PELANCARAN SEKOLAH ANGKAT SPRM
Pada 30 Okt 2012, SMK Khir Johari Tg Malim telah dijadikan Sekolah Angkat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Program ini juga melibatkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI yang dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Seramai 51 orang pelajar dijadikan ahli Rakan SPR UPSI yang terdiri dalam kalangan pelajar 1RK dan 1AA. Ahli Rakan SPR UPSI ini akan berlanjutan sehingga pelajar berada di tingkatan 5. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Shahrom Nizam b Abdul Manap, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Perak. En Othman dari SPRM Perak akan sentiasa berhubung dengan Pn Effa Rina untuk memastikan program ini berjalan lancar dalam tempoh 5 tahun. Read more...