PEMINAT SETIA

Friday, July 27, 2012

PROGRAM MENJADI JEJAKA IMPIAN






Program dilaksanakan pada 27 Julai 2012 di Surau Al Hidayah dan ceramah disampaikan Ustaz Yusnizan dari Pejabat Agama Slim River. Bertujuan untuk meningkatkan sahsiah semua pelajar lelaki sekolah, kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang jejaka, implikasi penyakit akibat seks bebas dan perkongsian pengalaman pasangan remaja yang ditangkap khalwat.

Read more...

Thursday, July 26, 2012

PROGRAM " I SEE U" - 5 PERSONA




Dilaksanakan pada 24 Julai 2012 memandangkan banyak sangat teguran dan aduan yang menyatakan pelajar kelas 5 Persona yang sebahagiannya suka ponteng kelas dan tidak serius belajar. Sedangkan SPM dah dekat sangat.. Semoga program memberi impak kepada pelajar... Amin

Read more...

PROGRAM PUTERIKU SAYANG - SIRI 2



Diadakan pada 19 Julai 2012. Khas untuk semua pelajar perempuan Pra universiti. Membicarakan hal2 kegadisan yang sangat berguna untuk mereka

Read more...

Tuesday, July 17, 2012

TAKLIMAT KEMASUKAN KE IPTA





Pada 17 Julai 2012, di kantin sekolah telah diadakan TAKLIMAT KEMASUKAN KE IPTA kepada semua pelajar 5 Persona. Mereka didedahkan kepada syarat kemasukan, pengiraan merit, ke mana selepas SPM dan sesi soal jawab.

Read more...

Monday, July 16, 2012

PROGRAM " I SEE U"

 PARA PELAJAR MENYAMBUT KEHADIRAN PKHEM DENGAN
 BERSALAM-SALAMAN

 PN NAJMAH DAN PN LAILA SEDANG MELAYAN PARA PELAJAR UNTUK MENGAMBIL HIDANGAN YANG DISEDIAKAN. PN LAILA TELAH MEMASAK KEK KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR

 SEBELUM MAKAN, SEMUA PELAJAR BERDOA

 KETIKA MAKAN BERSAMA-SAMA, GURU-GURU BERTANYA TENTANG LATAR BELAKANG, PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM DAN PENTINGNYA MENJAGA DIRI

 AKTIVITI KAD KREDIT…DIISI OLEH PN NAJMAH DAN PN LAILA DAN DISERAHKAN OLEH PN EFFA KEPADA SEMUA PELAJAR YANG HADIR


SEBELUM BERSURAI, SEMUA PELAJAR DIBERIKAN NASIHAT BERGUNA DAN SALING BERSALAM-SALAMAN. TERPANCAR  RASA TERHARU DI WAJAH PELAJAR 

Program ini dilaksanakan pada 16 Julai 2012.  Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang memerlukan perhatian lebih.  
   
Program berkonsep santai ini dilaksanakan di kantin dengan makan bersama-sama semua pelajar sasaran. Tujuan utama adalah untuk mewujudkan rappo dan pelajar sasaran berasa diri disayangi.
       
Program ini telah dapat meninggalkan kesan kepada pelajar apabila majoriti mereka mengucapkan terima kasih, rasa tidak sangka dilayan sebegini rupa, dibelanja makan dan menyatakan rasa gembira


Read more...

PRGRAM PUTERIKU SAYANG - MANISNYA MENJADI GADIS


Program ini dilaksanakan pada 16 Julai 2012, Hari Isnin. Program ini disasarkan kepada semua pelajar perempuan Tingkatan 1 hingga 5.  Pelajar Perempuan pra universiti akan diadakan dalam Siri 2. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin
      
                                  Ceramah telah disampaikan oleh Pn Effa Rina berkisar tentang
1.    Siapa gadis?
2.    Maruah seorang gadis
3.    Bagaimana menjadi gadis bermaruah
4.    Faktor remaja lari dari rumah, statistik dan keratan akhbar berkaitan
5.    Gambar mangsa rogol
6.    Tindakan untuk kembali ke pangkal jalan
7.    Jenis-jenis penyakit kelamin
8.    Motivasi
9.    Kepentingan mentaati Allah dan keluarga


Program ini telah dapat meninggalkan kesan kepada sebahagian besar pelajar apabila majoriti menitiskan air mata tatkala penceramah menunjukkan video berkaitan ibu. Mereka juga berasa ngeri melihat visual mangsa rogol dan penyakit kelamin akibat berzina (seks bebas)

Kehadiran pelajar sasaran adalah seramai 200 orang.  Terdapat juga guru yang hadir iaitu Pn Kamariah, Pn Norhayati, Pn Rohana, Ustazah Asmiza, Pn Fatimah, Pn Norazian, Pn Nor Azura, Pn Laila, Pn Sharifah Aishah dan Pn Alwiyaton,

Read more...

Saturday, July 14, 2012

CERAMAH KEIBUBAPAAN

 PM DR HASNAN KASAN DARI UKM SEBAGAI PENCERAMAH

ANTARA IBUBAPA YANG HADIR

Pada 14 Julai 2012 telah diadakan Ceramah Keibubapaan bersempena dengan Karnival Ilmu dan Budaya Membaca anjuran bersama UPSI dan SMKKJ. Segala yang dirancang berjalan lancar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Spell it right, pameran dan jualan buku, Santai bersama novelis iaitu Dhiya Zafira, cabutan bertuah, pameran kesihatan dan macam2 lagi. Hari Koperasi juga dijalankan serentak. meriah dan berinformatif


Read more...

Wednesday, July 11, 2012

 Dilahirkan pada 21 Jun 2012... hehe

 Emmmm.... posing selepas hantar Qayyum ke kursus motivasi

 Abah tersayang sebagai Tuan penasihat....


Emmmm... aku tak pernah kisah tentang spotrim... tp dengan Nurul WWX ni, aku impres sgt.. ke kedai tayar le, spotrim le...spoiler le... kedai aksesori keta le.... Sampai sanggup pi rawang... melaway hampir 10 kedai aksesori + kedai spotrim... tak percaya... aku ke tu?..

Macam juga dulu aku tak kisah pasal kedai emas le... kedai pinggan mangkuk le.... tp sejajar dengan kedewasaan aku agaknya, aku suka semua perkara yg dulu aku tak suka..... haahah... Dah tua rupanya aku...

Read more...

OLAHRAGA SEKOLAH DAN SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Olahraga sekolah ku telah diadakan pada 5 Julai 2012 dan diikuti dengan program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada 10 Julai 2012. Semua guru, murid, pekerja ..pendek kata warga sekolah telah melibatkan diri... Sungguh meriah!







Read more...

MOTIVASI UPSR DI SK SERI BESOUT

Pada 2 Julai 2012, aku dijemput sekali lagi oleh SK Seri Besout untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada semua murid tahun 6. Walaupun dah kali kedua ke sana, aku leh sesat. hehehe

 Cik Suzana sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya
 sebahagian murid yang hadir

 Luqman, Ketua Murid sedang membaca Warkah Untuk Diri


Read more...

CERAMAH MOTIVASI UPSR DI SK AMINUDDIN BAKI, SLIM RIVER

Pada 29 Jun 2012, aku telah menyampaikan ceramah motivasi menghadapi UPSR kepada semua murid tahun 6 di SK Aminuddin baki. Respon yang diberikan sangat baik. Semoga semua pelajar akan berjaya dalam UPSR kelak

 Nyanyi jom...
 Murid-murid sedang membuat aktiviti
 Bersama Rajinah yang manis
Ni peminat aku... comel sangat

Read more...

MOTIVASI SPM ANJURAN PERKESO

Pada 28 Mei 2012 yang lalu, aku telah dijemput oleh PERKESO untuk menyampaikan ceramah kepada 300 orang pelajar yang menerima kemudahan PERKESO akibat kehilangan ibu atau bapa pelajar terbabit. Pelajar datangnya dari Selangor dan KL.


Sebahagian pelajar yang hadir
 Bersama Pn Rosmayani


Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP