PEMINAT SETIA

Monday, April 25, 2011

Peranan ibu bapa adalah menyokong kegiatan sekolah anak-anak

Ibu bapa dalah harapan dan payung tempat anak-anak bergantung. Kepada kitalah tempat mereka meminta pertolongan, minta dibelai, sakit mahu dirawat, sedih mahu dipujuk, susah mahu ditolong, tak tahu mahu diberitahu.

Apabila anak-anak kita menyertai apa saja kegiatan di sekolah, berilah sokongan sepenuhnya. Gunakanlah segala kudrat yang ada untuk menyokong mereka. Jika kita mahu merasai satu pengalaman yang berharga. Lebih-lebih lagi dalam satu-satu pertandingan.


Gaya "Puteri Pokok Anggur"

Aku jahit daun-daun ni selama 3 jam.. spend hampir RM50 kat kedai bunga. tapi aku puas tengok Darling cantik

Bersama-sama rakan baik anakku, Aishah


Bergaya sakan.. walaupun kalah...dan tanpa diberi saguhati pun, anakku tetap gembira. Kerana aku yang berikannya hadiah. Hehehe. Aku tak mahu darling kecewa. dia terlalu kecil untuk memahami erti kekecewaan. Apa yang Darling dan rakan sebayanya tahu ialah setiap apa yang dilakukan perlu ada ganjaran, walaupun sebatang pensel. Sebagai ibu bapa, marilah kita bersama-sama cuba untuk melakukan yang terbaik untuk mereka, kerana merekalah harta yang tidak ternilai untuk kita


Read more...

Kenali Personaliti Melalui IPW

Pada pagi 13 April 2011, jam 7.30 pagi, aku telah ke Klinik Kesihatan Tg Malim untuk mendapatkan rawatan. Aku rasa badan tak sedap namun, petang jam 1.30 aku ada misi penting bersama-sama pelajar pra U di sekolah ku. janji mesti ditunaikan, walaupun suaraku serak, tekak terasa ada duri yang terlekat. Allah saja yang tahu betapa sakitnya tekakku.

Pada petang itu, semua pelajar Pra U telah menjalani ujian Inventori Personaliti warna (IPW). Aku dibantu oleh Kaunselor Pelatih ku, Radzi. Alhamdulillah, program berjalan lancar


Para pelajar perpuan sedang khusyuk
Aku memang tak larat berdiri.... dengan izin dan keprihatinan anak-anak didikku.. aku bagi ceramah sambil duduk... daripada aku tergolek, baiklah aku duduk. hehehe


Wah!! jejaka idaman Malaya berdebar-debar nak tahu Personaliti Warna masing-masing


Program ini akan berterusan dengan satu lagi program yang akan diadakan pada 26 April 2011. Aku akan memberikan ceramah keibubapaan kepada semua pelajar Pra U sempena pelancaran Protal My-Guru dan Program Penasihat Akademik (PA)






Read more...

MSSPK Kali ke 55 di Stadium Proton

pada 8 hingga 11 April 2011 yang lalu, telah diadakan MSSPK kali ke 55 di Satidum Proton. Sekolah ku ditugaskan bagi jawatankuasa Majlis Perasmian Penutupan. Aku dan Cikgu Malek bertugas sebagai Juruacara.


Pasukan Gendang 24 Musim...bersemangat dan menarik
Aku bersama-sama maskot.... Satesh dan Hakimi..
ramai peminat!


Aku dan cikgu malek ketika majlis penutup


Aku ketika majlis pembukaan


Bukan mudah menjadi juruacara sebenarnya. Namun, jika kita selalu berlatih, InsyaAllah... Practice makes perfect.






Read more...

Ceramah Kerjaya Sains Kesihatan



Pada 5 April 2011 telah diadakan ceramah kerjaya untuk bidang Sains kesihatan. Wakil dari MAHSA College dan TIMES telah datang menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5.



Read more...

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH MANUSIA

Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

Kumpulan darah A, Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

Kumpulan Darah B Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.

Kumpulan Darah AB Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Apa kumpulan darah anda?

Read more...

Monday, April 18, 2011

Watikah dan Kursus Asas PRS

Pada 4 April 2011 yang lalu, telah diadakan Watikah Pelantikan PRS. Sesi pagi seramai 23 orang dan sesi petang seramai 9 orang. Tuan Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Noraini bt Hj Yeub Sidi telah menyempurnakan acara tersebut. Semua ahli PRS telah diberikan buku log (masih Log yang lama, sementara log yang baru tiba) dan button PRS untuk dipakai. Kemudian, pada 12 April 2011 pula, telah selesai Kursus Asas PRS yang diadakan di Makmal Komputer pada 2.00- 5.00 petang. Antara pengisian program ialah : 1. Ceramah tentang PRS dan kemahiran asas kaunseling oleh ku 2. Permainan (3 Pelakon, Bergossip dan Komunikasi 2 hala) oleh aku dan Radzi 3. Demo sesi oleh aku dan Radzi 4. Pengurusan PRS (cara isi buku log, pembukaan akaun FACEBOOK PRS SEKOLAH, analisis minat PRS)

Rijal & Hanif.... Sian, penat buka akaun fb...TQVM...Cayang dia... Aku sedang menyampaikan hadiah kepada ahli PRS yang berjaya dalam aktiviti permainan yang dijalankan Aktiviti komunikasi 2 hala.....kelakar! macam-macam gambar ada..Tapi PRS SMKKJ memang kreatif
Isk2... Gossip bang jangan tak gossip!...Sampai pening Nazhan dengar gossip...Hehe

Ker Yip beriya-iya bergossip!......Huhuhu
Sarojini dalam permainan 3 Pelakon...Steady Saro!! Chewah!
Cikgu Radzi dengan gigihnya memberi "task" gossip kepada Ketua KumpulanDengar jangan tak dengar!!!


Aku ketika sesi ceramah tentang PRS dan kemahiran asas kaunseling. Tak panjang... less is more

Nilah dia 3 Pelakon...1Malaysia tau!!! Anyway.. u all guys memang sporting!


Bergambar kenangan setelah diwatikahkan sebagai ahli PRS sekolah. Biar panas asal bergaya... hehe

Tuan Pengetua sedang menyampaikan ucapan


Kepada semua ahli PRS yang mummy sayangi. Selamat menjalankan tugas dengan baik. Boleh dah buka fb kita prs smkkj. Kita meriahkan bersama-sama ye!

Read more...

Maklumam Pusat Kegiatan Rakan Muda Parlimen Tg Malim

Pejabat Belia dan Sukan Slim River/Tg Malim meminta Mummy menghebahkan kepada semua pelajar bahawa Pusat Kegiatan Rakan Muda Parlimen Tg Malim telah beroperasi seperi butiran di bawah : Alamat : No 101 C, Rumah Kedai MARA (Tingkat 3, Barisan Tabunh Haji, atas kedai bunga S.River) Waktu : Selasa-Ahad (2.00 ptg - 7.00 mlm) ; Jumaat (2.30ptg - 7.00 mlm) Tutup : Isnin dan cuti umum Kemudahan : * Perkhidmatan internet 10 unit komputer (percuma) * Permainan dalaman (Sahibba, Saidina, Karom (percuma) * bilik mesyuarat untuk kegunaan persatuan, agensi kerajaan, swasta, individu dengan kadar sewaan tertentu Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi : Pn Suellen bt Muhammad Sharif 017-3860034 / 05-4528360 (pejabat) SELAMAT MEREBUT PELUANG!!!!

Read more...

Ujian Saringan UKM - PERMATApintar 2011

Dalam perhimpunan yang lalu, Mummy sudah mengumumkan tentang Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 Versi 2011 kepada semua pelajar secara atas talian berakhir 30 APRIL 2011. ( http://www.permatapintar.edu.my) Di sini, Mummy ingin TERUS MENGGALAKKAN semua pelajar dalam lingkungan umur 8 hingga 15 tahun (pelajar SMKKJ dan semua pelajar yang membaca blog ini) untuk menduduki ujian ini secara atas talian Banyak faedah yang akan anak-anak peroleh melalui program ini. Ayuh! Jangan berlengah sayang!!

Read more...

TEMUDUGA untuk mendapatkan DIPLOMA SAMBIL BEKERJA (ELAUN)

Pusat Pendidikan dan Kerjaya TIMURMEGA RESOURCES mempelawa semua lepasan SPM/STPM untuk menghadiri temuduga bagi membuat DIPLOMA PENGURUSAN KESELAMATAN sambil bekerja. Kelebihan program *Pinjaman penuh pengajian *Bekerja sambil belajar (dapakan Diploma) *Kolaborasi dengan PDRM *Program penguatkuasaan undang-undang pertama di Malaysia Peluang kerjaya meluas dengan *PDRM *KASTAM *IMIGRESEN *BANK *TENTERA *JPJ *JABATAN PENJARA *SEKTOR SWASTA Info temuduga 18 April 2011 Pej JTK Kuala Kangsar


19 April 2011 11A, Medan Gopeng 3


20 April 2011 Pej JTKT Tapah


21 April 2011 Pusat kegiatan Rakan Muda Slim River


22 April 2011 Pej JTKT Teluk Intan


23 April 2011 Pej Belia & Sukan Taiping 10 pg-4 petang. Bawa result SPM dan Hadir bersama-sama ibu bapa / penjaga


Sebarang masalah, hubungi


Syamsul : 017-9080178 Amin : 010-9004470 SAITO COLLEGE di laman sesawang www.saito.edu.my

Read more...

Sunday, April 10, 2011

Pengenalan kepada kaunseling

Setelah keputusan SPM dan STPM diumumkan tempoh hari, ada juga pelajar yang bertanya denganku tentang kaunseling. Mereka berminat untuk memohon bidang kaunseling. Untuk itu, aku akan berkongsi tentang DUNIA KAUNSELING ye... Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung. Kaunselor akan membantu klien untuk membuat penyesuaian dan keputusan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga bertindak sebagai fasilitator dalam menolong klien untuk memahami diri mereka dan dunia di sekeliling dengan lebih baik. Ini termasuk menolong mereka memahami perasaan, tingkahlaku, perhubungan dengan rakan-rakan, situasi tertentu, pilihan dan keputusan mereka. Penyelesaian atau keputusan penting dan relevan di dalam perbincangan antara kedua pihak seharusnya dapat membantu individu tersebut untuk membangunkan diri mereka, matang dalam membuat pilihan hidup dan akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang melibatkan hubungan dengan masyarakat, keluarga, pelajaran, pekerjaan serta diri sendiri. Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Berikut merupakan definisi kaunseling daripada pelbagai individu. Spora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002) mendefinisikan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelsesaikan masalah peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar – benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik. Pepinsky (1954) menyatakan kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya.Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain. Dustin dan George (1977) pula mengatakan kaunseling ialah satu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian. Menurut Blocher (1973), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan. Tang Chee Yee (1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu proses face to face contact di antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan itu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995) merumuskan kaunseling sebagai proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu undividu memahami diri dan alam sekelilingnya. Arbuckle (1970) mentafsirkan kaunseling individu sebagai proses menolong individu melihat siapa dirinya yang sebenar, apa yang dimiliki dan apa pula yang tidak dimiliki serta apa yang boleh dan tidak boleh dicapainya. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien. Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. Kaunseling adalah aktiviti beretika yang di lakukan dalam diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klienKaunseling adalah suatu proses menolong individu yang mempunyai tekanan jiwa atau masalah sosial. Ia yang melibatkan hubungan yang unik, dan rahsia di antara dua pihak, di mana satu pihak berpengalaman dan terlatih yang digelar sebagai kaunselor, manakala pihak kedua pula memerluan bantuan, iaitu klien. Mngikut Gibson (1981) Kaunseling adalah hubungan tolong bantu yang berpusat kepada perkembangan, pertumbuhan individu, penyesuaian diri dan kehendaknya kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk menjadi selesa kembali menemui kesejahteraan hidupnya yang lalu Definisi kaunseling : Hubungan profesional antara kaunselor dan klien untuk membantu klien memahami pandangan dan menjelaskan ruang hidupnya dan belajar mencapai matlamat dan mencuba beberapa pilihan melalui penyelesaian masalah emosi atau hubungan interpersonal. Kaunseling ialah proses bertemu muka secara perseorangan di antara kaunselor dan klien sebagai suatu proses kearah perkembangan dan pembinaan personality klien. Mengembalikan hati manusia kepada sifat asalnya (fitrah), tunduk kepada Allah. Suatu proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunseling menghormati setiap individu itu unik Kaunselor bukanlah setakat untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah semata-mata Bukan proses menemuduga. Bukannya proses memilih kerjaya untuk klien. Bukannya proses mempengaruhi tingkah laku dengan cara memarahi,mengugut dan mendesak klien. Merupakan perkhidmatan profesional yang berdasarkan kefahaman mendalam mengenai manusia. Kaunseling ialah strategi menghalang bukan memulihkan. Kaunseling ialah satu profesion Kaunseling akan lebih berkesan jika datang dengan sukarela. Kaunseling menitikberatkan faktor kerahsiaan. Dalam proses kaunseling,membina hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien adalah penting berdasarkan kepercayaan. Kaunseling bukan sahaja untuk orang yang mempunyai masalah Kaunseling ialah proses memberi pertolongan yang sistematik oleh seorang kaunselor yang menggunakan ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kepada klien yang menghadapi kecelaruan perasaan dan fikiran supaya memahami dirinya membuat keputusan serta menyelesaikan masalahnya

Read more...

Saturday, April 9, 2011

Motivasi Kecemerlangan Asrama

Pada 1 dan 2 April 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa (KARISMA) UPSI telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan untuk semua pelajar asrama. Seramai 92 orang pelajar telah terlibat dan 12 orang fasilitator. Sebenarnya ada banya lagi gambar, tapi yang ini saja sempat ditayangkan. Program berjalan lancar dan semoga memberi impak positif hasil kerjasama UPSI dan di bawah program BITARA UPSI.


Read more...

Ceramah kepimpinan di SKAB

Pada 26 Feb 2011, aku telah dijemput oleh SK Aminuddin Baki, Slim River untuk menyampaikan ceramah tentang kepimpinan. Tajuk yang aku sampaikan ialah KOMUNIKASI DAN PENGENDALIAN MAJLIS RASMI. Murid yang hadir adalah semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas.

Aku bersama-sama wakil pentadbir SKAB Penerangan tentang Borang Penilaian
Sesi latihan vokal... mula-mula serius
Lepas tu....cerianye............
Pada akhir sesi ceramah




Gaya penyampaian ceramah aku sangat santai memandangkan uudiens ku adalah 'kanak-kanak riang' lagi. Maka aku menjadi 'child' dengan mereka. Latihan menjadi pengacara dalam majlis perhimpunan, latihan vokal ala-ala AF dengan lagu popular SI ULAT BULU sangat menarik minat mereka berdasarkan respon yang mereka berikan dalam Borang Penilaian ceramah.




Bagiku, adalah sangat penting untuk kita "study" siapakah audiens kita sebelum kita menyampaikan ceramah. Lebih-lebih lagi jika bukan pelajar sekolah kita. Janganlah kita menjadi penceramah syok sendiri hendaknya. Amin..

Read more...

Pameran dan Kaunter Kerjaya SPM

Seperti biasa, setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling akan membuka kaunter untuk pelajar lepasan SPM. Untuk program ini, aku telah menampal semua keratan akhbar berkaitan dengan peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM dan juga tentang biasiswa. Untuk tahun ini, Karnival Masuk U untuk kawasan Ipoh, di buat lebih lewat, maka pamplet terkini tidak dapat dipamerkan. Namun, pembaharuan aku buat tahun ini, dengan menyenaraikan laman web dan apa yang penting dan patut dilakukan oleh mereka. Hand out itu aku namakan MAKLUMAT PENTING DARI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Rasionalnya, mereka akan dapat panduan untuk melakukan satu tindakan selepas peperiksaan SPM diumumkan. Laptop juga ada bersama-sama kami, untuk menunjukkan laman web yang boleh mereka layari


Setiap pelajar yang hadir ke kaunter, wajib menulis nama tanda kehadiran. Sememangnya....wow! tak menang tangan melayannya. Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang berjaya, jangan putus asa. Allah kurniakan kita sama ada cerdik akademik atau kemahiran. Teruskan usaha!


Aksi manja ketika bertugas...

aku dengan Kak Pah... hehe
Tak menang tangan kami melayan pelajar yang datang untuk mendapatkan maklumat
Aku sedang menyampaikan pengumuman dari masa ke masa
Wakil dari PTPL yang sangat mudah untuk bekerjasamaWakil dari i-System yang 'cool' turut hadir untuk memberi maklumat kepada pelajar
Aku, Kak Pah dan Radzi...sudah tidak sabar-sabar mahu membantu pelajar!

Papan iklan keratan akhbar




Read more...

Pengauditan MS ISO 9001 : 2008

Pada 21 Feb 2011, sekolahku telah didatangi oleh pegawai dari JPN Perak untuk proses pengauditan MS ISO 9001: 2008. Aku merupakan Auditee yang memegang Fail PK18 ( Program Peningkatan Akademik). Memang berat tugas sebagai Auditee ini, namun sebagai Kaunselor, jika diberikan tugas ini, cubalah untuk melakukan yang terbaik. Tahun terdahulu, aku adalah Pengurus Kualiti... Pengalaman yang sangat mahal bagiku.. Pn Hjh Noraini Hj Yeub Sidi, Pengetua Cemerlang sedang menyampaikan cenderamata kepada salah seorang Auditor

Majlis pembukaan pengauditan. Aku sebagai Juruacara juga. Auditor yang hadir ialah Pn Noraini bt Yahya Afandi yang merupakan Penyelia Kanan Bimb. & Kaunseling Unit HEM JPN Perak dan En Rusmizi b Yusof yang merupakan Penolong Pengarah Pengurusan Guru Pendidikan Islam Menengah JPN Perak
Antara fail yang sedang menunggu untuk diaudit

Read more...

Aku sebagai guru penasihat BBSM

Pada 8 mac 2011, aku bersama-sama Pn Roziana telah ke Stadium Proton bertugas sebagai JK Bantu Mula BBSM sempena Kejohanan Balapan dan Padang MSSPK Daerah 2011. Seramai 10 orang ahli BBSM turut bersama-samaku. Walaupun aku sebagai kaunselor, namun pengalaman sebagai guru penasihat BBSM sangat berharga bagiku

Anak buah BBSM ku yang sungguh komited bertugas.

Tahniah anak-anakku!

Pada 27 Feb 2011, aku telah bertugas di sekolahku sempena Perkemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) peringkat daerah.
Ice adalah nadi kepada khidmat kami untuk membantu para atlet


Jangan kata kaunselor hanya tahu kaunseling dan hanya mahu buat kerja-kerja berkaitan kaunseling. Kita kena tahu banyak perkara. Biar banyak ilmu dan pengalaman. Sambil bertugas, kuambil kesempatan memberi motivasi kepada ahli BBSM sekolahku. 2in1 bukan?

Read more...

Hala Tuju Pendidikan & Kerjaya (HPK)

Pada 25 dan 28 Feb 2011, telah dilaksanakan Program HPK seperti yang diarahkan oleh JPN Perak bagi memenuhi kehendak Program PSICER (Pembangunan sahsiah insan cemerlang). Semua pelajar tingkatan 5 wajib menduduki ujian Self Directed-Search (SDS) dan Inventori Personaliti Sidek (IPS) . Setiap pelajar telah diberikan Kad Peribadi untuk mencatat semua aktiviti yang telah dilalui oleh mereka seperti ujian SDS dan IPS, ceramah kerjaya dan lawatan kerjaya. Setelah pentadbiran ujian minat kerjaya dan personaliti, semua pelajar telah didedahkan tentang maksud ujian tersebut. Laporan progres HPK telah dihantar pada 30 Mac 2011.

Read more...

Ceramah Manisnya Menjadi Gadis

Pada 24 Feb 2011, SMK Sg Kruit, Sungkai telah menjemput aku untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk MANISNYA MENJADI GADIS. Aku memang minat 'field' ni. Semua pelajar perempuan SMKSK telah mendengar ceramahku termasuk guru-guru perempuannya. Dalam sesi ceramah itu, aku fokuskan tentang apa yang dimaksudkan dengan dara, kepentingan menjaga maruah diri, kelebihan menjadi perempuan, apa perbezaan gadis kedai emas dan gadis pucuk ubi dan aku juga menayangkan pelbgai video yang relevan untuk dijadikan tauladan. Pada akhir ceramah, aku telah mengedarkan borang penilaian untuk ceramah yang telah aku sampaikan. Pada pandangan aku, walaupun kita sebagai guru, apabila berhadapan dengan pelajar, kita perlu meletakkan diri kita sebagai 'pelajar'. Konsep P (Parent) A (Adult) dan C (child) dalam Transactional Analysys (TA) adalah salah satu konsep yang aku gemari. Pelajar adalah 'child', maka guru perlu menjadi 'child' dalam memahami mereka. Walau bagaimanapun, 'boundary' sebagai guru perlu juga kita awasi.

Pelajar dan guru perempuan SMK Sg Kruit, Sungkai

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP