
Aktiviti menyuap rakan dengan gula-gula

Sesi bergambar mesra dengan para pelajar pendidikan khas
Mereka sangat ceria dan keletah... pandai bergaya..!!!

Sambutan Hari jadi bagi pelajar yang lahir
Januari hingga Mac

Setiap pelajar diberi hadiah kerana berjaya menulis nama rakan mereka.
Walaupun dalam kalangan mereka ada yang tidak tahu menulis, namun semangat yang ditunjukkan buat aku terharu

Sesi bersalam-salaman dan berpelukan yang sungguh syahdu

Aktiviti mengurut rakan amat menggembirakan mereka

Aktiviti simulasi dengan menggunakan patung sotong dan teady bear
Terima kasih Kaunselor Pelatih yang kreatif

Aku sedang menyampaikan ceramah bersama-sama Pn Norahazana
Pada 11 Feb yang lalu, aku bersama-sama Pn Norahazana dan Kaunselor Praktikal telah dijemput untuk mengendalikan seci ceramah dengan tema PERSAHABATAN. Seramai 25 orang pelajar kelas pendidikan khas yang hadir. Turut bersama-sama kami ialah semua guru Pendidikan Khas. Kami telah mengendalikan slot ini dengan pendekatan yang sesuai dengan responden dan respon yang diberikan amatlah meriah. Sehingga kini, jika bertemu, mereka pasti akan menyebut "friend-friend" dengan gaya jari tangan yang kuajarkan mereka... Aku sungguh terharu.
Read more...