Mesyuarat Penyelarasan Program GBK Sekolah KRK Perak
Pada 27-29 Sept yang lalu, aku telah ke Pulau Pangkor untuk mengikuti mesyuarat Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah KRK Negeri Perak. Aku merupakan salah seorang peserta merangkap ahli panel Forum yang bertajuk PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KRK. Pemilihan ahli panel dibuat oleh JPN Perak dengan tujuan untuk satu perkongsian antara panelis dan semua GBK yang hadir.
Aku mengucapkan terima kasih kepada JPN Perak terutama kepada Tn Hj Zainul Kamal yang telah memberi kepercayaan kepadaku. Perkongsian sangat menggalakkan dan telah memberi satu pengalaman baru setelah 17 tahun aku meninggalkan dunia forum. Mesyurat ini telah diisi dengan pelbagai maklumat untuk membantu kami menjana kecemerlangan pelajar KRK di sekolah
Terima kasih ye..