PEMINAT SETIA

Sunday, June 13, 2010

Merenung dan bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Ini kerana nikmatNya telah meliputi seluruh kehidupan kita dari hujung rambut ke hujung kaki.

Apabila kita selalu mengira bahawa, berjalan dengan kedua-dua belah kaki adalah perkara biasa, padahal masih ramai manusia lain yang tidak mempunyai kaki.

Apabila kita berasa berdiri tegak di atas kedua-dua belah betis adalah mudah, padahal terdapat manusia yang kehilangan kedua-dua belah betisnya

Adakah kita berasa nikmat kerana dapat tidur dengan memejamkan mata, sementara terdapat manusia yang tidak dapat tidur kerana menahan kesakitan

Pernahkah anda berasa nista kerana tidak dapat makan makanan yang lazat sedangkan banyak lagi orang lain yang tidak dapat makan dan minum

....sekiranya kalian menghitung nikmat Allah, sescaya kalian tidak akan menghitungnya.. (Ibrahim : 34)

Kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan mata. Kita berasa sedih kerana kekurangan material, kekurangan rupa, kekurangan pangkat dan sebagainya. Padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki kebaikan, kenikmatan dan banyak lagi nikmat lain. Oleh itu, renungkanlah.. Pandanglah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling kita. Janganlah kita termasuk dalam golongan

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.... (An-Nahl : 83)

Sumber rujukan : Ubahsuai daripada Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (2006) dalam Jangan Bersedih (Don't Be Sad)

Read more...

Tuesday, June 1, 2010

Terima kasih pelajar SMKKJ

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan dan persembahan pada Hari Guru yang lalu. Aku tahu, mereka bersungguh-sungguh berlatih untuk menghiburkan semua guru.

Ketua tingkatan sedang mengedarkan hadiah kepada para guru
Antara hadiah yang aku terima tahun ni. hehe
TQVM semua

Ni salah seorang peminat akulah
Persembahan kumpulan
suara vokalist yang merdu dan pemain gitar dengan "gorengannya"
Pagi tu, aku tiba di sekolah dengan disambut oleh
dua orang gadis manis. Tolong buka pintu kereta lagi. hehe

Show yang ni buat aku terkedu
suaranya macam Anuar Zain..penyanyi kegemaran aku

Apa lagi, 3 mama vouge lah ni.. hehe
Kak pah sambutan sesi petang, kalau tak, 4 mama vouge

Read more...

Pengalaman baruku

Pada 24-29 Mei 2010 yang lalu, aku telah ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan satu misi yang penting. Perkongsian ilmu bersama-sama kaunselor-kaunselor senior amat aku hargai. Mereka memang hebat. Aku berasa sungguh bertuah dapat bertukar-tukar idea bersama-sama mereka dan aku semakin sedar banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk menjadi seperti mereka.

Bersama-sama Kak Zalina dari N. Sembilan


"Makan" time..berbunga-bunga lagi

Rakan sekerjaku dari Selangor & Putrajaya
Kak Hana, Kak Ru, Hj Zailan, Hj Bib & Pn Hamidah

Yang ni tambah Kak Bid..hehe

Terima kasih kepada semua ahli kumpulanku. Seronok sangat dapat bekerjasama dengan abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP