..Aslinda Paat
Tahniah...acara pegawai..Naib Johan....hehe
Aku bergaya bersama-sama pingat pelajar
tumpang gembira dengan kejayaan mereka
Hadiah dan cenderamata
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan Kejohanan ini. Tahniah juga kepada Tuan Pengetua, walaupun kaki berada dalam keadaan yang tidak begitu sihat, namun tetap bersemangat berdiri lama dan berpanas bersama-sama kami. Tahniah kepada Tn Hj Megat, orang kuat kejohanan ini. Syabas!!!!
Namun, peristiwa kehilangan beg sekolah, beg duit, duit, telefon bimbit amat dikesali. Ketika kita semua sibuk di padang, ada pelajar yang sibuk mencuri dan berdating. Insaflah kepada anak-anak yang telah mencuri barang rakan-rakan anda. Itu bukan hak anda. Allah Maha Melihat, tunggulah balasan Allah. Takutlah balasan Allah. Kepada anak-anak yang ditimpa musibah. tabahkah hati. Mungkin bukan rezeki kita
Sukan telah pun tamat. Minggu Hadapan bermula Ujian Selaras. Aku berharap semua pelajar akan bersedia. "Play hard and study smart". Bagiku, waktu kita bermain, kita bermain dengan bersungguh-sungguh dan waktu belajar kita belajar dengan bersungguh-sungguh juga.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP