PEMINAT SETIA

Thursday, September 30, 2010

Majlis Restu Ilmu PMR

Hari ini, pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah telah diadakan Majlis Restu Ilmu PMR untuk semua pelajar tingkatan 3. Mereka bakal menduduki peperiksaan PMR pada 5,6,7,11 dan 12 Oktober 2010 ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar memohon restu dan kemaafan daripada semua guru. Pada masa yang sama, Tuan Pengetua turut menyerahkan 2 batang pensel dan sebiji pemadan kepada semua pelajar. Ketika majlis berlangsung, lagu iringan yang menginsafkan telah diperdengarkan

Ustaz Anuar sedang memberikan amanatnya
Saat syahdu memohon kemaafan
Aku sebagai pengacara majlis
bersama CD koleksi lagu motivasi


Bonda pengetua menyampaikan cenderamata
kepada salah seorang calon PMR
Para pelajar lelaki sedang berbaris "mengadap"
semua guru perempuan yang hadir
Malu-malu kucing nampak... hehe
Amboi!... tersenyum lebar dapat pensel azimat ye
Bonda Pengetua sedang menyampaikan amanat
kepada semua putera dan puteri kesayangannya
Barisan pelaksana utama program ini
Cheeeeseeeeeeeeeee...
Kak Yam, Kak Fawazah dan Kak Laila
Thanks 4 coming....
Antara guru yang hadir
Terima kasih sangat. Kehadiran kawan-kawan
sangat dinantikan pelajar yang mengharap restu kita
Pensel dan pemadam yang dibungkus rapi
Aku mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru yang telah menjayakan program ini. Sesungguhnya, para pelajar kulihat sangat terharu dengan kehadiran kita sebagai guru. Ramai yang mengalirkan air mata memohon simpati agar direstui perjuangan mereka pada minggu hadapan. Dapat aku rasakan air mata kita yang tertumpah pada hari ini adalah air mata yang benar-benar ikhlas antara insan yang memohon kemaafan dan insan yang memberi kemaafan. Selain ibu bapa mereka, kalau bukan kita sebagai guru yang menyayangi, merestui dan mendoakan mereka.... siapa lagi?

Read more...

Mesyuarat Penyelarasan Program GBK Sekolah KRK Perak

Pada 27-29 Sept yang lalu, aku telah ke Pulau Pangkor untuk mengikuti mesyuarat Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah KRK Negeri Perak. Aku merupakan salah seorang peserta merangkap ahli panel Forum yang bertajuk PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KRK. Pemilihan ahli panel dibuat oleh JPN Perak dengan tujuan untuk satu perkongsian antara panelis dan semua GBK yang hadir.

Aku mengucapkan terima kasih kepada JPN Perak terutama kepada Tn Hj Zainul Kamal yang telah memberi kepercayaan kepadaku. Perkongsian sangat menggalakkan dan telah memberi satu pengalaman baru setelah 17 tahun aku meninggalkan dunia forum. Mesyurat ini telah diisi dengan pelbagai maklumat untuk membantu kami menjana kecemerlangan pelajar KRK di sekolah
Cenderamata dari Puteri Bayu Beach Resort Pangkor Island
Terima kasih ye..
Suasana di jeti yang telah lama aku tinggalkan

Resort tempat aku menginap
Aku dan mikrofon
Sinonim selamanya... hehe
Geng mama yang vouge gitu
Aini, Kak Su, Aku, Didie, Kak Yang & Kak Zaipul

Bersama-sama dua "rang muda" yang energetik
"Kumpulan Nama Diberi". hehe
Kumpulan 5
Shamsul, Syuhada, Kak Jamaliah, Shahreen, aku dan Eton
Baharudin tukang amik gambar tu pasal dia takda. hehe
Aku sedang memberi pandangan
Setiap soalan moderator dikupas
FORUM UTAMA
Nazrul, En Zul, Aku dan Pn Suzana
Tn Hj Zainul dan En Azua

Read more...

Saturday, September 25, 2010

Sehari Memperkasa Diri Bersama PDRM

Antara pameran dari PDRM
Aku bersama-sama Sarjan Romlah dan Koperal Aminah
Baik sungguh mereka, mesra sangat. Lama dah kami berkenalan
Para pelajar dari 8 buah sekolah bergambar kenangan
Anggota PDRM sedang menyaksikan aksi pelajar

Aku bersama-sama Kak Tie, Kak Za dan Ibu


Pada 25 Sept 2010, seramai 20 orang pelajar telah diplih untuk mengikuti program ini anjuran CIMB, PPD dan PDRM. Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertainya. Aku bertugas sebagai pengacara manakala Kak Tie dan Kak Za sebagai guru pengiring. Para pelajar menaiki bas UPSI beramai-ramai. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan tentang kerjaya dalam PDRM, ceramah gejala sosial yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah dari JPN Perak dan turut diadakan pameran. Pendaftaran Rakan Cop turut diadakan.

Read more...

Taklimat PLKN




Pada 24 Sept 2010, semua pelajar tingkatan 5 telah menghadiri taklimat PLKN yang disampaikan oleh Tuan Mejar Wan Ismail (Bersara) dari PKLN Pelangi Resort, Kerling. Sesi soal jawab telah diadakan antara pelajar dan pegawai.

Read more...

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Perdana PMR











Pada 24 Sept 2010, telah diadakan Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana PMR. Ibu bapa penjaga, PIBG, guru dan semua pelajar beragama Islam telah turut serta. Ustaz Yuslizma merupakan pemimpin program ini. Setelah selesai Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana , semua yang hadir diberikan air zam-zam dan air mineral yang telah didoakan.
Semoga semua pelajar tingkatan 3 akan dapat menjawab soalan PMR dengan tenang dan dimudahkan urusan. InsyaAllah




Read more...

Perjumpaan wakil PPD bersama-sama calon PMR











Pada 23 Sept 2010 yang lalu, Tn Hj Mohd Thani mewakili PPD Batang Padang telah datang ke sekolah untuk menyampaikan amanat Tuan PPD dan pada masa yang sama memberikan motivasi kepada pelajar 3RK dan 3AA. Aku ditugaskan sebagai pengacara majlis. Turut hadir ialah Tuan Pengetua, penolong kanan, guru kanan, kaunselor dan beberapa orang guru.

Read more...

Motivasi Sebelum PMR

PMR bakal menjelang. Aku telah memberikan motivasi kepada para pelajar golongan elit tingkatan 3 di Pusat Sumber Sekolah pada 21 Sept 2010. Semoga mereka mendapat manfaat

Read more...

Friday, September 3, 2010

Majlis Bermaaf-maafan sempena Aidilfitri






Hari ini, telah diadakan majlis bermaaf-maafan antara semua pelajar dan guru. Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan keharuan. Aku dapat merasakan bahawa para pelajar memang memerlukan "personal touch" daripada guru-guru. Jelas terpancar wajah keikhlasan dan rasa disayangi apabila guru melahirkan kemaafan kepada semua pelajar. Ada pelajar yang menangis, ada pelajar yang mintak dicium, dipeluk, ada yang mahu bergambar sebaik sahaja tamat majlis.

Walaupun tidak semua guru dapat turut serta (kerana terlibat dengan peperiksaan), namun, sebelum hari ini tamat, masing-masing 'mencari' rakan guru yang lain untuk mensuci segala dosa yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

Aku juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog ini, jika ada yang terasa gembira, sedih, terkecil hati, bangga dan sebagainya. Walau apapun, tiada niat buruk di hati ini. Sekadar satu perkongsian. Aku juga telah memaafkan semua insan yang juga pernah membuatkan aku berasa sedih, berkecil hati, terusik, kecewa, geram, marah dan sebagainya. Kita hanyalah insan biasa, bukannya sempurna. Selamat Hari Raya Aidilfitri

Read more...

Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yassin



Aku telah menghadiri Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yassin di surau sekolah pada 1 September 2010 lalu. Semua pelajar Islam kebanyakkannya hadir. Begitu juga guru-guru. Tiba-tiba, aku mendapat panggilan dari JPN. Emmmm... Kenapa ye? Hehe

Read more...

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah






Pada 30 Ogos lalu telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53. Penceramah jemputan ialah Prof Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli daripada UPSI. Ceramah yang sangat menarik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Apa yang paling menarik adalah omen dramatik penurunan bendera Union Jack. Tahniah kepada semua. Aku dan Cikgu Malek, seperti biasa..pengacara majlis. hehe

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP