Aku rindu...
Assalamualaikum. Lama rasanya aku tidak menulis. Banyak gambar kenangan yang diambil, tetapi tak sempat diabadikan. Dan aku tidak akan menulis dalam keadaan yang tidak bersedia. Kali ini, aku menulis kerana aku rindu. Rindu untuk mengekspresi diri.
Cuti sekolahku disambut dengan tugas mengawas SPM di Slim River. Pengalaman baru yang sangat mencabar dan aku semakin belajar mengurus sebuah organisasi kecil yang terdiri daripada subordinat pelbagai latar belakang. Kami baru kenal, namun berkat kerjasama dan rappo yang terjalin, semuanya berjalan lancar
Aku juga semakin yakin, bahawa "sesuatu yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya". Itulah yg terjadi kepada keluargaku. Walaupun "event" penting itu tertangguh namun, aku dan anakku akhirnya dapat ke situ, merawat sakit yang telah sekian alam dipendam.
Kini, aku terus merancang kehidupan. Pelbagai persediaan perlu aku buat untuk menyambut tahun 2011. Untuk diriku, anak-anak, kerjaya dan keluarga. Aku rasa, aku perlu belajar bertenang, menyelesaikan semuanya satu persatu. Tarik nafas dalam-dalam, tulis semuanya di dalam diari, tandakan setelah ianya selesai, buat dan tamatkan.
Aku mahu menjadi baru dan lebih baik daripada yang terdahulu. Untuk diriku dan semua insan yang aku sayangi. Aku tahu, hidup ini bukanlah lama. Aku tidak mahu membuang tenaga memikirkan perkara yang menyesakkan. Aku akan biarkan ianya berlalu. Aku yakin Allah tetap bersama-samaku.