PEMINAT SETIA

Thursday, December 31, 2009

2009 yang akan berlalu, 2010 yang bakal menjelma

31 Disember 2009...merupakan hari terakhir dalam kalender 2009. Detik 12 tengah malam ini bakal membawa kita semua menjengah ke tahun baru 2010. Sesungguhnya aku telah melalui tahun 2009 dengan pelbagai kenangan pahit untuk dijadikan tauladan dan kenangan manis untuk dikenang sebagai penguat diri.

Aku? Seorang Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling...Sungguh mudah dan enak diucap orang, namun ada juga yang benci untuk mendengarnya. Aku tahu. Hanya kerana aku masih muda, tapi aku tidak berkecil hati. Biarlah mereka dengan cakap-cakap mereka. Tanggungjawab yang terpikul di bahuku amat berat dengan gelaran Guru Cemerlang. Semua orang akan memandang dan suka menilai. Aku akan buat yang terbaik, bukan untuk mereka, tetapi kerana Allah dan kerana tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepadaku. Aku percaya, aku tidak akan berjaya jika terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Rezeki yang Allah kurniakan untukku terlalu besar, berkat doa mak abah dan suami, adikku juga seluruh keluarga, meletakkan aku di tempat ini.

Aku sungguh bersyukur dengan pelbagai kejayaan. Aku ditawarkan sebagai GCBK, berjaya meletakkan SMK Khir Johari sebagai Johan Pengurusan Terbaik Kelas Rancangan Khas Negeri Perak, Penyeleras Kelas Rancangan Khas Terbaik dan sepanjang pengajianku di UPSI (master) aku telah memperoleh 4 flat untuk ketiga-tiga semester. Ya Allah! Sungguh besar nikmatmu. Semoga kegemilangan ini akan berterusan.

Oleh itu, ingin ku kenang semua kenangan terindah sepanjang 2009, walupun tidak semua gambar dapat kuabadikan, cukuplah untuk menjadi azimat untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan
Aku bersama-sama rakan guru
ketika menghadiri
SEMINAR KEPELBAGAIAN BUDAYA di UPSI

Peserta Nasyid sekolahku meraih
tempat Naib Johan Daerah Batang Padang

Aku bersama-sama rakan Jurulatih Utama untuk
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KEBANGSAAN

Tahun ini, aku dilantik sebagai
Pengerusi Kelab Guru (K3P) wanita pertama dalam sejarah.
Sungguh mencabar kerana bukan mudah bagiku

Bersama-sama anak-anak muridku
yang ceria untuk AKTIVITI SELEPAS PMR
PERTANDINGAN MEMASAK TANPA DAPUR

PROGRAM ADUHAI PUTERIKU SAYANG.
Aku menjemput wakil KOTEX
untuk memberi penerangan tentang kegadisan
untuk semua pelajar perempuan sekolahku

Aku bersama-sama Guru Cemerlang N. Sembilan.
Aku wakili Perak untuk Mesyurat Pembinaan Modul Buku
Tatacara Perkhidmatan BK

Aku mewakili Perak untuk
Persidangan Kebangsaan GC Kebangsaan
Tahun ini aku diberi peluang untuk menghadiri seminar GC
dari peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Syukurlah.

PROGRAM RIMUP.
Aku membawa para pelajarku ke SMK Katholik

Aku menyampaikan ceramah motivasi
kepada pelajar Orang Asli
di SMK Syeikh Abdul Ghani

Pelajar-pelajarku untuk
PROGRAM SESI BERSAMA PENGETUA

Membawa pelajar ke UPSI untuk
PROGRAM INOVASI DAN PENYELIDIKAN

Aku bersama-sama pelajar untuk
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR NEGERI PERAK
di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Menjadi pengacara untuk program
BERSAMA TOKOH PMR

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008,
Penyelaras KRK Terbaik Perak 2008
Johan Pengurusan Terbaik KRK Perak 2009

Semoga tahun 2010 yang mendatang, akan memberi aku sinar kecemerlangan yang lebih bergemerlapan demi mendidik anak bangsa. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, terlalu banyak yang boleh aku lakukan. InsyaAllah. Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan.

Read more...

Wednesday, December 30, 2009

MENCERIAKAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Hari ini, aku dan rakan kaunselor datang ke sekolah untuk membersih dan menceriakan bilik kami. Sebenarnya, gotong-royong ini dah pun bermula semalam dan akan berlarutan hingga esok. Terasa masa begitu pantas untuk memulakan sesi persekolahan. Terlalu banyak perkara yang perlu dibereskan. Aku bersyukur memiliki rakan kaunselor yang komited dan dedikasi. Semoga bilik kami akan ceria dan semangat untuk bekerja terus membara.

Aku di hadapan bilik kaunseling.
Bilalah agaknya nak dapat "bungalow"?
Tapi syukurlah ada juga bilik kaunseling

Aku bersama-sama Kak Tie dan Kak Hazana
berhempas pula mengemas bilik yang sungguh mencabar

Read more...

Sunday, December 27, 2009

Yang kuidam kini bermula...

Alhamdullilah, syukur kepada Allah, akhirnya impian aku untuk memiliki blog tercapai jua. Ini semua dengan pertolongan suci adik yang aku sayangi. Begitu juga pada mak dan abah yang telah membuat General Cleaning di rumah.

Adikku tersayang
besama-sama anakku, Qayyum dan Darling

Aku bersama-sama mak tersayang di KLIA
ketika menunggu adik dari Kota Kinabalu

Read more...

Saturday, November 7, 2009

Pengenalan & Mukadimah Admin



Bismillahirrahmanirrahim

Salam wasilah buat Along Tersayang ...

Inilah blog yang adik buat khas untuk along. Maaf sebab terlewat nak buat. Ini pun buat dalam masa satu hari. Banyak lagi boleh diubahsuai. Nanti ada kelapangan adik ubah dr semasa ke semasa. Ini konsep yang mungkin yg along nak, atau mungkin juga tak. But konsepnya boleh diubah. Cuma kena betul2 teliti. Ini adalah konsep asas yang adik imaginasikan sendiri.


Konsep kali ni.. blog personal dan cute theme. Thats y ada pinky dan macam - macam elemen cute dalam ni. Adik harap along suka dan bersedia untuk membuat entry along sendiri dalam blog ni. Senang je.. Format blog ini berbeza. Tak seperti abang jaz yg bersifat formal.


Adik harap dengan blog ini akan memudahkan urusan seharian di samping menjadi ejen penjenamaan semula diri along kepada kawan dan pelajar. Dunia semakin maju dan berubah. Elemen blog, web dan agen seperti twitter mahupun FB menjadi kegilaan remaja. Sejajar dengan tugas along sebagai kaunselor cemerlang. Adik yakin dan percaya, kewujudan blog ini akan menjadi satu titik tolak kepada permulaan kejayaan yg lebih marvellous pada masa akan datang. Jika ada apa2 masalah, sila bgtau adik ya...

Untuk merasmikan blog ini ..
maka terimalah pantun perasmian blog ;



Santun bahasa membudayakan seni
Seni dijunjung modenisasi dipateri
Blog dilahir menjenamakan diri
Menambah ilmu memperkasa budi


Terimalah blog

" Effa Rina with Sensational Blog Zone "

Terimalah kumpulan One Nation Emcees
yg dijemput buat persembahan khas
( kumpulan ni best dan layak ke Juara Lagu .. heheh )






Ikhlas from blog administrator
Your lovely Brother

Mohd Effendi @ Ewan bin Mohd Matore
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pengajian Tinggi
Sektor Pengajian Tinggi IPTS

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP