PEMINAT SETIA

Saturday, April 9, 2011

Motivasi Kecemerlangan Asrama

Pada 1 dan 2 April 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa (KARISMA) UPSI telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan untuk semua pelajar asrama. Seramai 92 orang pelajar telah terlibat dan 12 orang fasilitator. Sebenarnya ada banya lagi gambar, tapi yang ini saja sempat ditayangkan. Program berjalan lancar dan semoga memberi impak positif hasil kerjasama UPSI dan di bawah program BITARA UPSI.


Read more...

Ceramah kepimpinan di SKAB

Pada 26 Feb 2011, aku telah dijemput oleh SK Aminuddin Baki, Slim River untuk menyampaikan ceramah tentang kepimpinan. Tajuk yang aku sampaikan ialah KOMUNIKASI DAN PENGENDALIAN MAJLIS RASMI. Murid yang hadir adalah semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas.

Aku bersama-sama wakil pentadbir SKAB Penerangan tentang Borang Penilaian
Sesi latihan vokal... mula-mula serius
Lepas tu....cerianye............
Pada akhir sesi ceramah




Gaya penyampaian ceramah aku sangat santai memandangkan uudiens ku adalah 'kanak-kanak riang' lagi. Maka aku menjadi 'child' dengan mereka. Latihan menjadi pengacara dalam majlis perhimpunan, latihan vokal ala-ala AF dengan lagu popular SI ULAT BULU sangat menarik minat mereka berdasarkan respon yang mereka berikan dalam Borang Penilaian ceramah.




Bagiku, adalah sangat penting untuk kita "study" siapakah audiens kita sebelum kita menyampaikan ceramah. Lebih-lebih lagi jika bukan pelajar sekolah kita. Janganlah kita menjadi penceramah syok sendiri hendaknya. Amin..

Read more...

Pameran dan Kaunter Kerjaya SPM

Seperti biasa, setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling akan membuka kaunter untuk pelajar lepasan SPM. Untuk program ini, aku telah menampal semua keratan akhbar berkaitan dengan peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM dan juga tentang biasiswa. Untuk tahun ini, Karnival Masuk U untuk kawasan Ipoh, di buat lebih lewat, maka pamplet terkini tidak dapat dipamerkan. Namun, pembaharuan aku buat tahun ini, dengan menyenaraikan laman web dan apa yang penting dan patut dilakukan oleh mereka. Hand out itu aku namakan MAKLUMAT PENTING DARI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Rasionalnya, mereka akan dapat panduan untuk melakukan satu tindakan selepas peperiksaan SPM diumumkan. Laptop juga ada bersama-sama kami, untuk menunjukkan laman web yang boleh mereka layari


Setiap pelajar yang hadir ke kaunter, wajib menulis nama tanda kehadiran. Sememangnya....wow! tak menang tangan melayannya. Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang berjaya, jangan putus asa. Allah kurniakan kita sama ada cerdik akademik atau kemahiran. Teruskan usaha!


Aksi manja ketika bertugas...

aku dengan Kak Pah... hehe
Tak menang tangan kami melayan pelajar yang datang untuk mendapatkan maklumat
Aku sedang menyampaikan pengumuman dari masa ke masa
Wakil dari PTPL yang sangat mudah untuk bekerjasamaWakil dari i-System yang 'cool' turut hadir untuk memberi maklumat kepada pelajar
Aku, Kak Pah dan Radzi...sudah tidak sabar-sabar mahu membantu pelajar!

Papan iklan keratan akhbar




Read more...

Pengauditan MS ISO 9001 : 2008

Pada 21 Feb 2011, sekolahku telah didatangi oleh pegawai dari JPN Perak untuk proses pengauditan MS ISO 9001: 2008. Aku merupakan Auditee yang memegang Fail PK18 ( Program Peningkatan Akademik). Memang berat tugas sebagai Auditee ini, namun sebagai Kaunselor, jika diberikan tugas ini, cubalah untuk melakukan yang terbaik. Tahun terdahulu, aku adalah Pengurus Kualiti... Pengalaman yang sangat mahal bagiku.. Pn Hjh Noraini Hj Yeub Sidi, Pengetua Cemerlang sedang menyampaikan cenderamata kepada salah seorang Auditor

Majlis pembukaan pengauditan. Aku sebagai Juruacara juga. Auditor yang hadir ialah Pn Noraini bt Yahya Afandi yang merupakan Penyelia Kanan Bimb. & Kaunseling Unit HEM JPN Perak dan En Rusmizi b Yusof yang merupakan Penolong Pengarah Pengurusan Guru Pendidikan Islam Menengah JPN Perak
Antara fail yang sedang menunggu untuk diaudit

Read more...

Aku sebagai guru penasihat BBSM

Pada 8 mac 2011, aku bersama-sama Pn Roziana telah ke Stadium Proton bertugas sebagai JK Bantu Mula BBSM sempena Kejohanan Balapan dan Padang MSSPK Daerah 2011. Seramai 10 orang ahli BBSM turut bersama-samaku. Walaupun aku sebagai kaunselor, namun pengalaman sebagai guru penasihat BBSM sangat berharga bagiku

Anak buah BBSM ku yang sungguh komited bertugas.

Tahniah anak-anakku!

Pada 27 Feb 2011, aku telah bertugas di sekolahku sempena Perkemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) peringkat daerah.
Ice adalah nadi kepada khidmat kami untuk membantu para atlet


Jangan kata kaunselor hanya tahu kaunseling dan hanya mahu buat kerja-kerja berkaitan kaunseling. Kita kena tahu banyak perkara. Biar banyak ilmu dan pengalaman. Sambil bertugas, kuambil kesempatan memberi motivasi kepada ahli BBSM sekolahku. 2in1 bukan?

Read more...

Hala Tuju Pendidikan & Kerjaya (HPK)

Pada 25 dan 28 Feb 2011, telah dilaksanakan Program HPK seperti yang diarahkan oleh JPN Perak bagi memenuhi kehendak Program PSICER (Pembangunan sahsiah insan cemerlang). Semua pelajar tingkatan 5 wajib menduduki ujian Self Directed-Search (SDS) dan Inventori Personaliti Sidek (IPS) . Setiap pelajar telah diberikan Kad Peribadi untuk mencatat semua aktiviti yang telah dilalui oleh mereka seperti ujian SDS dan IPS, ceramah kerjaya dan lawatan kerjaya. Setelah pentadbiran ujian minat kerjaya dan personaliti, semua pelajar telah didedahkan tentang maksud ujian tersebut. Laporan progres HPK telah dihantar pada 30 Mac 2011.

Read more...

Ceramah Manisnya Menjadi Gadis

Pada 24 Feb 2011, SMK Sg Kruit, Sungkai telah menjemput aku untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk MANISNYA MENJADI GADIS. Aku memang minat 'field' ni. Semua pelajar perempuan SMKSK telah mendengar ceramahku termasuk guru-guru perempuannya. Dalam sesi ceramah itu, aku fokuskan tentang apa yang dimaksudkan dengan dara, kepentingan menjaga maruah diri, kelebihan menjadi perempuan, apa perbezaan gadis kedai emas dan gadis pucuk ubi dan aku juga menayangkan pelbgai video yang relevan untuk dijadikan tauladan. Pada akhir ceramah, aku telah mengedarkan borang penilaian untuk ceramah yang telah aku sampaikan. Pada pandangan aku, walaupun kita sebagai guru, apabila berhadapan dengan pelajar, kita perlu meletakkan diri kita sebagai 'pelajar'. Konsep P (Parent) A (Adult) dan C (child) dalam Transactional Analysys (TA) adalah salah satu konsep yang aku gemari. Pelajar adalah 'child', maka guru perlu menjadi 'child' dalam memahami mereka. Walau bagaimanapun, 'boundary' sebagai guru perlu juga kita awasi.

Pelajar dan guru perempuan SMK Sg Kruit, Sungkai

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP