Pintu masuk ke Stadium Proton yang gah
Aku bersama-sama AmjadGambar yang ditag di FB dengan Cikgu Malek
tak dapat aku paste di sini
Suasana di tepi trekPengalaman kali ini, ialah aku bertugas dengan suara serak dan tekak yang sakit. Kemudian, terdapat seorang guru yang telah mengganggu aku ketika pengumuman pemenang dibacakan. Mungkin bagi orang yang tidak pernah menjadi pengacara, mereka tidak tahu, bahawa pengacara tidak boleh diganggu walaupun mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
Pengacara hanya membaca sahaja keputusan yang diberikan. Tindakan guru tersebut yang menegur aku dan asyik mempertikaikan keputusan hakim, dengan suara yang kuat di tepi telinga aku, disertai dengan guru dari sekolah yang sama, membuatkan aku hampir hilang fokus. Tolonglah hormati tugas orang lain cikgu. Kalau memang cikgu tidak berpuas hati, pergilah ke saluran yang betul untuk tindakan selanjutnya.
Dan...aku semakin memahami manusia. Memang mereka sangat unik