PEMINAT SETIA

Monday, July 16, 2012

PRGRAM PUTERIKU SAYANG - MANISNYA MENJADI GADIS


Program ini dilaksanakan pada 16 Julai 2012, Hari Isnin. Program ini disasarkan kepada semua pelajar perempuan Tingkatan 1 hingga 5.  Pelajar Perempuan pra universiti akan diadakan dalam Siri 2. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin
      
                                  Ceramah telah disampaikan oleh Pn Effa Rina berkisar tentang
1.    Siapa gadis?
2.    Maruah seorang gadis
3.    Bagaimana menjadi gadis bermaruah
4.    Faktor remaja lari dari rumah, statistik dan keratan akhbar berkaitan
5.    Gambar mangsa rogol
6.    Tindakan untuk kembali ke pangkal jalan
7.    Jenis-jenis penyakit kelamin
8.    Motivasi
9.    Kepentingan mentaati Allah dan keluarga


Program ini telah dapat meninggalkan kesan kepada sebahagian besar pelajar apabila majoriti menitiskan air mata tatkala penceramah menunjukkan video berkaitan ibu. Mereka juga berasa ngeri melihat visual mangsa rogol dan penyakit kelamin akibat berzina (seks bebas)

Kehadiran pelajar sasaran adalah seramai 200 orang.  Terdapat juga guru yang hadir iaitu Pn Kamariah, Pn Norhayati, Pn Rohana, Ustazah Asmiza, Pn Fatimah, Pn Norazian, Pn Nor Azura, Pn Laila, Pn Sharifah Aishah dan Pn Alwiyaton,

0 pihak mula bersuara:

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP