PEMINAT SETIA

Wednesday, May 25, 2011

Bengkel Pemurnian Nadwah Kepimpinan Islam Kebangsaan 2011

Ustaz Zulfakor dan rakan-rakannyaAku dan Hjh Leha dari JPN Neg. Sembilan
Geng Perak bertungkus-lumus memurnikan modul
Wakil wanita Perak....Aku dan Kekanda Zaidah.. hehe
Aku telah terpilih mewakili Perak untuk pemurnian Modul Nadwah Kepimpinan Islam SM, SMKA dan SABK peringkat kebangsaan. Pelbagai pengalaman menarik epanjang aku berada di Brisdale Hotel, KL ini.

Read more...

Tuesday, May 24, 2011

Ceramah Motivasi UPSR di SK Slim Village



Aku telah dijemput oleh Cik Liza kaunselor sekolah SKSV untuk menyampaikan ceramah motivasi UPSR kepada semua murid darjah 6 di SK Slim Village. Isi ceramahku adalah berkisar tentang kenapa mereka perlu mencapai kejayaan, contoh murid-murid yang telah berjaya memperoleh 5A dalam UPSR dan kaedah belajar berkesan. Aku telah menggunakan pendekatan yang santai di samping tayangan slide untuk menarik minat mereka

Read more...

Ceramah Motivasi SPM untuk SMK Dato Ahmad Lenggong



Seramai 50 orang pelajar yang mengambil subjek ICT dari SMK Dato Ahmad Lenggong telah datang ke SMK Khir Johari, Tg Malim. Aku telah menyampaikan ceramah motivasi SPM kepada pelajar-pelajar tersebut. Program ini merupakan lawatan banch marking dari SMKDAL terhadap Panitia ICT sekolahku. Respon pelajar dari SMKDAL sangat positif

Read more...

Seminar Kepimpinan Pengawas Daerah Batang Padang




Pada 4 Mei 2011, di SMK Chenderiang telah diadakan Seminar Kepimpinan Pengawas bagi Daerah Batang Padang. Seramai 60 orang pengawas dari semua sekolah menengah daerah telah dikumpulkan. Setiap sekolah membawa 2 orang wakil. Dalam seminar itu, aku telah menyampaikan ceramah bertajuk PENGENDALIAN MAJLIS RASMI DAN PENGUCAPAN AWAM. Tajuk-tajuk lain seperti konsep kendiri, ciri-ciri pemimpin berkesan dan komunikasi telah disampaikan oleh Guru Kaunseling dari sekolah lain

Read more...

Seminar Guru Cemerlang Daerah Batang Padang


Seminar Guru Cemerlang Peringkat Daerah telah diadakan pada 28 April 2011 di SMK Bidor. Seramai 73 orang Guru Cemerlang sepatutnya hadir, namun, terdapat segelintir Guru Cemerlang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan rasmi. Dalam seminar tersebut, telah diadakan taklimat daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan perkongsian daripada Guru Cemerlang DG 54 iaitu En Puzi

Read more...

Kursus Kepimpinan Pengawas




Pada 27 April 2011 telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas. Sasaran adalah kepada semua pengawas baru sekolah. Slot program dimulakan dengan taklimat dan harapan oleh Ketua Guru Pengawas iaitu Tn Hj Mohd Anuar b Mohd Salleh. Seterusnya, En Ahmad Radzi, Kaunselor Pelatih menyampaikan ceramah tentang ciri-ciri pemimpin berkesan. Aku pula mengadakan bengkel pengendalian majlis rasmi dan pengucapan awam.

Read more...

Parenting Talk dan pelancaran program Penasihat Akademik

Bahan ceramah yang aku paparkan
Tanda perasmian majlis......
Pn Shamsinah bersama-sama ibu bapa dan Mentee nyaRadzi...segak bergaya sebagai pengacara
Pandu arah di Bangunan E-learning, UPSI
Inilah Dewan Konvensyen UPSI...Gah sangat.. masa ni parent tak tiba lagi. AKu tengah dapatkan "mood" hehehe..
Dah mula dah aku...... Terus dan teruskan bercakap.... hehe

Bos kat sebelah bagi semangat tu.......... Tq Pn Hjh...

Pada 26 April 2011, telah dilancarkan Program Portal My-Guru dengan kerjasama Pusat ICT, UPSI bertempat di Dewan Konvensyen UPSI yang sangat gah dan mengagumkan. Pada masa yang sama, telah dijalankan majlis penyerahan Penasihat Akademik kepada semua pelajar Pra U di sekolah ini. Program Penasihat Akademik ini merupakan penjenamaan semula untuk program mentor mentee. Majlis ini, telah dihadiri oleh semua ibu bapa pelajar pra U, pensyarah Pra U, kakitangan ICT UPSI dan semua pelajar Pra U.

Pada majlis itu juga, aku telah menyampaikan ceramah keibubapaan kepada semua yang hadir. tajuk ceramahku ialah "KENALI PERSONALITI ANAK-ANAK MELALUI WARNA". Walaupun, ianya satu pengalaman baru, tapi aku sangat teruja mendengar respon daripada rakan-rakan, pelajar Pra U dan ibu bapa

Kenangan menyampaikan ceramah di Dewan Konvensyen UPSI yang sangat gah dan mengagumkan ini, sangat berharga dan mahal bagiku. Tahniah kepada Kaunselor Pelatihku, yang berjaya menjadi pengacara majlis pada hari itu.

Read more...

Edisi memilih Mentor 2011

Para pelajar sedang sibuk mendaftarkan diri untuk program Mentor Mentee 2011

Program Mentor Mentee tahun ini, aku telah lakukan banyak penambahbaikan.
1. Untuk pelajar Pra universiti, nama program telah ditukar kepada Penasihat Akademik
2. Pelajar Ting 3 dan 5, diberi kebebasan untuk memilih Mentor yang mereka minati
3. Pengisian program juga telah aku baiki
4. AKu mewujudkan Booklet Mentee dan Kit Mentor

Read more...

Thursday, May 5, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Barisan mama-mama "vouge" yang bertugas...
Tertera nama ku dalam Buku Aturcara

Persembahan nasyid yang menarik perhatian ramai
Dikir Akustik daripada para pelajar Pendidikan Khas
Aku dan Radzi, di meja pengacara...

Pada 23 April 2011 yang lalu, telah diadakan Hari Anugerah Cemerlang Yang Ke 37. Aku telah ditugaskan sebagai Juruacara seperti biasanya. Namun, pada tahun ini, pasangan Juruacaraku ialah Kaunselor Praktikalku iaitu Radzi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syabas kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP