PEMINAT SETIA

Thursday, August 18, 2011

Penulisanku dibukukan...Aku puas, alhamdulillah

Bungkusan yang kunanti-nantikan sekian lama...berat..
Bungkusan kubuka penuh debar...

Akhirnya.!!! Alhamdulillah, penulisan ku terpilih untuk diterbitkan dalam Buku Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan terbitan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan...
Inilah hadiah hari jadiku tahun ini yang kuterima lebih awal. Syukur kepada Allah!

Aku telah menghantar 5 artikel untuk diterbitkan oleh MGCM, namun hanya 2 artikel yang terpilih. Namun, aku sudah sangat bersyukur kepadaNya. Aku jadi lebih bersemangat untuk menulis. Cerpenku pula masih dalam proses pemilihan oleh DBP dan UM. Semoga cerpenku terpilih juga, tapi aku tidaklah begitu mengharap sekadar mencuba.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP