PEMINAT SETIA

Thursday, September 30, 2010

Majlis Restu Ilmu PMR

Hari ini, pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah telah diadakan Majlis Restu Ilmu PMR untuk semua pelajar tingkatan 3. Mereka bakal menduduki peperiksaan PMR pada 5,6,7,11 dan 12 Oktober 2010 ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar memohon restu dan kemaafan daripada semua guru. Pada masa yang sama, Tuan Pengetua turut menyerahkan 2 batang pensel dan sebiji pemadan kepada semua pelajar. Ketika majlis berlangsung, lagu iringan yang menginsafkan telah diperdengarkan

Ustaz Anuar sedang memberikan amanatnya
Saat syahdu memohon kemaafan
Aku sebagai pengacara majlis
bersama CD koleksi lagu motivasi


Bonda pengetua menyampaikan cenderamata
kepada salah seorang calon PMR
Para pelajar lelaki sedang berbaris "mengadap"
semua guru perempuan yang hadir
Malu-malu kucing nampak... hehe
Amboi!... tersenyum lebar dapat pensel azimat ye
Bonda Pengetua sedang menyampaikan amanat
kepada semua putera dan puteri kesayangannya
Barisan pelaksana utama program ini
Cheeeeseeeeeeeeeee...
Kak Yam, Kak Fawazah dan Kak Laila
Thanks 4 coming....
Antara guru yang hadir
Terima kasih sangat. Kehadiran kawan-kawan
sangat dinantikan pelajar yang mengharap restu kita
Pensel dan pemadam yang dibungkus rapi
Aku mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru yang telah menjayakan program ini. Sesungguhnya, para pelajar kulihat sangat terharu dengan kehadiran kita sebagai guru. Ramai yang mengalirkan air mata memohon simpati agar direstui perjuangan mereka pada minggu hadapan. Dapat aku rasakan air mata kita yang tertumpah pada hari ini adalah air mata yang benar-benar ikhlas antara insan yang memohon kemaafan dan insan yang memberi kemaafan. Selain ibu bapa mereka, kalau bukan kita sebagai guru yang menyayangi, merestui dan mendoakan mereka.... siapa lagi?

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP