PEMINAT SETIA

Wednesday, October 20, 2010

Masanya telah tiba,,,,Konvokesyen Masterku

Adik.. terima kasih dik datang. Ambil cuti khas lagi. Sokongan adik buat along jadi kuat.
Adik.. sokongan adik sangat along hargai sanggup ambil cuti, walau penat baru je tiba di KLIA Tahniah kepada kita dik....Selamat tinggal kepada orang yang pernah menghina kita dulu
Aku, Atiyatur dan Chew bersama PK Pentadbiran. Cik Hjh Maznah yang sangat positif
Kami bersama Pengetua Cemerlang. Beliau sangat menyokong usaha kami sambung belajar dulu. Terima kasih Puan Hjh

Abah.. terima kasih atas segala nasihat, sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Master along ni abah yang punya sebenarnya
Mak... doa mak yang tak henti untuk along
menyebabkan along berjaya habiskan Master ni on time
dengan segala kepayahan. Terima kasih banyak mak.

Kawan-kawan dari Indonesia
Suamiku tersayang...Restu, memahami, sokongan kasih sayangitulah kunci kejayaan Yang. Terima kasih sayang. Kita boleh hidup tanpa Maid!!!
Perarakan masuk aku ke dewan SITC
Qayyum... Sungguh sabar, taat. Terima kasih sayang mama

Syukur Ya Allah
memberi peluang kepada aku dan adik
membanggakan mak abah sebelum mereka menutup mata

Akan ku kongsikan ilmu untuk pelajar dan masyarakat


Pada 13 Oktober 2010, aku dianugerahkan Master Pengurusan (Pengurusan Pendidikan) dari UPSI. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setelah berjuang selama 2 tahun, akhirnya aku berjaya ke tahap ini. Impian yang aku pendam sekian lama.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP