PEMINAT SETIA

Tuesday, May 25, 2010

Semoga Allah merahmati kita

Kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia. Kerana gurulah kita berjaya dan berada di mana kita berada sekarang. Hormatilah guru agar hidup kita selamat dan diberkati. Jangan kita sombong dan lupa jasa guru yang tidak pernah mengenal erti jemu mendidik kita. Semoga kita dirahamti Allah dan mati dengan kerjaya mulia ini. Hingga mati pun kita tetap akan dipanggil cikgu.

Bagi aku, kelompok guru sangat berkuasa dalam mempengaruhi minda dan emosi pelajar. Semoga kita tabah menghadapi semua cabaran. Konsep guru senior menyayangi guru junior dan guru junior menghormati guru senior, akan dapat memakmurkan sekolah

Semoga niat suciku tidak disalah erti. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya.

Read more...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ini genap 11 tahun aku bergelar guru. Bermula di SMK Seri Sepang sebagai guru ganti. Posting pertamaku di SMK Usukan, Kota Belud, Sabah. Kemudian, aku ke SMK Senawang Dua, Seremban. Menyusul seterusnya aku berkhidmat di SMK Slim dan kini, masih di SMK Khir Johari, Tg. Malim. Pelbagai ragam pentadbir, rakan sekerja dan para pelajarnya. Budaya yang berbeza dan semuanya mematangkan aku dalam kerjaya ini

Walau dulu, aku tidak berminat dengan bidang ini, dengan pelbagai persepsiku yang negatif. Namun, kini, aku semakin menyintai dan menghargai kerjaya ini. Sebagai Guru Cemerlang sudah tentu tanggungjawab yang terpikul di bahuku lebih berat. Aku akan berusaha untuk memperbaiki diri dan prestasi kerjaku demi kepuasan dan suatu kepuasan yang tidak terhingga.
Terima kasih kuucapkan kepada semua mantan guruku si Sekolah Tunku Mahmood 2, Kluang iaitu Cikgu Kalthom, Cikgu Salleh, Cikgu Ramaya. Cikguku di Sekolah Tinggi Kluang, Johor iaitu Cikgu Misnan, Cikgu Burhanuddin, Cikgu Ng Ah Moi, Cikgu Burhan. Cikgu di SMK Sg Pelek, Sepang iaitu Cikgu Akhiar Pardi, Cikgu Azman Johari, Cikgu Punitha, Cikgu Laila, Cikgu Puzi, Cikgu Rafidah. Aku berada di posisi ini atas didikan kalian. Terima kasih cikgu!

Read more...

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong sempena Hari Guru 2010

Hari ini, semua guru di seluruh Malaysia dikehendaki bergotong-royong di sekolah masing-masing sempena sanbutan Hari Guru. Walaupun, ada kalangan guru yang rasa seperti janggal, tapi bagi aku, inilah masanya aku dan kawan-kawan untuk membersihkan bilik kaunseling. Bagus juga... Syabas kepada kakak-kakakku berdua..kak Tie dan Kak Hazana. Apa yang penting...kerjasama...

Read more...

Program Aduhai Puteriku Sayang Bersama KOTEX

Setiap tahun, KOTEX pasti datang!!!! SMK Khir Johari sangat bertuah, kerana hanya 10 buah sekolah yang terpilih di Perak termasuklah SMKKJ. Oleh itu, aku sangat menjaga hubungan baik dengan KOTEX demi kebaikan para pelajar perempuanku. Tahun lalu Azah 3R yang datang. Kali ini, pelakon drama Cina yang datang iaitu Levin.
Melalui program ini, pelajar perempuan akan didedahkan dengan pelbagai info tentang kegadisan, seks, vaginal dan period. Tagline nya adalah "I Know". Banyak info berguna untuk para pelajar
Levin dan Ave sedang bersiap sedia

Saat yang dinantikan "anak-anak daraku"
GIFT!!!!!!!!!!!!!!!!! Yeaha!!

Levin speaker yang sangat lively

Levin sedang menawarkan hadiah untuk kuiz
Aku sebagai pengacara majlis
mengalu-alukan kehadiran team KOTEX seramai 7 orang
Cerianya.... Kalau aku dulu pun pasti gembira macam mereka

Terpancar wajah keriangan
Kali ini 1RK, 2RK, semua Tingkatan 3 dan 4
Hajat di hati aku nak libatkan semua pelajar perempuan....
ada pelajar yang kecil hati kerana tidak dilibatkan...
sorry sayang ek.. Mummy ikut arahan je
Sampel KOTEX yang diberikan
Gambar kenangan
semua Guru Kaunseling dan team KOTEX
Thanks girlzzzzzzzzzzz...

Read more...

Tahniah! SMK KJ Johan Sketsa B.Inggeris KRK

Tahniah! Syabas kepada semua pelajar 3RK yang telah menjadi Johan Sketsa BI KRK Daerah Batang Padang pada 13 Mei 2010 yang lalu.

Danial sedang beraksi dengan aksi sedih yang telah di'touch up" oleh aku.
Macam tulah Danial. Tahniah Pelakon Terbaik!
SMK Slim juga hebat
Namun kurang bernasib baik

Backdrop program
Aku berkenan dengan prop SMK Slim ni

Tahniah! Azura..cayalah.
Aku tolong bab acting bolehlah, but not more than that ah..


Read more...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia terutama kepada mak tersayang, PN SAFIAH BINTI MOHD dan untuk diriku sendiri yang telah hampir 10 tahun bergelar mama.

Bersama-sama permata hatiku
Qayyum dan Darling
Aku dan mak tersayang
seorang yang tabah dan cekal
Mak sangat sayangkan cucu-cucunya
sabar melayan kerenah mereka
Mak juga sangat penyayang

Walau sudah meningkat usia
mak tetap anggun dan bergaya
Kepada mak, along sangat sayangkan mak..tetap ingatkan mak...tetap rindukan mak...dan ternanti-nanti kehadiran mak ke rumah along. Terima kasih atas doa, restu dan kasih sayang mak pada along selama ini, sehingga along berjaya. Semoga doa suci mak akan terus mengiringi along dan keluarga. I love u so much mak.

Read more...

Secebis kenangan..

Pengalaman terindahku, apabila terpilih untuk menghiasi ruangan PERSONALITI GURU dalam Majalah Nur keluaran September 2009, Februari 2010 dan Mingguan Wanita edisi 25 hingga 31 Disember 2009. Matlamatku adalah untuk kepuasan diri dan memperkenalkan dunia kaunseling kepada masyarakat.

Majalah NUR September 2009
Muka depan ruangan Personaliti Guru

Majalah NUR Februari 2010

Mingguan Wanita
edisi 25 hingga 31 Disember 2009.

Ruangan Cikgu Corner yang popular
dalam kalangan guru di Majalah NUR
Terima kasih kepada suami dan anakku yang sangat memahami minat dan impianku. Aku kini bertekad agar penulisanku diterbitkan pula. InsyaAllah


Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Pelancaran Mentor Mentee Cemerlang PMR, SPM dan STPM

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan Program Mentor Mentee Cemerlang yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada 21 April 2010 (STPM) dan 27 April 2010 (PMR dan SPM). Semua mentor telah diberikan fail berisi pengisian dan panduan pelaksanaan program. Kerjasama daripada mentor dan mentee amat penting untuk memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya.

Tuan Pengetua menyerahkan fail kepada Pn Sivarani
anak-anak Pn Sivarani yang pemalu
Barisan mentor yang tidak sabar-sabar
menunggu giliran diberikan mentee

Pn Hazrin dan menteenya

Tuan Pengetua ketika majlis perasmian
aku sedang berfikir dan berfikir..hehe

Read more...

Saturday, May 1, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010

1. Secara on line http://www.permatapintar.edu.my
2. Pelajar berusia 7-15 tahun
3. Ujian boleh dibuat di mana-mana saja tempat yang boleh diakses internet (rumah, sekolah, kafe siber)
4. Tarikh : 1 Mac hingga 31 Mei 2010

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP