PEMINAT SETIA

Friday, February 25, 2011

Motivasi PMR dan Aku Janji



Aktiviti segar minda
Para pelajar khusyuk mendengar motivasi
Pada 22 Februari yang lalu telah diadakan program motivasi dan Aku Janji untuk semua pelajar tingkatan 3. Program setengah hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Slot dimulakan oleh aku dengan tajuk " Saya boleh berjaya!". Kemudian oleh, En Ahmad Radzi dengan tajuk "Pengurusan Masa dan jadual waktu". Pn Norahazana menerangkan tentang " Mencatat nota dan kemahiran mengingat". Tuan Pengetua Cemerlang hadir untuk menyampaikan hasratnya dalam PMR 2011. Pada akhir sesi, semua pelajar diserahkan surat Aku Janji. Secara keseluruhannya program ini berjaya. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan membantu kawalan disiplin pelajar. Jasamu dikenang...

Read more...

Thursday, February 24, 2011

Pameran dan Kaunter Kerjaya STPM 2011

Kaunselor Praktikal, En Ahmad Radzi sedang meneliti keputusan pelajar
Pn Effa Rina sedang melihat syarat kemasukan ke IPTA melalui laman web UPU. Sesi perbincangan kemudiannya dijalankan untuk memberi pandangan kepada pelajar lepasan STPM

Pn Norahazana sedang berbincang dengan pelajar dan ibu bapa yang hadir

Pada 21 Februari yang lalu telah diumumkan keputusan STPM 2010. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuka pameran dan kaunter kerjaya untuk sesi perbincangan bersama-sama pelajar dan ibu bapa yang hadir. Seramai 30 orang pelajar telah hadir ke kaunter ini.

Read more...

Motivasi Kelas Pendidikan Khas

Aktiviti menyuap rakan dengan gula-gula
Sesi bergambar mesra dengan para pelajar pendidikan khas
Mereka sangat ceria dan keletah... pandai bergaya..!!!Sambutan Hari jadi bagi pelajar yang lahir
Januari hingga Mac
Setiap pelajar diberi hadiah kerana berjaya menulis nama rakan mereka.
Walaupun dalam kalangan mereka ada yang tidak tahu menulis, namun semangat yang ditunjukkan buat aku terharuSesi bersalam-salaman dan berpelukan yang sungguh syahdu
Aktiviti mengurut rakan amat menggembirakan mereka
Aktiviti simulasi dengan menggunakan patung sotong dan teady bear
Terima kasih Kaunselor Pelatih yang kreatif
Aku sedang menyampaikan ceramah bersama-sama Pn Norahazana


Pada 11 Feb yang lalu, aku bersama-sama Pn Norahazana dan Kaunselor Praktikal telah dijemput untuk mengendalikan seci ceramah dengan tema PERSAHABATAN. Seramai 25 orang pelajar kelas pendidikan khas yang hadir. Turut bersama-sama kami ialah semua guru Pendidikan Khas. Kami telah mengendalikan slot ini dengan pendekatan yang sesuai dengan responden dan respon yang diberikan amatlah meriah. Sehingga kini, jika bertemu, mereka pasti akan menyebut "friend-friend" dengan gaya jari tangan yang kuajarkan mereka... Aku sungguh terharu.

Read more...

Kaunselor Pelatih UPSI 2011

Selamat datang kepada En Ahmad Radzi b Ab Halim ke SMK Khir Johari, Tg Malim. Kehadirannya amat dialu-alukan. Selamat belajar dan menimba pengalaman bersama pihak sekolah amnya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khususnya.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP