PEMINAT SETIA

Monday, June 25, 2012

WATIKAH PELANTIKAN PRS BONGSU

Seramai 38 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah ditauliahkan Tahap Bongsu oleh Tuan Pengetua

Fajrimazwan ... mengetuai Bacaan Ikrar PRS
Fazmie sedang menerima watikah pelantikan PRS daripada Bonda Pengetua

Sesi ikrar PRS..... kami berjanji......

Semangat.... semangat...


Seramai 48 orang ahli PRS telah menjalani Kursus Tahap Bongsu di SMKA Slim River pada 14 April 2012. Seperti yang dijadualkan, watikah perlu dilaksanakan pada Jun. 38 orang pelajar sesi pagi dan 10 orang pelajar sesi petang telah ditauliahkan hari ini oleh Tuan Pengetua. Tahniah semua!! Selamat bertugas dengan amanah dan dedikasi

Read more...

Saturday, June 23, 2012

MENTOR MENTEE CEMERLANG

Setiap mentor menerima Frame Khas

mentee yang naik ke pentas untuk menerima restu Bonda

Pn Hjh Norrizan antara salah seorang mentor yang dipilih pelajar

Program ini telah bermula pada Mac. Konsepnya ialah, pelajar memilih guru sebagai Mentor. Setiap pertemuan telah diberikan panduan pelaksanaan

Read more...

ANUGERAH GURU INOVATIF DI HARI GURU DAERAH

Back drop yang menarik

Bergaya ketika raptai...di kerusi Tokoh Guru

Aku diberi tanggungjawab sebagai Juruacara

Aku dinobatkan sebagai Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah dan Guru Inovatif Kumpulan

Bersama-sama Cikgu Suhaimi...mantan Guru Inovatif

Bersama-sama Bos, Kak Norrizan dan Adinda Aslinda

Pn Hjh Rohani.... mantan PK Pentadbiran. Sangat berjasa kepadaku

Alhamdulillah dinda.... kita berjaya. Projek inovasi seterusnya?...

En Shaharudin Daud... mantan PKHEM aku.. banyak mengajar aku cara bekerja dengan baik

Rakan aku yang tulus, jujur dan tidak hipokrit.. 

Bergambar kenangan bersama-sama Tuan Timbalan PPD

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih kepada suamiku, mak, abah dan adik atas doa yang tidak putus-putus untukku. Juga kepada dindaku, Aslinda Paat yang banyak menyokong impian aku. Anak-anak ku sayang... memahami kesibukan ku... Semoga kejayaan ini akan semakin berkembang dalam kerjayaku...Amin

Read more...

AMALAN GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH







 Program Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah mula dilaksanakan pada 19 Mac 2012. Antara tindakan yang dibuat ialah mengadakan promosi, menggantung banner, penyampaian hadiah hari jadi dan hadiah kepada pelajar sebagai tanda penghargaan. Indeks Persepsi Murid juga telah diberikan kepada 30% bilangan pelajar.

Read more...

NADWAH KEPIMPINAN SMKA KEBANGSAAN

Para peserta sedang Solat Dhuha di padang 

Aku di hadapan Pentas Utama


Bersama-sama Ustazah

Geng2 Kaunselor yang terlibat seluruh Perak ialah 7 orang. Seronok dapat pengalaman baru bersama-sama geng Ustazah dan Ustaz

Aktiviti Ustazah Pilihan, idea saat akhir aku. Dapat sambutan yang sangat hangat

Aku, Kak Maisarah dan Wan Faridah.... kira orang kuat le. hehe

Penyampaian hadiah kepada Guru Pengiring terbaik

Dalam surau SMKA Slim River yang selesa

Bersalam-salaman sebelum berpisah

Bergambar kenangan bersama-sama rakan fasi dan peserta

Alhamdulillah.... selesai sudah tanggungjawab kami

Aku bersama-sama Uztaz Zulfakor... Ustaz sekolah aku dulu

Cenderamata untuk fasi yang sangat berharga

Buletin harian nadwah yang melaporkan setiap aktiviti program
Pada 27-30 April 2012, aku telag terpilih sekali lagi sebagai fasilitator Nadwah Kepimpinan Islam Pelajar SMKA peringkat kebangsaan. Tahun lalu aku bertugas untuk Nadwah Kepimpinan Islam Pelajar SABK. Banyak pengalaman baru yang aku dapat melalui kem berunsur keagamaan seperti ini. Terima kasih kepada JPN Perak atas kepercayaan yang telah diberikan.

Read more...

PEMANTAUAN NAZIR UNTUK NEW DEAL

Tuan Pengetua sedang menyampaikan ucapan aluan

Salah seorang nazir sedang menyemak fail

Aku sebagai Runner sekolah....

Suasana dalam Bilik Gerakan yang dipenuhi fail-fail

Pemantauan dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Putrajaya telah datang ke SMK Khir Johari, Tg Malim kerana sekolahku dicalonkan untuk New Deals. Aku dan Pn Hjh Samsiah Sahar telah dilantik sebagai Pegawai perhubungan untuk membantu melancarkan urusan pemantauan

Read more...

JOHAN PAPAN KENYATAAH KATEGORI KELAB

Inilah papan kenyataan Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah menjadi Johan kategori Kelab

Aku bersama-sama ORANG KUAT yang menyiapkan
 papan kenyataan kelab kami

Ganjaran?...... Mummy belanja KFC.....Hoorayyyyyyyyy..
Sebelah aku tu Shahira, Iffah dan Ain

Read more...

SEMINAR HARI WANITA NEGERI PERAK

Aku bertugas sebagai juruacara pada seminar tu
Para peserta sedang menjalani aktiviti bersama kaunselor JPN perak, En naufal


Aku bersama-sama, kawan baik aku di PPD, Pn Shima
  
Bergambar kenangan selepas selesai seminar

Bersama-sama, Pn Khadijah, Tuan Pengetua dan penceramah yang aku kagumi, Dr Robiah Hamzah

Seminar Hari Wanita Negeri Perak telah diadakan pada 31 March 2012 di MRSM (F) Trolak, Ramai yang hadir dan aku bertugas sebagai peserta dan juruacara.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP