PEMINAT SETIA

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM

pelajar tingkatan 6 sedang bersalaman dengan para guru
Tuan Pengetua sedang mengedarkan pen

Pelajar lelaki turut memohon restu

Ucapan dan amanat Pengetua
Antara guru yang hadir
Pada 15 Nov yang lalu, Majlis Restu Ilmu untuk calon SPM dan STPM telah menghadiri majlis ini untuk memohon kemaafan dan restu daripada semua guru. Majlis anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini amat dinantikan oleh para pelajar sebagai peluang untuk mensuci seala dosa sepanjang berguru dengan semua guru di sekolah ini
Pengetua telah menyampaikan amanatnya. Sebelum itu, aku telah menyampaikan taklimat permohonan On Line kemasukan ke IPTA dan ILKA kepada semua pelajar. Pada 16 Nov telah diedarkan pin number kepada pelajar yang telah membuat pesanan secara pukal.
Dalam majlis ini juga, setiap pelajar telah diberi 2 bantang pen hitam sebagai pembakar semangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.





Read more...

Lagi aktiviti selepas PMR 2010

Ustazah Samsiah menyampaikan ucapan
sebagai "sponsor" Futsal.. TQ kanda
Ustazah Wan Aziah menyampaikan hadiah kepada wira futsal

Ceramah pengurusan kewangan
Ceramah menarik daripada En Azizan
Hamper untuk pelajar
Dataran setelah dicat... Cantik berseri

Dulu buruk dataran ni kan? hehe
Kami budak tingkatan 3 yang cat tau
Pertandingan menghias kek
Barisan kek yang menarik

Read more...

Monday, November 1, 2010

Aktiviti Selepas PMR

Seronoknya cuci kereta cikgu... hehe
Nilah orang kuat aktiviti ni... Cikgu Aslinda ku
Check point yang perlu dilalui pelajar dengan pelbagai cabaran

Lagi geng cuci kereta... Gadis Cuci.. hehe
Ni macam aktiviti mendulang air 1Malaysia. hehe

Pelbagai aktiviti selepas PMR telah dilaksanakan. Antaranya hari ini diadakan aktiviti Explore Race yang diketuai oleh Cikgu Aslinda Paat dibantu oleh Cikgu Norazura. Mereka sangat kreatif dan proaktif. Pelajar-pelajar pun nampak bersemangat menyertainya. Syabas! Ada aktiviti cuci kereta guru lagi...


Read more...

Lawatan sambil belajar ke SMV Slim River

Pejabat SMV Slim River
Cikgu Mariam (Kak Yam) dan puteri-puteriku khusyuk mendengar taklimat
Emmmmm... cerianya
Aku dan Kak Yam...Thanks Kak Yam
Hairul Azmi dan Cikgu Rosazali
Berani pun bertanya... Good girl!

Pelajar lelaki kepenatan selepas slot jelajah kawasan SMVSR

Bersama salah seorang anak murid kesayanganku
Bas yang menjemput dan menghantar kami. Terima kasih En Wan!


Pada 28 Okt yang lalu, aku dan Cikgu Mariam telah membawa 43 orang pelajar tingkatan 3 ke SMV Slim River dengan menaiki bas SMVSR untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sekolah tersebut. Pada masa yang sama, pelajar telah didedahkan kepada syarat kemasukan ke SM Teknik dan Vokasional. Kami dilayan dengan baik sekali oleh Tuan Pengetuanya dan semua guru yang terlibat.

Read more...

Seminar Pendidikan Tinggi 2010

Antara GBK yang hadir
Mesyuarat Agung MGK Perak
Pameran kerjaya turut diadakan untuk pelajar sekitar Ipoh
Aku bersama-sama Kak Rusni (Ibu)... posing lagi. hehe


Pada 21 Okt yang lalu, aku telah menghadiri Seminar Pendidikan Tinggi di PTTC Ipoh bagi mendapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan ke IPTA dan ILKA yang lain. Banyak perubahan yang berlaku untuk tahun ini iaitu penggunaan satu pin number yang sama untuk permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA (Institut latihan kemahiran awam).

Read more...

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP