PEMINAT SETIA
Thursday, February 9, 2012
Wednesday, February 8, 2012
Minggu Orientasi Ting 4 dan 1RK
“Melangkah Ke Alam Dewasa” merupakan ungkapan sesuai untuk ditujukan kepada para pelajar tingkatan empat yang mula mengatur langkah ke tingkatan menengah atas tahun ini. Pelbagai perubahan perlu mereka harungi dalam usaha mematangkan diri selaras dengan usia mereka.
Pelajar-pelajar ini bukan sahaja perlu disogokkan dengan ilmu akademik, malah perlu diberi pendedahan tentang sistem menengah atas yang berbeza dengan sistem ketika mereka di menengah rendah. Pelbagai maklumat berguna merangkumi mata pelajaran teras dan elektif, kokurikulum, disiplin, sahsiah, biasiswa, Pusat Sumber, pemantapan nyanyian lagu sekolah, dan proses pengagihan pelajar mengikut jurusan. Diharap, melalui program ini, para pelajar akan mendapat banyak input berguna serta dapat menyedari betapa pentingnya disiplin untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan
Read more...